Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Wednesday, September 21, 2011

Buku: China Price (Bahagian 1)


Assalamualaikum w.b.t,

Sepertimana yang saya jangkakan, penulisan untuk ulasan terhadap buku ini sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ini berikutan dua minggu saya telah dicuri dengan kursus ketatanegaraan dan pengurusan yang cukup memberi bebanan fikiran dan emosi di Mersing baru-baru ini. Walaubagaimanapun, saya akan cuba menyampaikan atas pemahaman saya yang tidak seberapa ini kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang sudi menjengah ke blog saya ini.

Book: China Price atau Nilai Negara China: The true cost of Chinese Competitive Advantages
Oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria

Bila disebut sahaja berkenaan sesuatu produk "Made in China", sudah pasti pelbagai reaksi positif mahupun negatif yang wujud dikalangan pengguna-pengguna sama ada barangan tersebut pastinya seakan bermutu rendah, kurang kualitinya dan, mudah rosak. Tidak kurang pula yang bersetuju dengan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding barangan yang serupa. Ini bukan sahaja peluang kepada kuasa membeli pengguna, bahkan penjual produk ini seperti syarikat Wal Mart di Amerika Syarikat. Syarikat Wal-Mart ini telah tersenarai sebagai syarikat yang paling untung dalam senarai Majalah Fortune berikutan lambakan produk import Chinanya yang terjual!

Barangan yang ditawarkan pula adalah pelbagai sama ada dari barangan harian, pakaian, teknologi sehinggalah ke alat ganti kenderaan. Cukuplah sekadar penulis berkongsi pengalaman berada di bumi Anbiya'; Mekah dan Madinah dengan menyaksikan limpahan produk import buatan China. Bukanlah niat penulis sengaja untuk memberikan impresi buruk terhadap produk ini, tetapi ianya sebagai cabaran untuk pembaca agar menjadi individu pengeluar, dan bukan hanya sebagai pengguna. Hal ini amat penting pada amatan penulis amat penting dalam melestarikan ekonomi dan kemaslahatan Negara, masyarakat, dan keluarga.

Baru-baru ini rakan penulis telah ke negara China dan menceritakan pengalaman beliau mencari pembekal. Maka beliau menceritakan bahawa terdapat kawasan perindustrian permotoran sebesar 'Putrajaya' hanya untuk industri permotor elektrik sahaja di Wu Zhi. Nah, bagaimana pula produk lain. Sesungguhnya penglibatan 10 tahun China dengan WTO pada 2001 telah memberi impak yang besar sehingga kehari ini apabila China antara negara pengimport terbesar bahan mentah berikutan kilang pemprosesan yang banyak di sana.

Berbalik kepada sinopsis kulit buku ini, Alexandra Harney banyak memaparkan pengalaman beliau terhadap Negara Tembok besar ini dengan pelbagai pengalaman beliau dengan keterlibatan dalam bidang kewartawanan Financial Times. Beliau banyak mengutarakan pandangan beliau berkaitan kos yang rendah, transparensi dalam perniagaan, persaingan dikalangan pengusaha-pengusaha dan dialog bersama usahawan-usahawan. Namun, sekiranya pembaca berminat untuk mengetahu lebih lanjut, silalah dapatkannya di gedung-gedung buku.

Produk yang murah
Faktor utama terhadap produk yang murah disumbangkan oleh kos tenaga kerja dan bahan mentah yang murah, penghasilan produk yang banyak, dan birokrasi undang-undang yang masih lemah. Sebagai contoh, China mendominasi industri pembuatan dengan pertambahan pasaran saham dan buktinya sejak tahun 2004, nilai eksport negara China meningkat 2 peratus bagi setiap tahun yang disumbang melalui produk dari pakaian malah alatan elektronik. Tambahan pula, urusan logistik tidak menjadi masalah kerana kemudahan asas seperti jalan dan pelabuhan terurus dan diselia oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini telah menarik ramai pelabur untuk melabur di negara tersebut seperti syarikat gergasi Apple.

Pembangunan ini tidak dapat lari daripada pebangunan tamadun, era baru kilang telah memaparkan nilai demokrasi mula diterima di dalam negara komunis itu, Sebagai contoh, kesatuan kerja telah diwujudkan menerusi pilihanraya dan pelantikan pungutan undi demi menjaga kebajikan dan suara pekerja-pekerja bahkan subsidi pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak telah membawa dimensi baru nilai sumber manusia dalam hubungan majikan-pekerja. Maka reformasi ini bukanlah inovasi yang memakan diri kerana memang sewajarnya kebajikan pekerja yang bergelar manusia dijaga sewajarnya. Jika hal ini berlangsungan, maka tidak mustahil China bakal mengatasi negara lain dalam mengeluarkan jenama terkenal dalam pasaan dunia.

Mengenvisi masa hadapan negara China

Penjuru persaingan kian bertambah merentas zaman malah ianya lebih kuat di negara ini. Sebagai contoh, jika syarikat yg sama buka, sudah pasti mereka akan bersaing menjual produk mereka dengan sedaya boleh. Kadangkala dengan margin keuntungan yang rendah untuk menampung gaji pekerja dan kos operasi. Permintaan terhadap kenaikan gaji juga bertambah atau majikan bakal kehilangan pekerja yang berpengalaman. Sebagai contoh, di bahagian Wuhan, peningkatan gaji adalah 3 kali ganda sejak tahun 1995 hingga ke tahun 2007 iaitu $76 dan secara umumnya pertumbuhan gaji di China adalah 2-3 kali ganda berbanding negara Asia lain.

Implikasi secara tidak langsung adalah kelebihan sesebuah syarikat itu akan tamat apabila main player sudah bertambah menjadi two player dan mereka perlu bersaing. Perpindahan lokasi kilang pula sebagai contoh untuk mengurangkan persaingan bukanlah opsi terbaik kerana tenaga kerja perlu diberi latihan semula dan demi menjaga pekerja-pekerja yang sudah lama berkhidmat.

Bersambung...



Sajak: Sibuknya dengan Dunia!



Ya Allah..

Memang aku ini sibuk dengan dunia,
Terkadang lalai terkadang alpa,
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat itu pasti kekal selamanya,

Dicurah air ke keladi,
Berbaki sedikit diatas daun,
Mungkin itulah perbandingan amalku untuk akhirat,
berbanding yang jatuh ke bumi dunia,

Menjadi batu diatas kerusi,
Penonton setia didepan teknologi,
Bukannya delima bukan permata,
Tetapi disitu hakikat berada..

Ya RasuLullah

Berapa 'align'ku pada sunnahmu,
Mulut acap berbicara cintakanmu,
Anggota pula mendustakan lidahku,
Syafaatmu...syafaatmu..Oh telaga kautsar...

Ya, masa, ketika dan peluang,
Bila, bagaimana dan siapa,
Sekarang atau bertunda,
Dimana mulanya servis ini patut bermula..

Lelah difikir tanggungjawab,
tidak sama dengan lelah di medan Jihad,
Lelah beramal untuk Islam,
tidak sama dirimu bandingan pejuang terdahulu..

Ya Allah..
Bantulah hambaMu yang kerdil ini..
Menghirup nafas segar, memberi momentum diri,
untuk istiqomah..

Amin ya rabbal ghafur-rahim..





Sunday, September 4, 2011

Apa yang Anda Minum bila Penat?





Assalamualaikum dan salam syawal 1432H,

Masih belum lewat untuk saya mengucapkan Salam 'Idulfitri, taqabbaLlahu minna wa minkum kepada umat Islam. Saya pasti dengan perjalanan sang ayah atau pemuda sebagai pemandu kenderaan untuk ziarah di hari raya sememangnya meletihkan fizikal. Maka, terkadang berhentilah si pemandu itu tadi seketika di stesen minyak untuk membeli minuman penghilang dahaga.

Ada yang kata, ambil livita bagus....
Ada yang nasihat minumlah minuman isotonik seperti 100plus,
Orang kampung, nescafe dan lain-lain yang tidak perlu saya promosi.

Maka,saya terfikir minuman kesihatan tonik herba keluaran Jepun seperti Yomeishu, bolehkah ianya diminum?
Jawapannya: Ya, (boleh diminum jika anda bukan Muslim)

Mengapa ia haram?
Boleh rujuk disini -->Yomeishu 


Kurang faham? Ini alih bahasanya,
Yomeishu is a herbal preparation, containing 14% alcohol and this herbal preparation can be kept well
Maka, tidak perlulah anda mencari di Halal Direktori JAKIM kerana ianya memang HARAM untuk umat ISLAM, jadi apa yang anda boleh cuba selainnya? Jika anda ada nasihat atau minuman, kongsikanlah..Arigato Kozaimas...