Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Air, tanah, udara semuanya Hak milik Allah

Pandangan sarwajagat tahun 2013 dilihat cabaran globalisasi yang kian mencabar bagi semua semua Negara bangsa. Dari aspek ekonomi, politik dan sosial, banyak jurnal mengketangahkan isu-isu global rentas benua seperti Kejatuhan ekonomi Greece, Reaktor nuklear Iran, pemberontakan pentadbiran Mursi. Dilihat sebagai tahun baru kebangkitan daripada sangkalan ramalan exodus terhadap tarikh tahyul kiamat 2012. Tidak terkecuali negeri yang dahulunya dikenali Persekutuan Tanah Melayu yang cuba memposisikan diri untuk menjadi negara maju melalui pelbagai trend, ideologi, polisi yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh negara Uncle Sam yang pernah digelar sebagai Jerusalem baru bagi negara haram Yahudi.

Beralih kepada bahasa santai yang lebih difahami, perspektif individu bagi penulis melihat dengan pelbagai hidangan maklumat melalui media utama mahupun media tanpa batasan internet akan menimbulkan kegusaran dan 'uncertainty' terhadap hala tuju negara. Dari isu pemilikan rumah, bebanan hutang pelajaran, kereta dan lain-lain kos yang meningkat memberi cabaran bahawa satu kerja tidak mencukupi, cabaran pengurusan kewangan dan amalan 'live really below the means' lebih-lebih lagi pemastautin kawasan urban.

Penulis pernah melewati sebuah projek pembinaan rumah di sekitar Cyberjaya yang sesungguhnya tidak layak bagi seorang ijazah lulusan IPTA untuk memilikinya kerana harga yang ditawarkan minimum hampir 1/2 juta. Ya, mungkin polisi tidak boleh menghalang bamboo network pihak pemaju, tetapi penulis yakin sebenarnya ianya boleh dimiliki sama ada dua perkara. Pertama, jadi hartawan melalui perniagaan atau kedua, pemaju tawar harga mampu milik. Kedua-dua pilihan adalah jalan yang memerlukan usaha degil dan tawakal kerana dunia perniagaan bukan semudah membaca ABC.

Jelas perbezaanya jika dibandingkan semasa Tanah Melayu yang memaparkan institusi pinjaman bukan berorientasikan perniagaan, pemilikan rumah lebih kepada tidak tersususun dan bebas, pendidikan adalah percuma dan kos sara hidup yang rendah. Beza sekarang semuanya diinstitusikan dan pada setiap value chain mempunyai peluang perniagaan dan risiko. Risiko ini termasuklah potensi amalan rasuah, tekanan, ugutan dan lain-lain nilai yang kadangkala menghalalkan yang haram, peluang dilihat kepada perkembangan peluang jaringan keperluan.

Hal-hal ini yang selalunya akan mengalih fokus umumnya yang terlibat dari memahami diri dari makna sebenar hidup di dunia ini. Maka, dalam perlumbaan ini, siapa pun boleh terlibat dan lihatlah ia dari kaca mata ibadah, perlumbaan meningkatkan zakat peribadi dan seimbang dengan keperluan utama di akhirat.

Bukankah pada bila-bila masa air, udara dan tanah turut akan kembali kepadaNya kerana wujudnya 'ajal'.


Wallahu ta'ala a'lam..


Salam menuju sya'aban 1433H

Tuesday, August 23, 2011

Food: Plastik, Jabir @ Supit: Pembunuh dalam Diam!


Tahukah anda, terdapat 7 jenis plastik digunakan dalam industri pembungkusan termasuklah
plastik yang digunakan oleh makcik goreng pisang untuk membungkus pisang goreng dan sambal kicapnya.

Botol plastik di pasaran dikategorikan mengikut kod resin 1-7 seperti penamaan saintifik di bawah:

1. PETE polyethlene tereplhtalate
2. HDPE High Density polyethyene
3. V atau PVC Vinyl atau Plovinyl
4. LDPE Low density polyethlene
5 . PP polypropylene chloride
6. PS polystrene
7. Other atau Plastik polikarbonat


Namun begitu, bukanlah kuliah berkenaan plastik yang ingin penulis sampaikan. Sebenarnya penulis ingin sebarkan mengenai keburukan BPA yang terdapat dalam resin berkod 3 dan 7(PC)!


BPA atau Bisphenol A ialah komponen utama oleh industri kimia dalam pembuatan plastik polikarbonat contohnya bekas makanan, botol susu, casing handphone, lapisan dalam tin atau kotak minuman, CD/ DVD. Tujuan utamanya adalah untuk dalam industri makanan adalah untuk mengekalkan kualiti makanan bagi tempoh tertentu melalui peranan resin. Resin campuran yang berbahaya ini menjadi agen antioksida yang menyumbang kepada pengawalan kualiti dan shelf life sesuatu makanan.

Resin epoksi yang digunakan sebagai pelapis dalaman bagi makanan dan minuman dalam tin yang kita gunakan sejak kita lahir ke dunia ini. Jadi apa sebenarnya masalahnya sehingga negara-negara membangun sperti Aussie, kanada Denmark, france dan German telah mengharamkan elemen 'tidak toyyib ini'? Begini hujahnya, apabila BPA ini leeching atau luntur kedalam makanan terutama pada air atau suhu panas, kesan-kesan jangka panjang seperti berikut boleh berlaku kepada anda atau anak anda seterusnya menjurus pertambahan bilangan pesakit dihospital dan berkembangnya takaful medik di Malaysia:

1. Mengganggu sistem endokrin, (pembebasan hormon badan anda).
2. Mengganggu sistem imunisasi, kurang daya tahan badan.
3. Diabetes
4. Kanser prostat dan payudara
5. Bilangan sperma yang rendah
6. Cyst pada ovari
7. Masalah keguguran janin
8. Akil baligh yang awal


Nah, jika sedari bayi sudah diberi BPA yang mereka tak mampu nyahkan xenobiotik sebagaimana orang dewasa, maka bolehlah dijadikan hipotesis awal akan kesannya dengan adanya senarai penyakit itu di negara kita. Cuma Mac 2012 baru nak diharamkan untuk bagi muka kepada para industri. Jadi anda mulakanlah dahulu. Jika ibu ayah berdegil juga nak beli botol yang lutsinar terkandung BPA itu, bolehlah sementara ini mengikut langkah penjagaan seperti dibawah:

1. Jangan tuang air panas terus kedalam botol
2. Basuh botol dengan span lembut, bagi mengelakkan calar
3. Jika botol bercalar, tukar yang baru.
4. Beli yang BEBAS BPA!

Sekian.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubat, jangan jadikan diri anda dibunuh atau pembunuh dalam diam kerana menggunakan barang yang memudharatkan atau tidak toyyib.

Rujukan:
Apakah itu Bisphenol A, Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia