Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Thursday, October 17, 2013

Berjimat besar di Daiso

Assalamualaikum dan salam pengorbanan,


Allahu Akbar 3x..


Alhamdulillah bertemu semula dalam tinta akalkenyang di hari tasyrik yang masih berbaki sehari lagi. Sambutan pada kali ini agak menarik dengan tambahan aktiviti mencuci mata di Aeon Stesen 18 bagi menebus sedikit kupon bagi membeli barangan. Tidak ketinggalan untuk singgah di Daiso untuk membeli beberapa barangan rare dan murah. Ya, satu barang hanya RM 5 sahaja, seperti juga Hinode-sama shop tetapi barangannya lebih pelbagai.


Hasil tangkapan



Therapy eyewear yang selalunya berharga RM 78, jimat 93%

Klip tie RM 15, jimat 67%

Pam bola bergerak RM 20, jimat 75%

Pen stylus RM 15, jimat 67%


Fungsi yang sama, harga lebih murah! Sangat menjimatkan bukan? Walaupun sesetengah barangan Made in China, tapi negara Jepun pakai, kira ada standard dan agak berkualiti la kan. In sha Allah.


Terdapat juga baju kerja yang dibeli di Aeon pada harga diskaun 50-70% iaitu kurang lebih RM 15 sehelai. Jadi belilah sedikit bagi menggantikan baju lama yang telah koyak.


Alhamdulillah....syukur...



Friday, October 11, 2013

Klaim telefon bimbit baru

Assalamualaikum dan salam akal kenyang Musim laporan audit 2012,


AlhamduliLlah, semalam penulis mendapatkan waranti telefon setelah menerima sms daripada pihak celcom blue cube Sunway. Penulis menerima set baru bagi menggantikan set lama yang mengalami masalah bunyi yang terlalu perlahan. Ketika penulis membelinya, ianya masih mempunyai baki 3 bulan waranti Celcom dengan harga yang berpatutan bagi sebuah telefon yang berkapasiti baik. Ianya untuk si buah hati dan bukannya untuk penulis.


17 Sep - 9 Okt, itulah tempoh masa yang diambil untuk urusan waranti di mana sehari sebelumnya, penulis pergi membuat lawatan susulan di premis tersebut untuk mengetahui status waranti. Ini kerana premis tersebut tidak memberikan sebarang nombor pejabat untuk dihubungi, malah Celcom Center juga tidak mempunyai nombor premis tersebut. Pelik bukan?! Di sana, penulis dimaklumkan bahawa peranti tersebut masih dalam kargo di Singapura. Penulis sempat bertanyakan piagam pelanggan bagi membaiki peranti tersebut dan sengaja mengirakan hari tersebut dihadapan pekerja tersebut. Nah! Ianya telahpun melebihi 14 hari bekerja. Pekerja tersebut memaklumkan bahawa ianya akan tiba dalam minggu tersebut atau hadapan dengan jaminan beliau akan cuba percepatkan urusan tersebut. Terima kasih.


Sehari berikutnya, 9 hb, barulah penulis menerima sms daripada premis tersebut untuk mengambil peranti yang dibaiki. Alhamdulillah, ianya tidak dibaiki, tetapi diganti dengan set baru dengan waranti asal. Sedikit tips yang boleh dikongsi ialah simpanlah resit dan kad waranti dengan sebaiknya, backup data-data sebelum membuat serahan, padam segala maklumat atau foto yang ada di dalam peranti, ianya boleh dilaksanakan dengan 'Delete all data' atau 'Restore Factory Setting'.




Teruskan berdoa dan sabar, rezeki Allah ada bagi mereka yang tahu bersyukur.


Telefon apakah yang mempunay Customer Service yang sebegitu baik seolah-olah kos belian telefon tersebut seperti membeli 2 telefon yang sama?


Hari ini, ianya sudah siap dikemaskini dan akan diberikan kepada si buah hati hunjung minggu ini inshaAllah. :-)


A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H



Friday, October 4, 2013

DnD: Pelaburan alternatif yang Islamik

Assalamualaikum semua,


Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat berkaitan Dinar dan Dirham (DnD) agar kita sama-sama faham kepentingan untuk membuat sedikit simpanan berkaitan dengannya. Acap kali kita mendengar berkaitan pelaburan dari hartanah, pasaran saham, public mutual fund, ASB dan sekutunya, aset dan IP royalti dan lain-lain, pada kali ini kita cuba melihat pelaburan alternatif yang boleh diamalkan iaitu DnD.


Apakah itu DnD?

Dinar emas ialah syiling emas begitu juga dirham ialah syiling perak. Nisbah sebenar adalah 7 dinar : 10 dirham. Rakan penulis pernah memaklumkan bahawa harga dirham buat masa kini adala dikawal dan ianya tidak mengikut nisbah 7:10, justeru pelaburan jangka panjang bagi dirham adalah kelihatan berbaloi dan berpotensi.


DnD adalah perkataan arab yang turut dipetik di dalam Quran dan Sunnah - di mana ianya digunakan sebagai matawang sejak zaman dahulu.


DnD menawarkan kebebasan dalam memilih medium Halal pertukaran perdagangan dengan sama suka; juga bagi meninggalkan sistem kewangan yang berasaskan riba.


DnD menandungi komoditi metal dengan nilai intrinsik; bebas dan unit yang diperakui berlawanan dengan matawang konvensional yang bernilai fiat. Ianya bermaksud nilai RM100 tidak membawa erti nilai kertas cetakan RM100 tersebut. 


Kewajipan zakat turut perlu bagi penyimpan DnD yang cukup haul dan nisab di mana 1/2 Dinar bagi setiap 20 Dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 Dirham. Cukuplah amaran Allah dan RasulNya buat mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


Tuan/Puan boleh layari World Islamic Mint untuk mengetahui harga semasa DnD. Ianya boleh digunakan dalam transaksi jual beli yang berlogo DnD. Ianya adalah bersifat sukarela dan saling redha serta paling penting ianya sah di sisi undang-undang.


Gambrajah di bawah pula menunjukkan kadar simpanan emas bagi negara OIC berbanding non-OIC pada tahun 2012. Semoga dengan makluman ini, kita dapat menyimpan sedikit demi sedikit untuk masa depan in sha Allah.




Sumber: World Islamic Mint

SESRIC

Thursday, September 26, 2013

Panduan beli rumah lelong

kredit to golelong.com


Panduan membeli rumah lelong:

A. Sebelum Tarikh Lelong
  1. Dapatkan alamat rumah
  2. Pergi lihat sendiri rumah yang hendak dilelong.
  3. Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih.
  4. Buat carian hak milik di pejabat tanah.
  5. Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik, indah water jika rumah tinggal.
  6. Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut).
  7. Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah.
  8. Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)
*** Anda tak tahu..? Mungkin anda perlukan ejen..? Mengapa perlu guna ejen...? Klik di Sini 
B. Semasa Lelongan
  1. Datang awal sebelum waktu lelongan.
  2. Bawa kad pengenalan asal
  3. Bawa bank draf
  4. Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  5. Letakkan HAD bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  6. Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Contoh:
* harga rezab: RM60,000
* bank draf: RM6,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM68,000
* 10% x RM68,000 = RM 6,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM6800 – RM6000 = RM800
C. Selepas lelongan
  1. Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  2. Lantik peguam untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yang sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  3. Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  4. Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  5. Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut.

Tips membeli rumah lelong:

  1. Lantik ejen hartanah lelong jika anda tidak tahu selok belok hartanah lelong kerana ejen boleh membantu MENJIMATKAN BANYAK WANG anda.
  2. Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong.
  3. Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.
  4. Rumah lelong yang mempunyai tunggakan bil seperti TNB, air, Indah Water kebanyakannya ditanggung oleh bank pelelong.
  5. Jika anda bekerja dan tidak boleh hadir semasa hari lelongan, anda boleh melantik orang lain sebagai wakil. Pastikan anda memaklumkan kepadanya had bidaan anda dan sertakan salinan kad pengenalan. Jangan lupa SURAT WAKIL yang ada tandatangan anda!

Friday, August 30, 2013

Doa rintihan

Ya Allah, Kau yang Maha Mendengar


Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku


Bebaskanlah aku dari bebanan berhutang


Permudahkanlah amanahku dalam mendidik keluarga


Bantulah saudara-maraku di Syria, Palestin, Mesir dan seluruh kaum Muslimin Muslimat


Ameen ya rabb

Cara-cara sembang kemas


Kemaskini: 26 Sep 2013

Salam sejahtera dan salam akalkenyang,

Komunikasi tidak boleh lari dari kehidupan seharian, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Orang pandai berkata-kata sering digelarkan sembang kemas, mulut manis, pendebat terbaik, bertih jagung, hatta ada juga digelar 'gila mikrofon'. Namun, apakah kriteria sebenar mengikut syarak? Penulis banyak berpegang dengan mafhum hadis yang berbunyi "siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata baik atau diam".

Penulis berkesempatan untuk menyenaraikan beberapa tips untuk sembang kemas yang berhikmah untuk perkongsian bersama. Ianya berkaitan rapat dengan teknik berkomunikasi berkesan agar kita boleh sebarkan lebih banyak kebaikan dari satu kebaikan. Langkah pertama adalah membina minat di kalangan pendengar. Ini memerlukan kaedah telus supaya pendengar turut minat berkongsi cerita. Kadangkala pendengar yang baru adalah berbeza dengan rakan-rakan yang kita telah kenali latarbelakang mereka, kerana, ianya melibatkan emosi dan kesediaan untuk berkomunikasi.

Baiklah, berikut adalah beberapa tips untuk tatapan pembaca:

1. Articulate the messages using language that everyone may understand. Maksudnya, guna bahasa yang pendengar mudah faham. Faham tak? Yang mudah faham selalunya apa yang pernah dialami atau dilalui para pendengar.
Ianya boleh dimulakan dengan ayat penerangan pertama tanpa 'how' supaya ia boleh menarik pihak pendengar untuk bertanyakan soalan lanjut dan tidak merumitkan fikiran pendengar. Sebagai contoh jelas, ianya banyak digunakan oleh agen-agen insuran atau takaful bagi menceritakan pelan produk masing-masing.
Sebagai contoh: "Laman web akalkenyang.blogspot.com merupakan satu-satunya laman blogspot yang aktif dalam memberi cerita sensasi kepada pembaca!" Cewah!
2. Kebiasaannya, mengikut kaedah peta minda, penerangan bermula dari pohon utama didahulukan sebelum ranting-ranting kecil agar jelas dan teratur.
3. Pepatah Inggeris pernah mencatatkan:
"If some one is asking for a wool or a sweter, don't show up with a SHEEP"
Jangan meleret-leret dan ringkas. Gunakan formula KISS (keep-it-simple-stupid), inilah faktor yang mempengaruhi tahap bosan bagi sesuatu majlis. Sebagai contoh, ucapan di perlawanan futsal tidak perlu panjang sehingga para pemain bosan. Cukup si perasmi sepak rasmi bola dan perkenal diri dan terima kasih.
4. Berkomunikasi tentang hasil dan manfaat yang menjurus kepada keperluan reponden dan bahasa mereka. Ianya bermaksud memahami kehendak responden dipenuhi walaupun kita ini hanya asbab ianya dipenuhi kerana dari Allah semuanya dipenuhi. Di sini, pengalaman pencerita akan diuji sama ada bercerita tentang pengalaman diri atau orang lain untuk dijadikan modal manfaat.

5. Menggunakan bahasa yang tidak teknikal seperti di bawah:
6 ways to think 'non technical'?
Teknik ini digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal kepada bahasa yang lebih mudah difahami oleh orang awam. Perkataan jargon atau bombastik dipermudah dan digantikan bagi memberi kefahaman kepada pendengar agar kurang memberi bebanan perkataan kepada otak dan akal pendengar. Ingat, bahasa komunikasi perlulah mudah dan padat tidak seperti penulisan thesis mahupun jurnal. Sebagai contoh:
1.Word association
Respirasi merupakan elemen biologi boleh ditukarkan kepada Ciri-ciri benda hidup itu adalah bernafas.
Respirasi=bernafas, biologi=benda-benda hidup.
2. Real life 101-experience
Benarlah bahawa jauh perjalanan usia dan geografi, luas pengalaman. Bercerita dan memberi contoh tentang pengalaman dapat memudahkan memberi gambaran dan penjelasan bagi sesuatu perkara. Selalunya apa yang hampir dengan manusia. Sebagai contoh, pengalaman saya ketika berada di luar Negara iaitu Jepun pada tahun 2011, saya menemui Mister Potato keluaran Malaysia berlogo Halal di Jepun! Oh ya, jangan pula mereka-reka cerita!
3. Interest
Saya tidak melabur dalam ASB/ASN, tetapi saya melabur dalam pasaran yang diiktiraf patuh-Shariah! Tuan/Puan ada buat pelaburan?
4. Solution to a problem
Kenal pasti masalah.
Penyelesaian kepada masalah lebih kepada penjelasan fungsi sesuatu perkara terhadap penyelesaian isu atau konflik. Sebagai contoh, salah satu cara menangani masalah malas membayar hutang adalah penggunaan auto-debit atau potongan gaji yang boleh dilakukan pada hemat peminjam.

5.Step by step, process explanation
Sebagai contoh: Penghasilan filem animasi bukannya mudah, beberapa proses utama perlu dilakukan seperti mencipta watak, mewarna, dan suntingan perlu dilakukan agar interaktif kepada para penonton.
Semua orang muda mengidamkan untuk membeli rumah sebagai keperluan asas perlindungan. Rumah lelong sebagai contoh adalah sedikit murah berbanding baru di sesuatu kawasan dan perlu kepada beberapa langkah mudah seperti di sini.

6. Ceritera
Cerita juga boleh digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal, ia kedengaran seperti ini. " Mari saya ceritakan kalian satu cerita berkaitan rakan saya yang bergelar usahawan dan berijazah, beliau di antara usahawan Melayu Johor yang berjaya mewujudkan yayasan tahfiz dan turath pertama di Rompin. Beliau beroleh keuntungan dari penjualan kuih muih dan air semata-mata. Pernah mendapat keuntungan sehingga 30000 semasa berniaga di bulan Ramadhan.
Sekian..Adios..selamat mencuba, ianya juga boleh dipraktis bila berjumpa dengan rakan-rakan anda.

Thursday, August 22, 2013

Broadband oh beruk band

Mana satu nak pilih?? Masing-masing ada pilihan.

Nak pilih Ferrari atau kancil? Laju minyak cepat habis, perlahan minyak lambat habis tapi sampainya lambat.

Ini analisanya, kalau pembaca ada jumpa yang lagi murah bagitahulah ya. Prabayar dah pernah pakai sampai kena block sebab lupa topup. 

Terima kasih.

Wednesday, August 21, 2013

Hilangnya dua gigi bongsu untuk hikmah kebersihan

Bila ditanya apakah sakit yang paling menyakitkan, jawapan yang paling kerap dijawab ialah sakit bersalin dan sakit gigi, selain sakit sakaratul maut. Tiadalah ianya sebagai penghapus dosa in sha Allah amin. Hari ini penulis mendapatkan khidmat doktor ntuk mencabut gigi bongsu yang tumbuh secara senget berikutan ruang gusi yang terhad.

Ia bermula pada bulan lalu di mana penulis berasa sakit yang berdenyut-denyut di kawasan gigi bongsu bawah berikutan ia menolak gigi sebelahnya, jadi, pergilah penulis ke klinik pergigian Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Rupanya, gigi lain yang ditampal, gigi bongsu pula disuruh rujuk pada Hospital Putarajaya.

Dipendekkan cerita, semalam penulis pergi klinik gigi buat sklaler/cuci gusi, memang ngilu dan sakit sampai berdarah. Tapi hati cekal, sebab keperluan untuk cabut gigi bongsu hari ini. Gigi bawah disurgeri,  ambil bius sedar, gigi bongsu atas cabut normal. Kena cabut sepasang, kalau tidak, ia akan tumbuh panjang ke bawah. Macam singa laut kot? Skaler gigi pula nak buang kaviti atau karang gigi.

Jadi selepas hampir sejam, selesai, 3 jam rasa sakit macam kena cucuk jarum bius yang berterusan, telan ubat tahan sakit. Lepak kat rumah sebab dapat MC 2 hari! Yeay!

Minggu depan appointment nak buka jahitan pula. Aiyooo, kena time off. By the way, Alhamdulillah sebab in sha Allah, tiada lagi makan terlekat. Jadi pada pembaca, jagalah gigi ya, penulis dah 3 batang gigi kekal cabut.

Wasslam



Ini pantangnya, satu lagi ialah, makan kena senget dan jangan menangis :-)

Tuesday, August 20, 2013

Kitar semula di Presin 9, Putrajaya


Alhamdulillah, pada minggu terakhir cuti sekolah lalu, kami sekeluarga dapat pergi ke Pusat Kitar Semula, Presin 9 bagi untuk mengitar semula botol-botol plastik yang ber'sarang' di rumah. Pusat ini dibuka pada setiap hari termasuk hujung minggu. Jadi, kami mengambil peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan menabung semua botol-botol plastik. Walaupun hanya 2kg, tapi rasa berbaloi. Terdapat juga pakaian terpakai dan tidak dituntut (dobi) yang dijual. Boleh beli sekiranya berminat.


Banyak item yang boleh dikitar semula seperti di atas. Jadi, lepas ni nak simpan minyak terpakai pula.

Terima kasih buat isteri yang sudi kemas, 80 sen..cukup untuk membeli roti canai sekeping.

Selamat beramal.



Friday, August 9, 2013

Panduan berhari raya

Panduan hari raya

Tazkirah ringkas, pepatah mengatakan : 

"ليس السعيد من ادرك العيد وانما السعيد من نجا ليوم الوعيد."

bukanlah org yg bahagia itu orang yang bertemu dgn hari raya,akan tetapi orang yang bahagia itu adalah orang yang terselamat dr azab ALLAH pd hari janji buruk ke atas mereka yg engkar (hari kiamat)..


Cara Nabi SAW Berhari Raya.

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan melaungkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum dan makan iaitulah sarapan terlebih dahulu.

Diriwayatkan oleh al Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga baginda saw memakan beberapa tamar dan baginda akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian yang paling baik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang baginda saw akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucapkan selamat dan saling mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sebaik sahaja berada di masjid, maka , solat tahiyyatul masjid dua rakaat. Jika solat sunat eid dikerjakan di tanah lapang maka tidak ada tahiyyatul masjid.

8. Sementara menuggu solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Mengucapkan perkataan yang baik dan sebaik-baik perkataan yang diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal salih kami dan amal Anda.”

Demikianlah antara adab dan cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

"kulla am wa antum bikhair"
selamat hari raya taqabbalalLahu minna wa minkum, maaf zahir dan batin dr kami keluarga buat semua....semoga ALLAH menerima Amalan kita semua...
Dr zahazan, mahfuzah, anak2 Nawal, Husna, Huda & Aman..

Terima kasih kerana setia menyokong kami & Telagabiru, 
Barakallahu fiekum ...
..

Saturday, June 8, 2013

Route to Hawaii

Assalamualaikum warahmatuLlah..


Bersambung dari entri terdahulu, pada kali ini penulis ingin berkongsi laluan-laluan yang boleh dipilih untuk menuju ke pulau tersebut seperti di bawah:


1) KLIA-Filipina-Hawaii

2) KLIA-Jepun-Hawaii

3) KLIA- LA-Hawaii

4) KLIA-Korea- Hawaii

Jangan risau, anda bolehlah melayari Wikipedia dan Lapangan Terbang antarabangsa sesebuah Negara untuk anda mengetahui laluan yang disediakan seperti ini

Lawatan penulis menggunakan laluan pergi KLIA-Filipina-Honolulu dan balik melalui Honolulu-LA-Narita-KLIA. Lapangan terbang antarabangsa di Filipina ialah Ninoy Aquino International Airport. Sekiranya anda  menggunakan laluan pergi melaluinya, perlu diberi perhatian supaya anda mempunyai minimum 5 jam waktu transit kerana anda mungkin perlu tukar kapalterbang dan beratur! Kecuali anda menggunakan kelas bisnes, mungkin sedikit keistimewaan untuk anda. Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah cukai lapangan kapal terbang yang bernilai 550 peso~RM 42 yang anda TIDAK PERLU BAYAR kerana anda cuma transit dan tidak perlu melalui imigresen. Anda juga perlu memastikan bahawa pegawai imigresen membawa anda sehingga ke terminal untuk check-in kerana anda hanya perlu cop sahaja. Penulis mengalami kesukaran di Filipina, tetapi syukur penerbangan alami kelewatan.

Matawang USD juga diterima di sana. Belum sampai lagi ya, perjalanan hampir 10 jam dari Filipina-Hawaii..


Pemandangan pulau-pulau di Filipina, indahnya ciptaan Allah

Sunday, June 2, 2013

Sukar ke nak ke A.S?


Alhamdulillah dan syukur ke hadratNya,

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta mereka yang terus berada dalam jalan perjuangan menegakkan agamaNya tanpa rasa malu, takut dan malas.

Moga kesempatan ini dapat kiranya penulis berkongsi kembara kerja di pulau Hawaii di Amerika Syarikat. Penulis akan berkongsi sekitar tempat-tempat menarik dan pengalaman berkaitan agar dapat memberi panduan dan manfaat kita bersama.


Sebelum Hari #1 berlepas

Beberapa keperluan untuk ke US perlu dipenuhi seperti di bawah:

1) Permohonan visa (Daftar secara atas talian, kemudian mohon visa di kedutaan, sekiranya pas lawatan pelancong, sejumlah bayaran akan dikenakan dan temuduga akan diadakan), pas lawatan urusan rasmi sedikit berbeza kerana melibatkan G2G.

2) Persediaan kewangan per individu/ famili, maklumat lokasi dituju atau ingin dilawati (Bawa wang yang mencukupi kerana tukaran mata wang USD1~MYR3)

3) Persediaan iman (muslim), kompas kiblat, waktu solat (ios Apps: Muslim Pro @ Laman web JAKIM), pakaian solat dsb

4) Persediaan pakaian, makanan ( Makanan perlu diiisytihar semasa pemeriksaan kastam), alatan kebersihan dan lain-lain (Bawa kurma dan bubur pun bagus)-sebaiknya bawa beg yang besar dan berkualiti kerana mungkin anda akan membeli buah tangan dan tidak perlu memikirkan untuk membeli beg tambahan.

5) Pastikan anda menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana sebagai  'backup plan' pejabat/bimbit. Sekiranya ada kenalan atau sahabat handai lebih baik, jika tiada pelan pelancongan melalui MATTA mungkin yang lebih sesuai untuk anda.

6) Lain-lain yang dirasakan perlu.

Aloha!

Thursday, March 7, 2013

Perlumbaan tikus-tikus

Tikus diuji, dinilai, disibukkan dengan roda larian..bukan seekor, tapi beratus.

Kadangkala diberi makan minum untuk berlari, kadangkala perlu berlari terlebih dahulu sebelum diberi makan minum.

Ada juga yang ragui adakah tikus itu benar-benar berlari? disoal, digasak disuruh buktikan benar-benar engkau berlari walaupun banyak tikus lain sebenarnya kau memang berlari.

Tetapi, tikus itu mungkin berbeza kalau ditambah sedikit keyakinan fitrah tentang nilai tawakkal, ibadah dan ikhtiar terbaik..

Sesungguhnya kita tidak mahu menjadi seperti mana tikus uji tersebut. Jadi siapa diri kita sebenarnya?

Fikir zikir
7/3/2013

Tuesday, February 5, 2013

Air, tanah, udara semuanya Hak milik Allah

Pandangan sarwajagat tahun 2013 dilihat cabaran globalisasi yang kian mencabar bagi semua semua Negara bangsa. Dari aspek ekonomi, politik dan sosial, banyak jurnal mengketangahkan isu-isu global rentas benua seperti Kejatuhan ekonomi Greece, Reaktor nuklear Iran, pemberontakan pentadbiran Mursi. Dilihat sebagai tahun baru kebangkitan daripada sangkalan ramalan exodus terhadap tarikh tahyul kiamat 2012. Tidak terkecuali negeri yang dahulunya dikenali Persekutuan Tanah Melayu yang cuba memposisikan diri untuk menjadi negara maju melalui pelbagai trend, ideologi, polisi yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh negara Uncle Sam yang pernah digelar sebagai Jerusalem baru bagi negara haram Yahudi.

Beralih kepada bahasa santai yang lebih difahami, perspektif individu bagi penulis melihat dengan pelbagai hidangan maklumat melalui media utama mahupun media tanpa batasan internet akan menimbulkan kegusaran dan 'uncertainty' terhadap hala tuju negara. Dari isu pemilikan rumah, bebanan hutang pelajaran, kereta dan lain-lain kos yang meningkat memberi cabaran bahawa satu kerja tidak mencukupi, cabaran pengurusan kewangan dan amalan 'live really below the means' lebih-lebih lagi pemastautin kawasan urban.

Penulis pernah melewati sebuah projek pembinaan rumah di sekitar Cyberjaya yang sesungguhnya tidak layak bagi seorang ijazah lulusan IPTA untuk memilikinya kerana harga yang ditawarkan minimum hampir 1/2 juta. Ya, mungkin polisi tidak boleh menghalang bamboo network pihak pemaju, tetapi penulis yakin sebenarnya ianya boleh dimiliki sama ada dua perkara. Pertama, jadi hartawan melalui perniagaan atau kedua, pemaju tawar harga mampu milik. Kedua-dua pilihan adalah jalan yang memerlukan usaha degil dan tawakal kerana dunia perniagaan bukan semudah membaca ABC.

Jelas perbezaanya jika dibandingkan semasa Tanah Melayu yang memaparkan institusi pinjaman bukan berorientasikan perniagaan, pemilikan rumah lebih kepada tidak tersususun dan bebas, pendidikan adalah percuma dan kos sara hidup yang rendah. Beza sekarang semuanya diinstitusikan dan pada setiap value chain mempunyai peluang perniagaan dan risiko. Risiko ini termasuklah potensi amalan rasuah, tekanan, ugutan dan lain-lain nilai yang kadangkala menghalalkan yang haram, peluang dilihat kepada perkembangan peluang jaringan keperluan.

Hal-hal ini yang selalunya akan mengalih fokus umumnya yang terlibat dari memahami diri dari makna sebenar hidup di dunia ini. Maka, dalam perlumbaan ini, siapa pun boleh terlibat dan lihatlah ia dari kaca mata ibadah, perlumbaan meningkatkan zakat peribadi dan seimbang dengan keperluan utama di akhirat.

Bukankah pada bila-bila masa air, udara dan tanah turut akan kembali kepadaNya kerana wujudnya 'ajal'.


Wallahu ta'ala a'lam..


Salam menuju sya'aban 1433H