Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Monday, June 20, 2011

Kisah Sang Cerpelai




Adapun tersebutlah kisah seekor Cerpelai yang adil dan bijaksana di alam hutan belantara dara Mukabuku . Tekadnya, dengan kemahirannya itu, dia berharap dapat mengusir pembalak-pembalak yang menggondol habitat kelas pertamanya. Spesies-spesies hidupan lain di hutan itu sudah sedia maklum akan ancaman pembalak melalui corong warta kerajaan Mukubuku ataupun media alternatif mahupun sosial yang mendapat hits tertinggi di mukim Joho dan Keda.

Tanya sahaja mengenai krisis Fukoshima yang terbaru di mukim Niponggo, mereka bukan lagi dibawah tempurung kelapa bodoh mendengu malah sudah hampir habis versi forum membincangkannya berserta tindakan. Maka, dihimpunkan semua lapisan ketua haiwan binatang liar dan jinak ke suatu mesyuarat pagi tergempar bagi melihat permasalahan ini. Walaupun teks ucapan dan agenda telah disediakan, namun Cerpelai lebih suka dengan kaedah 'improm-tu' kerna menurutnya lebih natural dan bersahaja.

"Wahai, rakan- rakanku sekalian", Cerpelai memulakan ucapan dengan dua kaki dan berdiri di atas tunggul tualang makanan gergaji eletronik. Susun atur tapak berkumpul mengikut susanan banquet dan roundtable kerana terdapat lebih 100 genus haiwan dari pelbagai latarbelakang spesies. Tag kertas disediadiakan di atas setiap meja; Belang, Gajah, Cencurut, Zirafah dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan dalam blog ini.

"Kita mesti bangkit demi kemandirian generasi kita! Kita bukannya lagi haiwan yang bodoh tuli! Walaupun ada peribahasa otak udang, otak lembu jangan sesekali kita inferior dan rasa rendah diri! Kita adalah haiwan yang hebat, lihat sahaja teknologi yang kita ada, dari zaman luar talian burung merpati hingga milenia dalam talian sesungut serangga. Pertahanan bak kumbang dan kawanan rusa. Nah! Lihat...", Sang Cerpelai berhenti seketika sebelum menyambungnya lagi.

"Jangan sesekali kita terleka hingga hasil pribumi kita dilahap orang lain durjana, sanggupkah kita menggadai rumah?

"Tidak!, jawab semua kebinatangan serentak.

"Lalu janganlah kita menilik nasib, dudu goyang kaki! Bangun! "nada Cerpelai sedikit meninggi.

Memang sedia maklum sang Cerpelai adalah ketua haiwan yang diberi mandat mengetuai kerajaanya melalui proses pengundian yang bersih dan sah. Hatta sekalipun jika menurut kaedah syura, dialah yang paling layak dengan ketinggian ilmu, peribadi dan hikmah yang dia miliki. Mendapat pengajian asas dari pesantren dan pondok seperti Laskar Pelangi, anugerah cemerlang diperingkat ijazah Oxboard dan Al-Azham dan pelbagai bahasa haiwan yang mampu dikuasai menjadikan beliau dekat dengan semua kelas lapisan haiwan.

Cerpelai menyambung lagi ucapannya.
"Adakah kita buta? Adakah kita pekak?" soal Cerepalai kepada hadirin pendengar.
"Tidak!" sahut anak muda cencurut di celah kawanan sang Gajah.

Thursday, June 16, 2011

12 Perkataan Paling Persuasif

Buku: How to wow (Bah.3)

12 perkataan paling persuasif

Tahukah anda? Penemuan hasil kajian Universiti Yale pada tahun 1970, hampir 40 tahun telah menemui perkataan-perkataan paling persuasif atau derivatif ke atasnya seperti berikut:


12. Jaminan (Guaranti)
Contoh: Dijamin 100%. Dilambung tidak pecah. Dijamin Halal. Siapalah yang boleh menjamin sebenarnya?

11. Terbukti
Contoh: Terbukti berkesan!

10. Penemuan
Penemuan Sains dan metafizik daripada pakar yang berpengalaman dan disahkan oleh makmal yang diakreditasi.

9. Cinta
Contoh: Love is cruel? Cinta itu buta? Power of love?

8. Keselamatan
Contoh: Safety first. "dek gaga abala dek gaga tarri" maksudnya tiada kemalangan tiada tangisan.

7. Senang
Contoh: Small the pieces. Kacang goreng. Hidup anda senang. Susah susah dahulu.


6. Kesihatan
Contoh: "Kalau kaya sekalipun tapi tidak sihat tidak guna juga" dialog penjual produk makanan kesihatan. Health is wealth.

Wednesday, June 15, 2011

Buku: How to wow (Bah.2)

Rumus 7:38:55 sudah kita maklum pada Bahagian 1 yang lalu. Ia merangkumi pemilihan bahasa yang tepat, nada dan ton suara yang sesuai mengikut suasana dan objektif serta bahasa badan melalui ekspresi muka, postur dan gestur badan yang sesuai ketika berkomunikasi. Selain itu, pastikan ianya mempunyai nilai sejarah atau mudah diingati (memorable).

Strategi yang seterusnya pula adalah:

2. 'Popularkan diri anda melalui sesi perkenalan'
Ya atau tidak terpulang di tangan anda. Medan ini adalah kepunyaan anda. Pernahkah anda menghadiri sesuatu mesyuarat dan anda hanya sekadar memperkenalkan diri sepanjang mesyuarat berlansung? Jika ya, anda mempunyai pengalaman seperti saya. Menurut penulis, anda perlu mempunyai nilai simpanan soalan supaya ahli mesyuarat perasaan nilai 'wow' dalam diri anda. Contoh simpanan persoalan adalah seperti, apakah yang anda boleh bantu-buat untuk mesyuarat walaupun ianya langsung tidak berkaitan dengan tugas hakiki anda.

Lain pula kisahnya jika ada insan lain yang pula memperkenalkan diri anda, anda mungkin sudah berada di tahap orang-orang kenamaan atau dihormati. sudah pasti ianya bermula dari suatu usaha di waktu lalu. Yakunu ka syammah.
Well. My name is Bond! Mat Bond!

Tuesday, June 14, 2011

Buku: How to wow (Bah.1)


Assalamualaikum dan sejahtera.

Penggunaan perkataan 'wow', 'wah', 'hebat' sememangnya sinonim dengan perasaan takjub atau impresi kagum terhadap sesuatu perkara, bakat, lokasi, occasion atau peristiwa. Bagi kaum wanita, mungkin jualan murah di gedung-gedung membeli belah mampu mewujudkan impresi sementara ini kepada suatu tindakan mengajak sang suami untuk pergi bersamanya ke pasaraya walaupun hanya sekadar 'window shopping'.

Baiklah, kita tinggalkan sementara isu ini dan fokus terhadap apa yang cuba diketengahkan penulis Frances Coles Jones melalui buku setebal hampir 206 halaman ini. Pada umumnya, beliau cuba menyampaikan sebuah teknik penyampaian diri yang lebih berkesan dan dilakukan dengan sebaik serta sehikmah boleh. Bukankah saat yang berlalu itu tidak akan berulang kembali?

Teknik ini dinamakan strategi diri! Ya, strategi yang dilatih agar ianya menjadi suatu habit atau sifat diri kita. Sudah pasti ianya merupakan sifat-sifat mahmudah dan banyak dicorakkan dalam suasana keluarga. Untuk permulaan, strategi pertama yang boleh diutarakan adalah seperti dibawah: