Monday, June 20, 2011

Kisah Sang Cerpelai




Adapun tersebutlah kisah seekor Cerpelai yang adil dan bijaksana di alam hutan belantara dara Mukabuku . Tekadnya, dengan kemahirannya itu, dia berharap dapat mengusir pembalak-pembalak yang menggondol habitat kelas pertamanya. Spesies-spesies hidupan lain di hutan itu sudah sedia maklum akan ancaman pembalak melalui corong warta kerajaan Mukubuku ataupun media alternatif mahupun sosial yang mendapat hits tertinggi di mukim Joho dan Keda.

Tanya sahaja mengenai krisis Fukoshima yang terbaru di mukim Niponggo, mereka bukan lagi dibawah tempurung kelapa bodoh mendengu malah sudah hampir habis versi forum membincangkannya berserta tindakan. Maka, dihimpunkan semua lapisan ketua haiwan binatang liar dan jinak ke suatu mesyuarat pagi tergempar bagi melihat permasalahan ini. Walaupun teks ucapan dan agenda telah disediakan, namun Cerpelai lebih suka dengan kaedah 'improm-tu' kerna menurutnya lebih natural dan bersahaja.

"Wahai, rakan- rakanku sekalian", Cerpelai memulakan ucapan dengan dua kaki dan berdiri di atas tunggul tualang makanan gergaji eletronik. Susun atur tapak berkumpul mengikut susanan banquet dan roundtable kerana terdapat lebih 100 genus haiwan dari pelbagai latarbelakang spesies. Tag kertas disediadiakan di atas setiap meja; Belang, Gajah, Cencurut, Zirafah dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan dalam blog ini.

"Kita mesti bangkit demi kemandirian generasi kita! Kita bukannya lagi haiwan yang bodoh tuli! Walaupun ada peribahasa otak udang, otak lembu jangan sesekali kita inferior dan rasa rendah diri! Kita adalah haiwan yang hebat, lihat sahaja teknologi yang kita ada, dari zaman luar talian burung merpati hingga milenia dalam talian sesungut serangga. Pertahanan bak kumbang dan kawanan rusa. Nah! Lihat...", Sang Cerpelai berhenti seketika sebelum menyambungnya lagi.

"Jangan sesekali kita terleka hingga hasil pribumi kita dilahap orang lain durjana, sanggupkah kita menggadai rumah?

"Tidak!, jawab semua kebinatangan serentak.

"Lalu janganlah kita menilik nasib, dudu goyang kaki! Bangun! "nada Cerpelai sedikit meninggi.

Memang sedia maklum sang Cerpelai adalah ketua haiwan yang diberi mandat mengetuai kerajaanya melalui proses pengundian yang bersih dan sah. Hatta sekalipun jika menurut kaedah syura, dialah yang paling layak dengan ketinggian ilmu, peribadi dan hikmah yang dia miliki. Mendapat pengajian asas dari pesantren dan pondok seperti Laskar Pelangi, anugerah cemerlang diperingkat ijazah Oxboard dan Al-Azham dan pelbagai bahasa haiwan yang mampu dikuasai menjadikan beliau dekat dengan semua kelas lapisan haiwan.

Cerpelai menyambung lagi ucapannya.
"Adakah kita buta? Adakah kita pekak?" soal Cerepalai kepada hadirin pendengar.
"Tidak!" sahut anak muda cencurut di celah kawanan sang Gajah.



Walaupun pada mulanya Sang Gedembai Gajah agak terkejut dengan cictan Cencurut, namun sempat mengawal diri dari terpijak dan menimbulkan huru-hara. Sesungguhnya mereka hidup aman bahagia tiada permusuhan kancil dan singa. Mereka cukup yakin dan tawakkal seperti burung rezeki mereka di mana-mana.

"Jadi, mengapa kita tidak boleh bersatu mengusir pencuri-pencuri ini!", tambah Cerpelai.

Bingkas sang Kancil menjawab:

"Tuan Cerpelai, adalah maklum melalui risikan maklumat yang pasukan kami terima. Mereka sememangya pencuri kehormat, mempunyai dokumen bertandatangan, dibarisi peguam boneka dan polisi bagi menjalankan modus operandi mereka. Ianya dihidu melalui kembara hutan yang mereka pernah lancarkan dan mengenalpasti kayu-kayan yang berharga di sini, Tuan", jelas sang kancil.

"Pelabelan hutan dara simpan adalah retorik semata-mata Tuan. Lepas ini, tanah sungai pula dalam usaha untuk diambil. Jastifikasinya adalah untuk membuat perumahan dan tempat tinggal mereka. Malah beberapa tempat bakal dijadikan tempat lupusan sampah seperti di Mukim Bukit Rugi. Menurut Vikibocor, kontrak ini bakal menelan hampir 1.8 juta untuk promosi, 5 juta untuk sistem tender online dan 5 juta 24 juta saguhati untuk rumah pelulus tender atau Menteri Kecil.", hurai sang kancil.
"Apa?", gegak bunyi dari sang Gajah.

"Ya, benar kata sang kancil", kata ketua hutan, Sang Cerpelai.

"Maka, sebab itulah kita perlu bersatu dalam menangani masalah ini, semua lapisan haiwan perlu berjuang dan berusaha dalam setiap arena dari perusahaan, pertanian dan pembuatan, kadar inflasi akan lebih baik sekiranya kita saling fokus, tolong-menolong, sokong menyokong.
Sikap tuju-menuju, tikam-menikam, pangkah-memangkah dalam hati mesti kita bersihkan. Masa perlu kita disiplinkan, jika bazir kita yang rugi. Betulkan cara otak berfikir dan berpegang. Kurangkan kebergantungan kepada orang lain kita yakin dapat menghalang pembalak-pembalak ini. Hasil minyak pun sudah mulai kurang, fikirkanlah!. Pujuk sang Cerpelai.

"Kita perlu mula bertanam dan bertani bagi yang mampu jika ada benih di tangan atau badan, ozon tersangat memerlukan kita. Kita bukannya khalifah tapi kita mesti lakukan sesuatu. "tambahnya lagi.

"Pulanglah kalian ke kumpulan kalian sekarang dan buat plan tindakan, aku akan penggil kalain sekali lagi untuk membentangya", hutan ini perlukan idea dan tindakan kalian yang dilatih faham akan nilai sebuah pengorbanan dan amanah. Jika malas dan lemah, istighfarlah dan buat pencerahan dengan rakaman pita mesyuarat ini tanpa alasan. Berpadalah dengan kekenyangan, kekayaan dan kerehatan. Tingkatkan usaha dan kesepaduan seperti sang semut dan lebah. Mereka amat layak dicontohi", motivasi dan pujuk Sang Cerpelai.

Akhir kata humor sang Cerpalai. "Jika aku miliki upad, sudah pasti kalian yang menerimanya dahulu demi perjuangan ini sambil disambut senyuman ikhlas dan rasa hormat haiwan-haiwan yang hadir". Cerpelai sememangya tidak tinggal dibanglo yang disediakan, katanya lebig selesa dengan rumah yang beliau sendiri buat untuk anak-anak. Bahagian depan rumahnya memang disedekahkan untuk tempat belajar anak-anak cerpelai beroleh pendidikan yang sepadu.

"Jemputlah minum air madu sarang burung yang disediakan. "jemput Sang cencurut selaku setiausaha sulit sang Cerpelai yang amanah sejak zaman berzaman.

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment