Buku: How to wow (Bah.3)
12 perkataan paling persuasif
Tahukah anda? Penemuan hasil kajian Universiti Yale pada tahun 1970, hampir 40 tahun telah menemui perkataan-perkataan paling persuasif atau derivatif ke atasnya seperti berikut:
12. Jaminan (Guaranti)
Contoh: Dijamin 100%. Dilambung tidak pecah. Dijamin Halal. Siapalah yang boleh menjamin sebenarnya?

11. Terbukti
Contoh: Terbukti berkesan!
10. Penemuan
Penemuan Sains dan metafizik daripada pakar yang berpengalaman dan disahkan oleh makmal yang diakreditasi.
9. Cinta
Contoh: Love is cruel? Cinta itu buta? Power of love?
8. Keselamatan
Contoh: Safety first. "dek gaga abala dek gaga tarri" maksudnya tiada kemalangan tiada tangisan.
7. Senang
Contoh: Small the pieces. Kacang goreng. Hidup anda senang. Susah susah dahulu.
6. Kesihatan
Contoh: "Kalau kaya sekalipun tapi tidak sihat tidak guna juga" dialog penjual produk makanan kesihatan. Health is wealth.
5. Keputusan
Contoh: Tahniah! Anda telah berjaya mendapat kerja kerajaan pembangkang.
4. Baru
Contoh: Beli baru tukar lama. Beli baru tukar lama. Wah! dah pakai ipad 2.
3. Simpan, selamat
Contoh: Lega selamat. Selamat Jalan, Hari Raya, Hari Jadi? Simpanan wang hari tua. Sikit-sikit lama-lama jadi gunung.
2. Wang
Contoh: Wang bukan segala-galanya, tapi dengan wang anda mampu buat segalanya. Sungai Wang?
dan pemenangnya adalah:
1. Anda (awak, hang, lu, deme, mike, kome, awok, you)
Keputusan terletak di tangan anda. Awak dah makan? Ya 'awak' menenggelamkan 'saya' ata sifat keakuan atau pentingkan diri sendiri.
Semakin banyak anda menggunakan spektrum perkataan ini, semakin banyak peluang anda dapat meng'wow'kan diri atau produk anda dalam erti kata persuasif. Perasankah anda bahawa perkataan-perkataan ini banyak digunapakai oleh penasihat kewangan, agen insuran dan MLM serta politikus-khalifah?
Fikir-fikirkan.Ubah Otak, Selamatkan Diri.
0 otak-otak:
Post a Comment