Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Friday, August 30, 2013

Doa rintihan

Ya Allah, Kau yang Maha Mendengar


Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku


Bebaskanlah aku dari bebanan berhutang


Permudahkanlah amanahku dalam mendidik keluarga


Bantulah saudara-maraku di Syria, Palestin, Mesir dan seluruh kaum Muslimin Muslimat


Ameen ya rabb

Cara-cara sembang kemas


Kemaskini: 26 Sep 2013

Salam sejahtera dan salam akalkenyang,

Komunikasi tidak boleh lari dari kehidupan seharian, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Orang pandai berkata-kata sering digelarkan sembang kemas, mulut manis, pendebat terbaik, bertih jagung, hatta ada juga digelar 'gila mikrofon'. Namun, apakah kriteria sebenar mengikut syarak? Penulis banyak berpegang dengan mafhum hadis yang berbunyi "siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata baik atau diam".

Penulis berkesempatan untuk menyenaraikan beberapa tips untuk sembang kemas yang berhikmah untuk perkongsian bersama. Ianya berkaitan rapat dengan teknik berkomunikasi berkesan agar kita boleh sebarkan lebih banyak kebaikan dari satu kebaikan. Langkah pertama adalah membina minat di kalangan pendengar. Ini memerlukan kaedah telus supaya pendengar turut minat berkongsi cerita. Kadangkala pendengar yang baru adalah berbeza dengan rakan-rakan yang kita telah kenali latarbelakang mereka, kerana, ianya melibatkan emosi dan kesediaan untuk berkomunikasi.

Baiklah, berikut adalah beberapa tips untuk tatapan pembaca:

1. Articulate the messages using language that everyone may understand. Maksudnya, guna bahasa yang pendengar mudah faham. Faham tak? Yang mudah faham selalunya apa yang pernah dialami atau dilalui para pendengar.
Ianya boleh dimulakan dengan ayat penerangan pertama tanpa 'how' supaya ia boleh menarik pihak pendengar untuk bertanyakan soalan lanjut dan tidak merumitkan fikiran pendengar. Sebagai contoh jelas, ianya banyak digunakan oleh agen-agen insuran atau takaful bagi menceritakan pelan produk masing-masing.
Sebagai contoh: "Laman web akalkenyang.blogspot.com merupakan satu-satunya laman blogspot yang aktif dalam memberi cerita sensasi kepada pembaca!" Cewah!
2. Kebiasaannya, mengikut kaedah peta minda, penerangan bermula dari pohon utama didahulukan sebelum ranting-ranting kecil agar jelas dan teratur.
3. Pepatah Inggeris pernah mencatatkan:
"If some one is asking for a wool or a sweter, don't show up with a SHEEP"
Jangan meleret-leret dan ringkas. Gunakan formula KISS (keep-it-simple-stupid), inilah faktor yang mempengaruhi tahap bosan bagi sesuatu majlis. Sebagai contoh, ucapan di perlawanan futsal tidak perlu panjang sehingga para pemain bosan. Cukup si perasmi sepak rasmi bola dan perkenal diri dan terima kasih.
4. Berkomunikasi tentang hasil dan manfaat yang menjurus kepada keperluan reponden dan bahasa mereka. Ianya bermaksud memahami kehendak responden dipenuhi walaupun kita ini hanya asbab ianya dipenuhi kerana dari Allah semuanya dipenuhi. Di sini, pengalaman pencerita akan diuji sama ada bercerita tentang pengalaman diri atau orang lain untuk dijadikan modal manfaat.

5. Menggunakan bahasa yang tidak teknikal seperti di bawah:
6 ways to think 'non technical'?
Teknik ini digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal kepada bahasa yang lebih mudah difahami oleh orang awam. Perkataan jargon atau bombastik dipermudah dan digantikan bagi memberi kefahaman kepada pendengar agar kurang memberi bebanan perkataan kepada otak dan akal pendengar. Ingat, bahasa komunikasi perlulah mudah dan padat tidak seperti penulisan thesis mahupun jurnal. Sebagai contoh:
1.Word association
Respirasi merupakan elemen biologi boleh ditukarkan kepada Ciri-ciri benda hidup itu adalah bernafas.
Respirasi=bernafas, biologi=benda-benda hidup.
2. Real life 101-experience
Benarlah bahawa jauh perjalanan usia dan geografi, luas pengalaman. Bercerita dan memberi contoh tentang pengalaman dapat memudahkan memberi gambaran dan penjelasan bagi sesuatu perkara. Selalunya apa yang hampir dengan manusia. Sebagai contoh, pengalaman saya ketika berada di luar Negara iaitu Jepun pada tahun 2011, saya menemui Mister Potato keluaran Malaysia berlogo Halal di Jepun! Oh ya, jangan pula mereka-reka cerita!
3. Interest
Saya tidak melabur dalam ASB/ASN, tetapi saya melabur dalam pasaran yang diiktiraf patuh-Shariah! Tuan/Puan ada buat pelaburan?
4. Solution to a problem
Kenal pasti masalah.
Penyelesaian kepada masalah lebih kepada penjelasan fungsi sesuatu perkara terhadap penyelesaian isu atau konflik. Sebagai contoh, salah satu cara menangani masalah malas membayar hutang adalah penggunaan auto-debit atau potongan gaji yang boleh dilakukan pada hemat peminjam.

5.Step by step, process explanation
Sebagai contoh: Penghasilan filem animasi bukannya mudah, beberapa proses utama perlu dilakukan seperti mencipta watak, mewarna, dan suntingan perlu dilakukan agar interaktif kepada para penonton.
Semua orang muda mengidamkan untuk membeli rumah sebagai keperluan asas perlindungan. Rumah lelong sebagai contoh adalah sedikit murah berbanding baru di sesuatu kawasan dan perlu kepada beberapa langkah mudah seperti di sini.

6. Ceritera
Cerita juga boleh digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal, ia kedengaran seperti ini. " Mari saya ceritakan kalian satu cerita berkaitan rakan saya yang bergelar usahawan dan berijazah, beliau di antara usahawan Melayu Johor yang berjaya mewujudkan yayasan tahfiz dan turath pertama di Rompin. Beliau beroleh keuntungan dari penjualan kuih muih dan air semata-mata. Pernah mendapat keuntungan sehingga 30000 semasa berniaga di bulan Ramadhan.
Sekian..Adios..selamat mencuba, ianya juga boleh dipraktis bila berjumpa dengan rakan-rakan anda.

Thursday, August 22, 2013

Broadband oh beruk band

Mana satu nak pilih?? Masing-masing ada pilihan.

Nak pilih Ferrari atau kancil? Laju minyak cepat habis, perlahan minyak lambat habis tapi sampainya lambat.

Ini analisanya, kalau pembaca ada jumpa yang lagi murah bagitahulah ya. Prabayar dah pernah pakai sampai kena block sebab lupa topup. 

Terima kasih.

Wednesday, August 21, 2013

Hilangnya dua gigi bongsu untuk hikmah kebersihan

Bila ditanya apakah sakit yang paling menyakitkan, jawapan yang paling kerap dijawab ialah sakit bersalin dan sakit gigi, selain sakit sakaratul maut. Tiadalah ianya sebagai penghapus dosa in sha Allah amin. Hari ini penulis mendapatkan khidmat doktor ntuk mencabut gigi bongsu yang tumbuh secara senget berikutan ruang gusi yang terhad.

Ia bermula pada bulan lalu di mana penulis berasa sakit yang berdenyut-denyut di kawasan gigi bongsu bawah berikutan ia menolak gigi sebelahnya, jadi, pergilah penulis ke klinik pergigian Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Rupanya, gigi lain yang ditampal, gigi bongsu pula disuruh rujuk pada Hospital Putarajaya.

Dipendekkan cerita, semalam penulis pergi klinik gigi buat sklaler/cuci gusi, memang ngilu dan sakit sampai berdarah. Tapi hati cekal, sebab keperluan untuk cabut gigi bongsu hari ini. Gigi bawah disurgeri,  ambil bius sedar, gigi bongsu atas cabut normal. Kena cabut sepasang, kalau tidak, ia akan tumbuh panjang ke bawah. Macam singa laut kot? Skaler gigi pula nak buang kaviti atau karang gigi.

Jadi selepas hampir sejam, selesai, 3 jam rasa sakit macam kena cucuk jarum bius yang berterusan, telan ubat tahan sakit. Lepak kat rumah sebab dapat MC 2 hari! Yeay!

Minggu depan appointment nak buka jahitan pula. Aiyooo, kena time off. By the way, Alhamdulillah sebab in sha Allah, tiada lagi makan terlekat. Jadi pada pembaca, jagalah gigi ya, penulis dah 3 batang gigi kekal cabut.

Wasslam



Ini pantangnya, satu lagi ialah, makan kena senget dan jangan menangis :-)

Tuesday, August 20, 2013

Kitar semula di Presin 9, Putrajaya


Alhamdulillah, pada minggu terakhir cuti sekolah lalu, kami sekeluarga dapat pergi ke Pusat Kitar Semula, Presin 9 bagi untuk mengitar semula botol-botol plastik yang ber'sarang' di rumah. Pusat ini dibuka pada setiap hari termasuk hujung minggu. Jadi, kami mengambil peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan menabung semua botol-botol plastik. Walaupun hanya 2kg, tapi rasa berbaloi. Terdapat juga pakaian terpakai dan tidak dituntut (dobi) yang dijual. Boleh beli sekiranya berminat.


Banyak item yang boleh dikitar semula seperti di atas. Jadi, lepas ni nak simpan minyak terpakai pula.

Terima kasih buat isteri yang sudi kemas, 80 sen..cukup untuk membeli roti canai sekeping.

Selamat beramal.



Friday, August 9, 2013

Panduan berhari raya

Panduan hari raya

Tazkirah ringkas, pepatah mengatakan : 

"ليس السعيد من ادرك العيد وانما السعيد من نجا ليوم الوعيد."

bukanlah org yg bahagia itu orang yang bertemu dgn hari raya,akan tetapi orang yang bahagia itu adalah orang yang terselamat dr azab ALLAH pd hari janji buruk ke atas mereka yg engkar (hari kiamat)..


Cara Nabi SAW Berhari Raya.

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan melaungkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum dan makan iaitulah sarapan terlebih dahulu.

Diriwayatkan oleh al Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga baginda saw memakan beberapa tamar dan baginda akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian yang paling baik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang baginda saw akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucapkan selamat dan saling mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sebaik sahaja berada di masjid, maka , solat tahiyyatul masjid dua rakaat. Jika solat sunat eid dikerjakan di tanah lapang maka tidak ada tahiyyatul masjid.

8. Sementara menuggu solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Mengucapkan perkataan yang baik dan sebaik-baik perkataan yang diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal salih kami dan amal Anda.”

Demikianlah antara adab dan cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

"kulla am wa antum bikhair"
selamat hari raya taqabbalalLahu minna wa minkum, maaf zahir dan batin dr kami keluarga buat semua....semoga ALLAH menerima Amalan kita semua...
Dr zahazan, mahfuzah, anak2 Nawal, Husna, Huda & Aman..

Terima kasih kerana setia menyokong kami & Telagabiru, 
Barakallahu fiekum ...
..