Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Monday, December 22, 2014

MiFi Malaysia, Suatu Perbandingan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selaku pengguna internet, semestinya harga dan perkhidmatan menjadi pra syarat pembelian sesuatu servis internet. Tambahan, internet sudah jadi seperti suatu keperluan pada hari ini. Jadi, kami kami bercadang untuk mengambil perkhidmatan internet atas melalui 2 semakan. Pertama, kawasan liputan dan kedua harga yang ditawarkan. Setelah seharian membuat kajian 'desktop', akhirnya beberapa senarai pendek servis disenaraikan seperti di bawah:

Data GB RM gb/rm Activation fee Contract
Umobile 21 88 4.19 150 No 3g
Umobile 30 128 4.27 150 No 3g
YTL 21 109 5.19 100 Yes
YTL 15 79 5.27 100 Yes
Umobile 10 68 6.80 150 No 3g
TM GO 6 50 8.33 315 No
YTL 8 68 8.50 100 Yes
TM GO 3.5 30 8.57 315 No
YTL 6 59 9.83 100 Yes
TM GO 1 10 10.00 315 No
YTL 4 48 12.00 100 Yes
YTL 8 98 12.25 100 Yes
YTL 5.7 78 13.68 100 Yes
Celcom 10 138 13.80 240 4g lte
YTL 10 158 15.80 100 Yes
YTL 8 128 16.00 100 Yes
Celcom 6 98 16.33 240 4g lte
Celcom 4 68 17.00 240 4g lte


Perbandingan dibuat berdasarkan harga per GB data bagi melihat nilai-kepada-wang.

Kelebihan
Umobile - Murah, tiada kontrak
YTL- 4G
Celcom - 4G LTE, liputan meluas
TM Go- Masih baru dan kurang pengguna

Kekurangan
Umobile- 3g, 4G LTE belum ada. Tumpang talian Maxis?
YTL- Kontrak 1-2 tahun
TM- GO - Prepaid, liputan masih terhad, Yuran pengaktifan agak mahal
Celcom - Agak mahal

Jadi? Tepuk dada tanya kocek.

Thursday, October 17, 2013

Berjimat besar di Daiso

Assalamualaikum dan salam pengorbanan,


Allahu Akbar 3x..


Alhamdulillah bertemu semula dalam tinta akalkenyang di hari tasyrik yang masih berbaki sehari lagi. Sambutan pada kali ini agak menarik dengan tambahan aktiviti mencuci mata di Aeon Stesen 18 bagi menebus sedikit kupon bagi membeli barangan. Tidak ketinggalan untuk singgah di Daiso untuk membeli beberapa barangan rare dan murah. Ya, satu barang hanya RM 5 sahaja, seperti juga Hinode-sama shop tetapi barangannya lebih pelbagai.


Hasil tangkapan



Therapy eyewear yang selalunya berharga RM 78, jimat 93%

Klip tie RM 15, jimat 67%

Pam bola bergerak RM 20, jimat 75%

Pen stylus RM 15, jimat 67%


Fungsi yang sama, harga lebih murah! Sangat menjimatkan bukan? Walaupun sesetengah barangan Made in China, tapi negara Jepun pakai, kira ada standard dan agak berkualiti la kan. In sha Allah.


Terdapat juga baju kerja yang dibeli di Aeon pada harga diskaun 50-70% iaitu kurang lebih RM 15 sehelai. Jadi belilah sedikit bagi menggantikan baju lama yang telah koyak.


Alhamdulillah....syukur...



Friday, October 11, 2013

Klaim telefon bimbit baru

Assalamualaikum dan salam akal kenyang Musim laporan audit 2012,


AlhamduliLlah, semalam penulis mendapatkan waranti telefon setelah menerima sms daripada pihak celcom blue cube Sunway. Penulis menerima set baru bagi menggantikan set lama yang mengalami masalah bunyi yang terlalu perlahan. Ketika penulis membelinya, ianya masih mempunyai baki 3 bulan waranti Celcom dengan harga yang berpatutan bagi sebuah telefon yang berkapasiti baik. Ianya untuk si buah hati dan bukannya untuk penulis.


17 Sep - 9 Okt, itulah tempoh masa yang diambil untuk urusan waranti di mana sehari sebelumnya, penulis pergi membuat lawatan susulan di premis tersebut untuk mengetahui status waranti. Ini kerana premis tersebut tidak memberikan sebarang nombor pejabat untuk dihubungi, malah Celcom Center juga tidak mempunyai nombor premis tersebut. Pelik bukan?! Di sana, penulis dimaklumkan bahawa peranti tersebut masih dalam kargo di Singapura. Penulis sempat bertanyakan piagam pelanggan bagi membaiki peranti tersebut dan sengaja mengirakan hari tersebut dihadapan pekerja tersebut. Nah! Ianya telahpun melebihi 14 hari bekerja. Pekerja tersebut memaklumkan bahawa ianya akan tiba dalam minggu tersebut atau hadapan dengan jaminan beliau akan cuba percepatkan urusan tersebut. Terima kasih.


Sehari berikutnya, 9 hb, barulah penulis menerima sms daripada premis tersebut untuk mengambil peranti yang dibaiki. Alhamdulillah, ianya tidak dibaiki, tetapi diganti dengan set baru dengan waranti asal. Sedikit tips yang boleh dikongsi ialah simpanlah resit dan kad waranti dengan sebaiknya, backup data-data sebelum membuat serahan, padam segala maklumat atau foto yang ada di dalam peranti, ianya boleh dilaksanakan dengan 'Delete all data' atau 'Restore Factory Setting'.




Teruskan berdoa dan sabar, rezeki Allah ada bagi mereka yang tahu bersyukur.


Telefon apakah yang mempunay Customer Service yang sebegitu baik seolah-olah kos belian telefon tersebut seperti membeli 2 telefon yang sama?


Hari ini, ianya sudah siap dikemaskini dan akan diberikan kepada si buah hati hunjung minggu ini inshaAllah. :-)


A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H