Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Buku :Pengurusan dalam Islam



Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani
Ulasan oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria



Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini

Iniliah petikan akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2011 dalam membicarakan berkenaan keperluan standard Pengurusan Islam mutakhir ini. Dunia menyaksikan permintaan yang meningkat terhadap standard yang Islami jauh daripada propaganda politik ataupun sentiment kaum demi menjaga kemaslahatan ummah dan meninggikan syariah Allah.  Standard MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti:Keperluan daripada Perspektif Islam yang mengambil kerangka ISO 9001 telah dibangunkan dengan nilai tambah Islam. Namun begitu, sekitar pandangan penulis, standard ini masih belum lengkap dan solid walaupun ianya telah mencapai tahap konformiti bagi pensijilan.

Islam dan pengurusan sememangnya tidak dapat dipisahkan, Islam memberi garis panduan yang lengkap bagi manusia mengurus dan diuruskan agar tidak melampaui batas dan selamat di dua dunia. Bermula dari pengurusan alam, sehinggalah pengurusan manusia, Islam menyentuh semua aspek pengurusan kehidupan manusia dalam manual yang lengkap al Quran, sunnah, qias dan kesepakatan ulama. Sistem ekonomi Islam sebagai contoh mengharamkan riba yang berlebihan menindas peminjam dan pelabur. Jenayah Islam pula memberi keadilan kepada mangsa dan pemangsa. Inilah pengurusan berlandaskan hukum Islam yang perlu didaulatkan dan ditegakkan selagi bergelar umat Muhammad dan Islam.

Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 19:

The Religion before Allah is Islam (submission to His Will): Nor did the People of the Book dissent therefrom except through envy of each other, after knowledge had come to them. But if any deny the Signs of Allah, Allah is swift in calling to account.

Surah Maidah ayat 44, 45 47:

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الفاسقون 

Mafhumnya: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan allah, maka kafir, zalim dan fasiq”

Kafir di sini pada kebanyakan para ulama’ membawa dua natijah iautu murtad dan dosa maksiat. adapun murtad adalah secara terang-terangan menentang para rasul dan apa yang dibawanya serta membatalkan hukum Allah manakala seseorang muslim yang meyakini dan dirinya melakukan sesuatu yang haram dan buruk, berdosalah akan dia kerana zalim. [Rujukan]

Ayuh! Buang sikap malas, kita pelajari sistem Pengurusan Islam. Kita martabatkannya bermula diri, keluarga dan masyarakat. Terlalu banyak yang kita pelajari sedang usia semakin berkurang! Bukankah surah pertama yang diwahyukan memberi erti pengurusan pembacaan bagi kita?


Wednesday, September 21, 2011

Buku: China Price (Bahagian 1)


Assalamualaikum w.b.t,

Sepertimana yang saya jangkakan, penulisan untuk ulasan terhadap buku ini sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ini berikutan dua minggu saya telah dicuri dengan kursus ketatanegaraan dan pengurusan yang cukup memberi bebanan fikiran dan emosi di Mersing baru-baru ini. Walaubagaimanapun, saya akan cuba menyampaikan atas pemahaman saya yang tidak seberapa ini kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang sudi menjengah ke blog saya ini.

Book: China Price atau Nilai Negara China: The true cost of Chinese Competitive Advantages
Oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria

Bila disebut sahaja berkenaan sesuatu produk "Made in China", sudah pasti pelbagai reaksi positif mahupun negatif yang wujud dikalangan pengguna-pengguna sama ada barangan tersebut pastinya seakan bermutu rendah, kurang kualitinya dan, mudah rosak. Tidak kurang pula yang bersetuju dengan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding barangan yang serupa. Ini bukan sahaja peluang kepada kuasa membeli pengguna, bahkan penjual produk ini seperti syarikat Wal Mart di Amerika Syarikat. Syarikat Wal-Mart ini telah tersenarai sebagai syarikat yang paling untung dalam senarai Majalah Fortune berikutan lambakan produk import Chinanya yang terjual!

Barangan yang ditawarkan pula adalah pelbagai sama ada dari barangan harian, pakaian, teknologi sehinggalah ke alat ganti kenderaan. Cukuplah sekadar penulis berkongsi pengalaman berada di bumi Anbiya'; Mekah dan Madinah dengan menyaksikan limpahan produk import buatan China. Bukanlah niat penulis sengaja untuk memberikan impresi buruk terhadap produk ini, tetapi ianya sebagai cabaran untuk pembaca agar menjadi individu pengeluar, dan bukan hanya sebagai pengguna. Hal ini amat penting pada amatan penulis amat penting dalam melestarikan ekonomi dan kemaslahatan Negara, masyarakat, dan keluarga.

Baru-baru ini rakan penulis telah ke negara China dan menceritakan pengalaman beliau mencari pembekal. Maka beliau menceritakan bahawa terdapat kawasan perindustrian permotoran sebesar 'Putrajaya' hanya untuk industri permotor elektrik sahaja di Wu Zhi. Nah, bagaimana pula produk lain. Sesungguhnya penglibatan 10 tahun China dengan WTO pada 2001 telah memberi impak yang besar sehingga kehari ini apabila China antara negara pengimport terbesar bahan mentah berikutan kilang pemprosesan yang banyak di sana.

Berbalik kepada sinopsis kulit buku ini, Alexandra Harney banyak memaparkan pengalaman beliau terhadap Negara Tembok besar ini dengan pelbagai pengalaman beliau dengan keterlibatan dalam bidang kewartawanan Financial Times. Beliau banyak mengutarakan pandangan beliau berkaitan kos yang rendah, transparensi dalam perniagaan, persaingan dikalangan pengusaha-pengusaha dan dialog bersama usahawan-usahawan. Namun, sekiranya pembaca berminat untuk mengetahu lebih lanjut, silalah dapatkannya di gedung-gedung buku.

Produk yang murah
Faktor utama terhadap produk yang murah disumbangkan oleh kos tenaga kerja dan bahan mentah yang murah, penghasilan produk yang banyak, dan birokrasi undang-undang yang masih lemah. Sebagai contoh, China mendominasi industri pembuatan dengan pertambahan pasaran saham dan buktinya sejak tahun 2004, nilai eksport negara China meningkat 2 peratus bagi setiap tahun yang disumbang melalui produk dari pakaian malah alatan elektronik. Tambahan pula, urusan logistik tidak menjadi masalah kerana kemudahan asas seperti jalan dan pelabuhan terurus dan diselia oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini telah menarik ramai pelabur untuk melabur di negara tersebut seperti syarikat gergasi Apple.

Pembangunan ini tidak dapat lari daripada pebangunan tamadun, era baru kilang telah memaparkan nilai demokrasi mula diterima di dalam negara komunis itu, Sebagai contoh, kesatuan kerja telah diwujudkan menerusi pilihanraya dan pelantikan pungutan undi demi menjaga kebajikan dan suara pekerja-pekerja bahkan subsidi pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak telah membawa dimensi baru nilai sumber manusia dalam hubungan majikan-pekerja. Maka reformasi ini bukanlah inovasi yang memakan diri kerana memang sewajarnya kebajikan pekerja yang bergelar manusia dijaga sewajarnya. Jika hal ini berlangsungan, maka tidak mustahil China bakal mengatasi negara lain dalam mengeluarkan jenama terkenal dalam pasaan dunia.

Mengenvisi masa hadapan negara China

Penjuru persaingan kian bertambah merentas zaman malah ianya lebih kuat di negara ini. Sebagai contoh, jika syarikat yg sama buka, sudah pasti mereka akan bersaing menjual produk mereka dengan sedaya boleh. Kadangkala dengan margin keuntungan yang rendah untuk menampung gaji pekerja dan kos operasi. Permintaan terhadap kenaikan gaji juga bertambah atau majikan bakal kehilangan pekerja yang berpengalaman. Sebagai contoh, di bahagian Wuhan, peningkatan gaji adalah 3 kali ganda sejak tahun 1995 hingga ke tahun 2007 iaitu $76 dan secara umumnya pertumbuhan gaji di China adalah 2-3 kali ganda berbanding negara Asia lain.

Implikasi secara tidak langsung adalah kelebihan sesebuah syarikat itu akan tamat apabila main player sudah bertambah menjadi two player dan mereka perlu bersaing. Perpindahan lokasi kilang pula sebagai contoh untuk mengurangkan persaingan bukanlah opsi terbaik kerana tenaga kerja perlu diberi latihan semula dan demi menjaga pekerja-pekerja yang sudah lama berkhidmat.

Bersambung...



Tuesday, July 5, 2011

Buku: Jutawan di dalam Cermin



Millionaire in the Mirror: How to Find Your Passion and Make a Fortune Doing It--Without Quitting Your Day Job
Analisa oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria

Dalam sedar ataupun tidak, kehidupan manusia tidak dapat lari dari istilah wang. Ya, sejak dari zaman barter sehinggalah ke zaman wang fiat, nominal dan asterik wang sememangnya tidak asing dari transaksi kehidupan bagi perihal keperluan dan kehendak.

Buku Millionaire in the Mirror karangan Gene Bedell menampilkan kelainan pada isi kandungan dengan hampir keseluruhan buku menyokong usaha kerjaya 'makan gaji' dan bagaimana para pembaca boleh membuat wang di dalam arena ini.

Benar! Wang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dari individu yang tiada apa-apa kepada berada, dari papa aqal kepada kaya ilmu, dari kaya harta kepada miskin jiwa, dari peminta kepada pemberi, dari penerima zakat kepada pemberi, bahkan dari penjaja kepada penaja.

Namun begitu, menurut penulis wang bukanlah faktor dominan untuk dikejar, tetapi realiti kefahaman dan pelajaran mengenai wang adalah sebenarnya yang perlu. Baiklah, bagaimana mahu menjadi pekerja yang lebih gembira dan berjaya? Pekerja yang mempunyai duit tambahan? Strategi-strategi yang ditampil oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Kenalpasti gelanggang permainan anda
Memahami undang-undang, peraturan, strategi, teknik dan 'padang' adalah sangat penting sebelum kita bermain. Begitu juga dengan arena kerjaya, adakah anda mahu meletakkan mod 'kaki kipas', 'mencapap', ringan tulang atau rajin? Semuanya terletak di tangan anda dan bagaimana anda bersikap dengannya. Di sini terletaknya rahsia bagaimana anda perlu mengurus supaya anda dapat memposisikan diri ke anda ke tahap yang lebih baik dan bekerja keras pada tempat yang betul.

Selain itu, apa dan bagaimana sesuatu perkara (How its work?) perlu dilaksanakan adalah di antara salah satu faktor pendorong bagi diri anda untuk lebih maju. KPI, tugas hakiki, senarai tugas harian atau jobscope mungkin dapat membantu anda menjadi lebih baik dari kalangan yang sederhana baik. Inilah yang perlu anda rancang dengan teliti sekiranya jalan ini yang anda ambil! Ringkasnya adalah anda cuma perlu sebuah manual urus kerjaya! Mungkinkah anda mahu menggunakan kaedah skim Machiavelli?

2. Jadilah seperti misil atau roket pengesan suhu.
Lupakan kisah silam bak pesan orang dulu-dulu "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Jadilah sebagai agen carian yang brutal, bukan sekadar tengok-tengok akan matlamat kerjaya anda yang sebenar. Ini mudah diterjemahkan dengan cita-cita seperti mahu ke tahap Pengarah Urusan? kerani? kelindan? atau gelandangan?. Bukankah setiap individu mahu sesuatu yang setimpal dengan usaha mereka setelah mendapat jaminan sekuriti kerjaya? Jika tidak, masakan kesatuan sekerja diwujudkan.

Kembali kepada analisa asal, mitos yang selalu menyatakan bahawa melakukan kerja yang anda suka tidak kukuh sebenarnya untuk menjadikan anda gembira ataupun kaya. Pemikiran ini banyak diwarisi oleh siswazah-siswazah muda yang baru tamat beroleh segulung ijazah atau diploma. Mengapa saya berkata sebegitu? Contohnya sebegini, anda suka tulis blog, tapi jika kita tidak tahu internet marketing seperti Azizi Ali, mungkin anda sukar juga kaya melainkan blog anda mempunyai UI, sistem, dan pengikut yang ramai, mungkin Mark Zuckerberg dapat melihat blog anda. Contoh lain pula adalah jika anda suka main golf, tapi tiada bakat seperti bintang sensasi "Harimau Kayu", melopong juga anda dibuatnya. Maka, apakah perkara sebenarnya yang sewajarnya anda lihat seperti berikut:

ANDA..
a) suka buat
b) bagus buat
c) buat boleh jadi kaya

a) + b) + c) = kejayaan luar biasa (outstanding succes)


Thursday, June 16, 2011

12 Perkataan Paling Persuasif

Buku: How to wow (Bah.3)

12 perkataan paling persuasif

Tahukah anda? Penemuan hasil kajian Universiti Yale pada tahun 1970, hampir 40 tahun telah menemui perkataan-perkataan paling persuasif atau derivatif ke atasnya seperti berikut:


12. Jaminan (Guaranti)
Contoh: Dijamin 100%. Dilambung tidak pecah. Dijamin Halal. Siapalah yang boleh menjamin sebenarnya?

11. Terbukti
Contoh: Terbukti berkesan!

10. Penemuan
Penemuan Sains dan metafizik daripada pakar yang berpengalaman dan disahkan oleh makmal yang diakreditasi.

9. Cinta
Contoh: Love is cruel? Cinta itu buta? Power of love?

8. Keselamatan
Contoh: Safety first. "dek gaga abala dek gaga tarri" maksudnya tiada kemalangan tiada tangisan.

7. Senang
Contoh: Small the pieces. Kacang goreng. Hidup anda senang. Susah susah dahulu.


6. Kesihatan
Contoh: "Kalau kaya sekalipun tapi tidak sihat tidak guna juga" dialog penjual produk makanan kesihatan. Health is wealth.

Wednesday, June 15, 2011

Buku: How to wow (Bah.2)

Rumus 7:38:55 sudah kita maklum pada Bahagian 1 yang lalu. Ia merangkumi pemilihan bahasa yang tepat, nada dan ton suara yang sesuai mengikut suasana dan objektif serta bahasa badan melalui ekspresi muka, postur dan gestur badan yang sesuai ketika berkomunikasi. Selain itu, pastikan ianya mempunyai nilai sejarah atau mudah diingati (memorable).

Strategi yang seterusnya pula adalah:

2. 'Popularkan diri anda melalui sesi perkenalan'
Ya atau tidak terpulang di tangan anda. Medan ini adalah kepunyaan anda. Pernahkah anda menghadiri sesuatu mesyuarat dan anda hanya sekadar memperkenalkan diri sepanjang mesyuarat berlansung? Jika ya, anda mempunyai pengalaman seperti saya. Menurut penulis, anda perlu mempunyai nilai simpanan soalan supaya ahli mesyuarat perasaan nilai 'wow' dalam diri anda. Contoh simpanan persoalan adalah seperti, apakah yang anda boleh bantu-buat untuk mesyuarat walaupun ianya langsung tidak berkaitan dengan tugas hakiki anda.

Lain pula kisahnya jika ada insan lain yang pula memperkenalkan diri anda, anda mungkin sudah berada di tahap orang-orang kenamaan atau dihormati. sudah pasti ianya bermula dari suatu usaha di waktu lalu. Yakunu ka syammah.
Well. My name is Bond! Mat Bond!

Tuesday, June 14, 2011

Buku: How to wow (Bah.1)


Assalamualaikum dan sejahtera.

Penggunaan perkataan 'wow', 'wah', 'hebat' sememangnya sinonim dengan perasaan takjub atau impresi kagum terhadap sesuatu perkara, bakat, lokasi, occasion atau peristiwa. Bagi kaum wanita, mungkin jualan murah di gedung-gedung membeli belah mampu mewujudkan impresi sementara ini kepada suatu tindakan mengajak sang suami untuk pergi bersamanya ke pasaraya walaupun hanya sekadar 'window shopping'.

Baiklah, kita tinggalkan sementara isu ini dan fokus terhadap apa yang cuba diketengahkan penulis Frances Coles Jones melalui buku setebal hampir 206 halaman ini. Pada umumnya, beliau cuba menyampaikan sebuah teknik penyampaian diri yang lebih berkesan dan dilakukan dengan sebaik serta sehikmah boleh. Bukankah saat yang berlalu itu tidak akan berulang kembali?

Teknik ini dinamakan strategi diri! Ya, strategi yang dilatih agar ianya menjadi suatu habit atau sifat diri kita. Sudah pasti ianya merupakan sifat-sifat mahmudah dan banyak dicorakkan dalam suasana keluarga. Untuk permulaan, strategi pertama yang boleh diutarakan adalah seperti dibawah:

Tuesday, May 17, 2011

Buku: Why We Want You to be Rich


Tersebutlah kisah hikayat dua orang hartawan dan kenamaan abad ini yang telah berjaya menghasilkan karya duet ulung mereka yang diberi tajuk "Why We Want You To Be Rich, Two Men.One Message". Karya agung bukan rekaan atau non-fiction mereka ini telah menerima New York Bestselling Authors pada tahun 2006, sedangkan penulis baru sahaja memegangnya lewat 2011 dengan denda yang belum bayar RM1.10 kepada pustakawan akibat terlupa memperbaharui dan lambat menghadamnya.

Penulis mendapat pendedahan awal terhadap buku ini atas nasihat En. Ridzwan seorang kakitangan awam yang tidak mahu identitinya didedahkan kerana mempunyai aset hampir 250k dengan perniagaan kafe siber yang diusahakan sejak setahun lalu. Beliau mencadangkan agar penulis membaca buku ini walaupun penulis sudah menghabiskan koleksi Robert T.Kiyosaki dengan 2 tajuk sebelum ini iaitu Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrant.

Monday, November 3, 2008

Buku: Fiqh Sirah (Bah.1)

FIQH SIRAH
Bagaimana Berkembangnya Sirah Nabawiyyah Dan Bagaimana Kewajipan Memahaminya Hari Ini.

Sirah Nabi Dan Sejarah

Adalah menjadi kemegahan bagi orang Islam mempunyai latarbelakang dari pelbagai jenis kaum dan pelbagai jenis bahasa yang dipraktiskan di seluruh negara. Namun begitu, adalah lebih membanggakan bahawa sejarah gerakan yang agung adalah bermula dari sirah Nabi Muhammad SAW yang menjadi paksi asas; ibarat paksi gasing yang tetap pada lokusnya, putaran badannya yang berubah-ubah mengikut perubahan masa dan tempat (ma’asiraoh).

Maka dari sinilah titik bermula bidang penulisan di dalam tarikhul Islam yang ditulis oleh penulis-penulis seperti ‘Urwah bin Zubair, Abban bin Uthman, Wahab bin Munabbih (Lapisan pertama),Muhammad bin Ishaq, Abi Muhammad Abdul Malik atau dikenali dengan Sirah Ibn Hisham (Lapisan Kedua) dan seterusnya ke hari ini. Pengaruh ini sama sekali memberi dampak kepada timbulnya sejarah penulisan dan pembacaan di Tanah Melayu yang dipelopori oleh golongan-golongan di madrasah-madrasah (pondok)! Bukan sama sekali golongan penjajah yang mengasaskan sistem pendidikan yang secular itu. Maka, jelas lagi terbukti bahawa Islam yang mengangkat darjat umat Melayu Islam untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya.

Bahkan pemaparan mengenai sejarah kegelapan Jahiliyyah-keindahan Islam yang turut ditulis bagi menunjukkan ketinggian Islam melalui methode perbandingan. Maka tidak hairanlah di dalam al-Quran terdapat pelbagai perkara dan perkataan yang antagonis seperti Malam lawannya Siang, Bumi-Langit, Tauhid-Syirik, Pahala-Dosa, Nabi Musa-Fir’aun, Muhammad-Abu Lahab, kebaikan- keburukan, HizbulLah-HizbusSyaiton dalam erti kata menunjukkan dengan lebih jelas dan sorih untuk difikirkan. Bahkan menolak fahaman ‘the middle way‘ . Maka, bertitik mula dari menegakkan yang haq, tuduhan yang dilemparkan terhadap Muslim dengan labelan murtad adalah tindakan yang tidak berasas dan cetek.
Oleh itu, Sirah Nabawiyyah merupakan paksi asas yang berputar di sekelilingnya gerakan penulisan kepada sejarah Islam di Semenanjung Arab ya’ni secara rentetannya bermula penulisan al-Quran, kemudian Hadith Nabawi seterusnya Sirah Nabawi dan tarikh (sejarah). Deduksinya, ia (Sirah Nabawiyyah) merupakan fakta yang penting kepada perkara-perkara yang berlaku di Semenanjung Arab dan sekitarnya.

Seni penulisan atau periwayatan sirah ini juga berbeza dari milikan penulisan barat kerana ianya mempunyai manhaj ilmiah yang teliti dalam menerangkan kejadian-kejadian yang berlaku bahkan dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Bukti bahawa penulisan Islam adalah penulisan yang terbaik lagi terpelihara dapat ditonjolkan dengan 2 sistem ilmu penulisan Sirah iaitu
1) Qawa’id Mustalahul Hadis dan
2) Ilmu Jarhu wa ta’dil (analisa perawi)

Inilah dikatakan sunnah atau sirah ini kunci kepada pintu kefahaman al-Quran sekaligus menyelar golongan yang anti hadis. Sebagai contoh didalam al-Quran menerangkan perihal solat dan wudhu’ (surah al-Ma’idah ayat:6). Merujuk kepada ayat tersebut dari aspek lughowi, penerangan kalimah wudhu’ dilakukan selepas mengerjakan solat iaitu dalam kata kerja telah berlalu (past tense). Adakah ini benar jika bersangkutan dalam fiqh ibadah? Tidak sama sekali! maka, kebenaran sunnah nabi sama sekali tidak boleh disangkal sama sekali kepentingannya bahkan ditakuti jatuh syirik jika tidak beri’tiqod dengannya.

Diantara kepentingan kedua-dua sumber ini al-Quran dan as-sunnah sebagai dustur umat Islam kerana kedua-duanya merupakan contoh yang bernilai dalam mempraktikkan ajaran Islam.

Unsur-unsur seperti Tauhid kepada Allah, Al-Quran kalamuLlah, tanggungjawab merupakan faktor yang mencetuskan kepada perkembangan keyakinan para penulis terhadap penulisan sirah Nabi. Ini dapat dibuktikan dengan karya-karya berkaitan dengan Sirah Nabi hari ini. Wallahu a’lam.

Kata Al-Maududi, “Jika sejarah Islam itu diuji dengan batu penguji ilmu rijal nescaya tidak akan tinggal kecuali hanya 1/10 daripada sejarah Islam itu”.

( Dari buku “Khilafah wa Mulukiyyat” atau “Khilafah dan kerajaan)

Kata Al-Qardhawi, ” Kebanyakan cerita sejarah yang kita ambil bukanlah dari sumber sejarah yang diyakini dan bukanlah daripada riwayat yang sabit. Sekiranya kita menggunakan prinsip al-Jarhu wa al-Ta’dil maka ia langsung tidak akan ada nilai”.

( Dari terjemahan buku ‘ Pertentangan Islam dan Sekular: Sekular Pasti Tersungkur’, Maktabah al-Qardhawi m.s.211 )

Rujukan
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy, 2003. Fiqh Sirah, Darul Fikr Ma’asir.

3 Oktober 2006
Mohd Shafiq bin Mohd Zakaria
Bioteknologi Makanan
Tahun 3 USIM