Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Thursday, October 27, 2011

Diari: Mount Irau Hike Unrated!




HIKING IRAU MOUNT UNRATED 2011

Sekitar jam 12.30 malam 22 Oktober, kesejukan kota Putrajaya sehinggalah ke Bandar Brinchang, Cameron Highlands kami tempuhi demi menjayakan hasrat menawan Puncak Irau. Perancangan rapi yang diatur tidak menghalang Kumpulan 1 dan 2 seramai 9 lelaki dan 7 perempuan konvoi perjalanan untuk tiba di Brinchang sekitar 2 dan 4 pagi. Ini memandangkan penempahan apartment telahpun dibuat untuk 2 hari. Laluan melalui Tapah agak mencabar berikutan terdapat 7 pokok tumbang yang terpaksa dielak dengan kepakaran pemanduan berhemah peserta. Keadaan jalan yang tidak kondusif menggambarkan kenderaan berat yang kerap mengguna laluan tersebut ataupun persoalan “Adakah YB yang tidak berkerja?”.

Jam 7 pagi, berbekalkan semangat dan sarapan mee goreng sempoi walaupun mata agak kelat, peserta pendakian bersiap untuk menawan Puncak Brinchang. Ada yang membawa bekalan tambahan coklat, Maggi dan sebagainya bagi keperluan metabolism badan perjalanan naik turun yang bakal mengambil 8-9 jam.

Menaiki kenderaan kebanggaan Negara, Waja dan BLM FL, kami 9 lelaki bergerak menuju puncak Brinchang melalui entri poin Kilang Teh Kg Palas. Perjalanan ke puncak agak sempit memandangkan ianya sekadar keperluan laluan pekerja ladang sahaja. Pemanduan perlulah berhati-hati. Sehinggalah kami tiba di sebuah laluan yang agak mencabar sehingga terpaksa turun dari kenderaan akibat tar yang berlubang, kami pasrah untuk meletakkan kenderaan berhampiran sekitar tempat tersebut. Golongan hawa tinggal untuk membantu menyediakan makanan BBQ sambil mereka berjalan-jalan.











Sehinggalah sebuah motor melalui lokasi tersebut dan memaklumkan kepada kami
“Gunung Irau ditutup untuk renovation”, laluan melalui brinchang ditutup dan hanya laluan melalui Kampung Raja dibuka. ujar Pak Cik yang menaiki C70 Honda membawa sebalang botol air 20L.

Mendengar kata Tante tersebut, wajah pendaki kelihatan agak muram. Manakan tidak! Jauh datang ni…

Aku dengan gajet pintar cuba melihat jarak kampong raja yang sekitar 6-7 km daripada kawasan sepatutnya pendakian, kami menuruni Bukit dan menuju ke Kg Raja tanpa sebarang panduan. Hilang arah dibuatnya. Melalui perbincangan di forum-forum internet, kebanyakan perjalanan dari Kampung Raja selama 7-15 jam! Dan perlu bermalam.CANCEL.. Kami dengan kelengakapan untuk tidak tidur berkhemah sememangnya tidak menjangkakan situasi ini! Sekali lagi kami berbincang di tepi jalan, dan berpandangan supaya naik semula ke Gunung Brinchang untuk mengesahkan kata-kata Tante tersebut. Bak kata orang, alang-alang nyeluk pekasam, biar bau masam. Hahaha

Sekali lagi pemanduan menaiki ke Puncak Brinchang diteruskan dan kami memarkir kereta sebelum kawasan berlopak tadi dan berjalan 2 km untuk ke Puncak Brinchang. Nah! Ini dia bukti kedegilan. Emangnya kawasannya ditutup untuk proses pembaikan boardwalk. Ada la 2 orang Hafez dan Syazwan (bukan nama sebenar) cuba negosiasi tetapi gagal. Maka, duduklah kami dihadapan papan tanda tersebut sambil makan roti sardine.


Siap maybe end of this year woo. lain kali call Jabatan Perhutanan dulu.




Seorang rakan kami mengesyorkan untuk meneruskan perjalan ke puncak Brinchang yang seterusnya  membawa kami ke stesen cerapan dan menara yang hampir sealtitud dengan Gunung Irau. Terdapat sesetengah kawasan yang bertekanan rendah dan sejuk menyebabkan hembusan keluar nafas putih yang boleh dilihat.



Perjalanan balik kami dihiasi dengan program bergambar dan mencari trek-trek baru bersebelahan jalan. Memang tidak dinafikan ada tempias trek-trek irau di situ menurut pakar pendaki kami, Hafanizam. Lumut, lumpur coklat menghiasi album 550D Nikon Acab untuk diabadikan sebagai album ‘belum berjaya’. Namun begitu, Gunung Brinchang setinggi 6666 kaki telah kami tawan sebagai penyedap hati kami! Diselitkan di sini gambar-gambar kenangan di bawah. Tidak rugi sebab Cameron Highlands banyak tempat menarik untuk dilawati! Bajet tahun ini RM100 setiap kepala untuk penginapan, makanan, BBQ dan pengangkutan. Memang terbaik!





P/S: Memang terbaik! tahun depan kami akan pastikan hutang ini dibayar inshaAllah. Nantikan kami Irau 1.0! Nescaya kami akan menawanmu. Pepehal pekena Strawberry Usahawan Muslim di Kampung Desa dahulu. Syiokk!


One day in next year, inshaAllah.

Wednesday, October 26, 2011

Buku :Pengurusan dalam Islam



Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani
Ulasan oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria



Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini

Iniliah petikan akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2011 dalam membicarakan berkenaan keperluan standard Pengurusan Islam mutakhir ini. Dunia menyaksikan permintaan yang meningkat terhadap standard yang Islami jauh daripada propaganda politik ataupun sentiment kaum demi menjaga kemaslahatan ummah dan meninggikan syariah Allah.  Standard MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti:Keperluan daripada Perspektif Islam yang mengambil kerangka ISO 9001 telah dibangunkan dengan nilai tambah Islam. Namun begitu, sekitar pandangan penulis, standard ini masih belum lengkap dan solid walaupun ianya telah mencapai tahap konformiti bagi pensijilan.

Islam dan pengurusan sememangnya tidak dapat dipisahkan, Islam memberi garis panduan yang lengkap bagi manusia mengurus dan diuruskan agar tidak melampaui batas dan selamat di dua dunia. Bermula dari pengurusan alam, sehinggalah pengurusan manusia, Islam menyentuh semua aspek pengurusan kehidupan manusia dalam manual yang lengkap al Quran, sunnah, qias dan kesepakatan ulama. Sistem ekonomi Islam sebagai contoh mengharamkan riba yang berlebihan menindas peminjam dan pelabur. Jenayah Islam pula memberi keadilan kepada mangsa dan pemangsa. Inilah pengurusan berlandaskan hukum Islam yang perlu didaulatkan dan ditegakkan selagi bergelar umat Muhammad dan Islam.

Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 19:

The Religion before Allah is Islam (submission to His Will): Nor did the People of the Book dissent therefrom except through envy of each other, after knowledge had come to them. But if any deny the Signs of Allah, Allah is swift in calling to account.

Surah Maidah ayat 44, 45 47:

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الفاسقون 

Mafhumnya: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan allah, maka kafir, zalim dan fasiq”

Kafir di sini pada kebanyakan para ulama’ membawa dua natijah iautu murtad dan dosa maksiat. adapun murtad adalah secara terang-terangan menentang para rasul dan apa yang dibawanya serta membatalkan hukum Allah manakala seseorang muslim yang meyakini dan dirinya melakukan sesuatu yang haram dan buruk, berdosalah akan dia kerana zalim. [Rujukan]

Ayuh! Buang sikap malas, kita pelajari sistem Pengurusan Islam. Kita martabatkannya bermula diri, keluarga dan masyarakat. Terlalu banyak yang kita pelajari sedang usia semakin berkurang! Bukankah surah pertama yang diwahyukan memberi erti pengurusan pembacaan bagi kita?


Sunday, October 16, 2011

Diari: Cara membuat Homemade Enzim





Assalamualaikum wbt


Bagi ahli pengamal  sains amatur seperti saya mungkin sesuatu yang baru kerana sikap kurang membaca atau menonton Backyard Science Channel. Tetapi, inilah projek yang ditampilkan oleh SMK Marudi semasa pertandingan berkaitan Social Responsibilty dalam menggunakan sisa-sisa makanan. Mereka telah merangkul Naib Johan dengan beberapa produk yang dihasilkan dan salah satunya Home made Enzyme.


Apa itu enzyme? Enzyme ialah enzim! Enzyme are proteins that catalyze (i.e., increase the rates of) chemical reactions. (Source: Wikipedia). Bahan ini wujud dalam badan manusia sistem digesi dan dalam benda hidup.


Jadi, bagaimana nak hasilkan enzim? Adakah saya perlu alat atau bahan kimia yang mahal untuk menghasilkannya? Jawapannya adalah tidak sama sekali. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan dan prosedur seperti di bawah:


Bekas: Bekas plastik kedap udara.


Bahan-bahan: Air, Sisa Buah-Buahan dan sayur-sayuran, gula (gula perang, molasses atau gula kasar)


Nisbah:
Gula:Sayur/Sisa Buah-buahan/: Air  = 1:3:10 / 1kg:3kg:10liter








Cara-cara:


1. Larutkan gula di dalam air dan seterusnya masukkan sisa sayuran dan buah-buahan.
2. Biar sedikit ruang dalam bekas plastik untuk proses fermentasi
3. Botol plastik ditutup dengan rapat.
4. Bulan pertama. Bebaskan udara dalam botol. Kemudian tutup semula.
5. Sekiranya ada sisa timbul, tekannya ke dasar.
6. Simpan di tempat sejuk, kering dan ventilasi yang baik.
7. Elakkan sinaran matahari dan peram selama 3 bulan sebelum digunakan.









Gambar (Ihsan SMK Marudi)


Kegunaan:

1. Bahan Mandi
2. Cuci Baju (Detergen, pelembut Fabrik)
3. Pembersih tandas
4. Bersih tangki
5. Menjernihkan Sungai, Kolam Tangki
6. Baja Organik

Namun begitu, sebelum dikomersialkan, perlulah ianya diuji terlebih dahulu dari MoH dan makmal untuk diuji.

Gambar produk sebenar tidak dapat ditunjuk, namun penulis menghidu dan ianya berbau wangi!

Pelik juga: Karbohidrat ---(Fermentasi)---> Alkohol + CO2

dimana enzyme dihasilkan? Pelik. 

Untuk maklumat lebih, Rujuk Artikel di Newspaper--> The Star


PS: Cubalah kalau kosnya lebih rendah dari Fabu luso, dan potensi untungnya lebih daripada bagi makan itik dan ayam atau jeruk kulit buah. =)

Thursday, October 13, 2011

Diari: Berjalan sambil Berblog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Kini anda boleh berjalan sambil berblog, bukan ber'bolok' ya.


Aplikasi yang masih dalam pembaikan ini menawarkan blogger untuk mengarang dan menerbitkan karya mereka melalui peranti android. Karya ini juga boleh dilabelkan dan diedit pada bila masa dan serta dertakan servis tag lokasi anda.


Kelemahannya adalah ianya belum memasukkan elemen synchronise dan ini bermakna pastikan anda save dahulu dan bila sudah yakin, Publish!


Selamat mencuba dan beramal!


Boleh muatturun 'apk' disini sekiranya mengalami masalah daripada Market:
http://www.4shared.com/file/zlvroiI4/blogger.html


Test from mobile blogger. Optimakan peranti anda.

Monday, October 3, 2011

Diari: Kehilangan al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim dirasai pelbagai lapisan masyarakat


Tiada kata yang mampu penulis katakan, terasa sedih dan hiba atas pemergian beliau. Penulis mengambil penulisan daripada wordpress albakriah untuk sama-sama kita hayati. Terasa cedokan ilmu dahulu di pasir tumboh terlalu sedikit tapi akan kucuba amalkan sedaya upayaku. InshaAllah.

Beberapa perkara yang sempat dipelajari:
1) Zikir bertauliah (Sheikh Abd Qadir Jailani)
2) Ilmu Perubatan
3) Sekularisme pendidikan
4) Berzikir di kubur.

Moga Allah merahmati beliau. Amin.

By: M Faqih
Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Paduka Hj Hashim b Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada 1.10 petang 1 Syawal lalu.Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh.
Walau pun sibuk dengan sambutan hari raya namun tidak menghalang lebih 2,000 warga pondok, penduduk tempatan dan orang ramai dari dalam dan luar Kelantan menunaikan solat ke atas jenazahnya. Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan Muhammad ke-V,  Tengku Mahkota Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Exco kerajaan negeri.
Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dalam kawasan pondok terbabit.
Setiausaha PPPB, Hj Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.
“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.
“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.
Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.
Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah berkata, warga pondok dan orang ramai benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi kerana beliau bukan sahaja menjadi rujukan dalam bidang agama malah perubatan Islam termasuk ketika beliau dalam keadaan uzur.
Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.
“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir sehingga sekarang.
”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.
Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).
Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.
Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.
Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya al-Marhumah Hajah Rodhiah meninggal dunia pada Januari lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.
“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama. Malah beliau sering menjadi imam solat hajat yang biasa diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semasa beliau masih sihat ketika isu-isu besar berlaku,” ujarnya.


P/S: Sayangilah para 'ulamak pewaris nabi...