Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Saturday, September 22, 2012

Bike-thru

Kemudahan sememangnya memberi erti mudah. Lihat sahaja gambar penunggang motor di hadapan penulis yang juga menunggang motor untuk membeli makanan segera di tengah malam sejuk. Tambahan, suri rumah tidak perlu basuh pinggan!
@McDGopeng
0100


Friday, September 21, 2012

Fail latihan berterabur

Hari ini adalah hari ke empat latihan, peserta-peserta agak kelam kabut mencari fail masing-masing bagi memulakan sesi latihan. Ini berikutan fail tersebut ditinggalkan oleh para peserta dan ianya telah dikemas oleh pihak hotel bagi tujuan.

Berikut adalah pemerhatian saya:

1. Aturan yang tidak disangka, Kesannya: positif, asertif dan reaktif.
(Ada yang bingkas bangun, ada yang kata ini permainan kotak beracun, ada yang duduk diam seribu bahasa)

2. Tanggungjawab terhadap milik 
(Pihak sekretariat sudah memaklumkan bahawa fail yang ditinggalkan adalah tanggungjawab sendiri)

3. Sistem kemas semula
(Pihak hotel yang kemas fail bagi tujuan pembersihan patut meletak semula pada kedudukan sebenar). Ya, konsep FIFO dan 5S boleh diamalkan.

4. Luar kawal
Dalam perjanjian sewaan bilik, memang tiada terma dan masa yang diperuntukkan bagi simpanan fail, jadi, ia kembali kepada masalah 'common sense'. Maka, tindakan legitasi sukar diambil malah disadvantage kepada pihak klien. Tambahan, ianya hari terakhir.

Kesimpulannya, apabila sesuatu tindakan dilakukan dengan atau tanpa kebenaran, pasti ada pihak yang akan terlibat. Buatlah keputusan sebijaknya agar tidak menyusahkan orang lain.


@Palmgardenhotel
0947

Thursday, September 20, 2012

Idealis

Keperluan bank dnd bagi keperluan transaksi umat Islam.

Konsep, simpan dan debit dnd di mana-mana bank.

Isu, berat yang diterima, sekuriti, sistem atm pendek kata infrastruktur.

@PuchongPetronas
17:52

Friday, September 14, 2012

Maha Hebat ciptaanNya

Lihatlah pengangkutan kuda, terlalu sedikit laporan, statistik dan berita berkaitan kemalangan maut sepertimana kereta atau motosikal ciptaan manusia.

Kuda tidak selaju kereta atau ets! Ya memang tidak, tapi jalan yang boleh dilalui oleh kuda lebih banyak, on road, off road, sungai, bukit bukau. Ets dan kereta bergantung pada jalanraya dan rel, manakala kuda atau lembu tidak perlu. Nak membuat pusingan u pun senang pakai kuda.

Nak beli kudalah. Siapa nak jual? Bagi makan senang, rumput banyak ada, 0 CO2 emisi, tak yah fikir insuran, alat ganti atau aksesori kereta. Badan sihat, boleh menaip mesej masa menunggang bahkan tidur.

Waimah apa sekalipun, kuda atau kereta, motorsikal atau basikal, gunakanlah sebaiknya ke jalan yang ma'ruf. Banyak jalan banyak cara dan bukan banyak alasan mensyukuri nikmatNya yang luas untuk dicelikkan dengan mata hati.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang bisa aku dustakan..."

Wassalam
@Hentian Rehat Tanjung Malim
11.19 pm

Idealis

Konsep drive thru nasi lemak..

Tuesday, September 4, 2012

Hadiah dari Jepun

Alhamdulillah,

Saya telah menerima hadiah sebatang pen dari orang Jepun. Memang amalan mereka sebegitu.

Maksudnya mudah, dia suruh saya tingkatkan usaha untuk terus belajar. =)

Belajar kan sampai ke liang lahad.

Bila la nak sambung belajar ni? Any idea?

Ya Allah, permudahkanlah dan berilah nikmat kelapangan waktu. Amin


Mohd Shafiq