Tuesday, June 14, 2011

Buku: How to wow (Bah.1)


Assalamualaikum dan sejahtera.

Penggunaan perkataan 'wow', 'wah', 'hebat' sememangnya sinonim dengan perasaan takjub atau impresi kagum terhadap sesuatu perkara, bakat, lokasi, occasion atau peristiwa. Bagi kaum wanita, mungkin jualan murah di gedung-gedung membeli belah mampu mewujudkan impresi sementara ini kepada suatu tindakan mengajak sang suami untuk pergi bersamanya ke pasaraya walaupun hanya sekadar 'window shopping'.

Baiklah, kita tinggalkan sementara isu ini dan fokus terhadap apa yang cuba diketengahkan penulis Frances Coles Jones melalui buku setebal hampir 206 halaman ini. Pada umumnya, beliau cuba menyampaikan sebuah teknik penyampaian diri yang lebih berkesan dan dilakukan dengan sebaik serta sehikmah boleh. Bukankah saat yang berlalu itu tidak akan berulang kembali?

Teknik ini dinamakan strategi diri! Ya, strategi yang dilatih agar ianya menjadi suatu habit atau sifat diri kita. Sudah pasti ianya merupakan sifat-sifat mahmudah dan banyak dicorakkan dalam suasana keluarga. Untuk permulaan, strategi pertama yang boleh diutarakan adalah seperti dibawah:


1) Saat bersalaman, lihatlah matanya. (Mahram sahaja).
Kaedah negosiasi atau komunikasi tanpa lisan ini cukup hebat, malah orang kelainan upaya seperti rabun juga mampu menyampaikan hasratnya tanpa berkata. Bahkan lagi hebat bagi Muslim yang mempunyai 'basirah' atau mata hati. Menurut statistik psikologi berkenaan pengaruh komunikasi, didapati 7% disumbangkan melalui perkataan yang diucap ,38% melalui kualiti nada suara, 55% apa badan kita lakukan semasa berkata. Jadi sukakah anda berkata dengan seseorang yang khusyuk menyapu sampah tanpa dia mempedulikan anda atau bernada nyaring seperti Pikachu? Sudah pasti tidak. Maaf, hakikatnya sesetengah kaum lelaki atau suami ada sikap sebegini. Ayuh ubah otak anda, mari ikut Rasulullah yang memalingkan seluruh badannya kepada seseorang yang mahu berkomunikasi kepada baginda SAW.

7% disumbangkan melalui perkataan yang diucap ,38% melalui kualiti nada suara, 55% apa yang badan anda lakukan semasa berkata


Feel the power of eye cannot lies...

Bersambung...

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment