Friday, August 9, 2013

Panduan berhari raya

Panduan hari raya

Tazkirah ringkas, pepatah mengatakan : 

"ليس السعيد من ادرك العيد وانما السعيد من نجا ليوم الوعيد."

bukanlah org yg bahagia itu orang yang bertemu dgn hari raya,akan tetapi orang yang bahagia itu adalah orang yang terselamat dr azab ALLAH pd hari janji buruk ke atas mereka yg engkar (hari kiamat)..


Cara Nabi SAW Berhari Raya.

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan melaungkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum dan makan iaitulah sarapan terlebih dahulu.

Diriwayatkan oleh al Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga baginda saw memakan beberapa tamar dan baginda akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian yang paling baik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang baginda saw akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucapkan selamat dan saling mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sebaik sahaja berada di masjid, maka , solat tahiyyatul masjid dua rakaat. Jika solat sunat eid dikerjakan di tanah lapang maka tidak ada tahiyyatul masjid.

8. Sementara menuggu solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Mengucapkan perkataan yang baik dan sebaik-baik perkataan yang diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal salih kami dan amal Anda.”

Demikianlah antara adab dan cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

"kulla am wa antum bikhair"
selamat hari raya taqabbalalLahu minna wa minkum, maaf zahir dan batin dr kami keluarga buat semua....semoga ALLAH menerima Amalan kita semua...
Dr zahazan, mahfuzah, anak2 Nawal, Husna, Huda & Aman..

Terima kasih kerana setia menyokong kami & Telagabiru, 
Barakallahu fiekum ...
..

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment