Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Showing posts with label Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Jutawan. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Air, tanah, udara semuanya Hak milik Allah

Pandangan sarwajagat tahun 2013 dilihat cabaran globalisasi yang kian mencabar bagi semua semua Negara bangsa. Dari aspek ekonomi, politik dan sosial, banyak jurnal mengketangahkan isu-isu global rentas benua seperti Kejatuhan ekonomi Greece, Reaktor nuklear Iran, pemberontakan pentadbiran Mursi. Dilihat sebagai tahun baru kebangkitan daripada sangkalan ramalan exodus terhadap tarikh tahyul kiamat 2012. Tidak terkecuali negeri yang dahulunya dikenali Persekutuan Tanah Melayu yang cuba memposisikan diri untuk menjadi negara maju melalui pelbagai trend, ideologi, polisi yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh negara Uncle Sam yang pernah digelar sebagai Jerusalem baru bagi negara haram Yahudi.

Beralih kepada bahasa santai yang lebih difahami, perspektif individu bagi penulis melihat dengan pelbagai hidangan maklumat melalui media utama mahupun media tanpa batasan internet akan menimbulkan kegusaran dan 'uncertainty' terhadap hala tuju negara. Dari isu pemilikan rumah, bebanan hutang pelajaran, kereta dan lain-lain kos yang meningkat memberi cabaran bahawa satu kerja tidak mencukupi, cabaran pengurusan kewangan dan amalan 'live really below the means' lebih-lebih lagi pemastautin kawasan urban.

Penulis pernah melewati sebuah projek pembinaan rumah di sekitar Cyberjaya yang sesungguhnya tidak layak bagi seorang ijazah lulusan IPTA untuk memilikinya kerana harga yang ditawarkan minimum hampir 1/2 juta. Ya, mungkin polisi tidak boleh menghalang bamboo network pihak pemaju, tetapi penulis yakin sebenarnya ianya boleh dimiliki sama ada dua perkara. Pertama, jadi hartawan melalui perniagaan atau kedua, pemaju tawar harga mampu milik. Kedua-dua pilihan adalah jalan yang memerlukan usaha degil dan tawakal kerana dunia perniagaan bukan semudah membaca ABC.

Jelas perbezaanya jika dibandingkan semasa Tanah Melayu yang memaparkan institusi pinjaman bukan berorientasikan perniagaan, pemilikan rumah lebih kepada tidak tersususun dan bebas, pendidikan adalah percuma dan kos sara hidup yang rendah. Beza sekarang semuanya diinstitusikan dan pada setiap value chain mempunyai peluang perniagaan dan risiko. Risiko ini termasuklah potensi amalan rasuah, tekanan, ugutan dan lain-lain nilai yang kadangkala menghalalkan yang haram, peluang dilihat kepada perkembangan peluang jaringan keperluan.

Hal-hal ini yang selalunya akan mengalih fokus umumnya yang terlibat dari memahami diri dari makna sebenar hidup di dunia ini. Maka, dalam perlumbaan ini, siapa pun boleh terlibat dan lihatlah ia dari kaca mata ibadah, perlumbaan meningkatkan zakat peribadi dan seimbang dengan keperluan utama di akhirat.

Bukankah pada bila-bila masa air, udara dan tanah turut akan kembali kepadaNya kerana wujudnya 'ajal'.


Wallahu ta'ala a'lam..


Salam menuju sya'aban 1433H

Tuesday, July 5, 2011

Buku: Jutawan di dalam Cermin



Millionaire in the Mirror: How to Find Your Passion and Make a Fortune Doing It--Without Quitting Your Day Job
Analisa oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria

Dalam sedar ataupun tidak, kehidupan manusia tidak dapat lari dari istilah wang. Ya, sejak dari zaman barter sehinggalah ke zaman wang fiat, nominal dan asterik wang sememangnya tidak asing dari transaksi kehidupan bagi perihal keperluan dan kehendak.

Buku Millionaire in the Mirror karangan Gene Bedell menampilkan kelainan pada isi kandungan dengan hampir keseluruhan buku menyokong usaha kerjaya 'makan gaji' dan bagaimana para pembaca boleh membuat wang di dalam arena ini.

Benar! Wang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dari individu yang tiada apa-apa kepada berada, dari papa aqal kepada kaya ilmu, dari kaya harta kepada miskin jiwa, dari peminta kepada pemberi, dari penerima zakat kepada pemberi, bahkan dari penjaja kepada penaja.

Namun begitu, menurut penulis wang bukanlah faktor dominan untuk dikejar, tetapi realiti kefahaman dan pelajaran mengenai wang adalah sebenarnya yang perlu. Baiklah, bagaimana mahu menjadi pekerja yang lebih gembira dan berjaya? Pekerja yang mempunyai duit tambahan? Strategi-strategi yang ditampil oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Kenalpasti gelanggang permainan anda
Memahami undang-undang, peraturan, strategi, teknik dan 'padang' adalah sangat penting sebelum kita bermain. Begitu juga dengan arena kerjaya, adakah anda mahu meletakkan mod 'kaki kipas', 'mencapap', ringan tulang atau rajin? Semuanya terletak di tangan anda dan bagaimana anda bersikap dengannya. Di sini terletaknya rahsia bagaimana anda perlu mengurus supaya anda dapat memposisikan diri ke anda ke tahap yang lebih baik dan bekerja keras pada tempat yang betul.

Selain itu, apa dan bagaimana sesuatu perkara (How its work?) perlu dilaksanakan adalah di antara salah satu faktor pendorong bagi diri anda untuk lebih maju. KPI, tugas hakiki, senarai tugas harian atau jobscope mungkin dapat membantu anda menjadi lebih baik dari kalangan yang sederhana baik. Inilah yang perlu anda rancang dengan teliti sekiranya jalan ini yang anda ambil! Ringkasnya adalah anda cuma perlu sebuah manual urus kerjaya! Mungkinkah anda mahu menggunakan kaedah skim Machiavelli?

2. Jadilah seperti misil atau roket pengesan suhu.
Lupakan kisah silam bak pesan orang dulu-dulu "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Jadilah sebagai agen carian yang brutal, bukan sekadar tengok-tengok akan matlamat kerjaya anda yang sebenar. Ini mudah diterjemahkan dengan cita-cita seperti mahu ke tahap Pengarah Urusan? kerani? kelindan? atau gelandangan?. Bukankah setiap individu mahu sesuatu yang setimpal dengan usaha mereka setelah mendapat jaminan sekuriti kerjaya? Jika tidak, masakan kesatuan sekerja diwujudkan.

Kembali kepada analisa asal, mitos yang selalu menyatakan bahawa melakukan kerja yang anda suka tidak kukuh sebenarnya untuk menjadikan anda gembira ataupun kaya. Pemikiran ini banyak diwarisi oleh siswazah-siswazah muda yang baru tamat beroleh segulung ijazah atau diploma. Mengapa saya berkata sebegitu? Contohnya sebegini, anda suka tulis blog, tapi jika kita tidak tahu internet marketing seperti Azizi Ali, mungkin anda sukar juga kaya melainkan blog anda mempunyai UI, sistem, dan pengikut yang ramai, mungkin Mark Zuckerberg dapat melihat blog anda. Contoh lain pula adalah jika anda suka main golf, tapi tiada bakat seperti bintang sensasi "Harimau Kayu", melopong juga anda dibuatnya. Maka, apakah perkara sebenarnya yang sewajarnya anda lihat seperti berikut:

ANDA..
a) suka buat
b) bagus buat
c) buat boleh jadi kaya

a) + b) + c) = kejayaan luar biasa (outstanding succes)