![]() |
Panorama indah melihat ufuk horizontal bumi sambil berfikir dan berzikir |
Jika kita malas kita akan jadi individu dan bangsa yang ketinggalan
Inilah kata azimat yang aku pegang sekembali ke tanah air dari negara Matahari Terbit. Walaupun travelog perjalanan cuma 9 hari, namun 1001 pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi dari negara ninja samurai ini.
Hal ini termasuklah sama ada daripada ilmu dan 'amal duniawi mahupun ukhrawi. Walaupun sikap hedonisme dan atheisme seperti menebal dalam jiwa mereka, namun semangat kejiranan dan saling bantu-membantu sangat signifikan ditonjolkan dalam kehidupan seharian.
Bagaikan sang semut yang berkomunikasi semasa berjalan, mereka masih mengamalkan ucapan 'salam' tanda penghormatan sesama mereka. Dari segi hal kebersihan, kekemasan, sampah dan bakul sampah seolah-olah tiada iaitu bersih! Pembudayaan ilmu dan teknologi sangat terkehadapan seolah-olah anda sedang memasuki dunia alien ketika melihat mesin dan alatan elektronik beroperasi automatik dari mangkuk tandas hinggalah ke mesin memateri kenderaan.
Daun bertukar warna memasuki musim sejuk, taatkan mereka?
Teknologi akan tamat pada suatu ketika dan silih berganti, Islam itu cuma satu. |
Aku melihat perkara ini sebagai cabaran membentuk generasi yang beradab mulia dengan peradaban al-Quran. Mencintai ilmu, produktif dan inovatif untuk ummah, saling menghormati jiran tetangga, menjaga kebersihan, dan menepati waktu berdasarkan acuan keredhaan Allah.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambaMu dalam memikul amanahMu. Kau berkatilah waktu pinjamanMu. Umat Islam mungkinkah terlalu alpa dengan kemewahan negara masing-masing sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang dilapah ditengah-tengah talam oleh sang serigala? Lumrah yang malas akan ketinggalan, keciciran ini implikasi kerugian, kerugian beerti mendedahkan diri ke arah kebinasaan. Maka, solusi cuma satu iaitu kesedaran dan tindakan untuk RAJIN yang berhikmah!
Amin ya Rabbal 'alamin..
Muhasabah Taqwim 1433
Mohd Shafiq Mohd Zakaria
0 otak-otak:
Post a Comment