Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Tuesday, January 31, 2012

Krisis 2M dalam beragama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, tidak lewat untuk saya ucapkan Xing nian kuai ler bagi kaum yang menyambutnya. Moga Allah memberi hidayah kepada kalian untuk melihat Islam dengan lebih syumul tanpa prejudis. Penulisan kali ini adalah sedikit sebanyak membuat perkongsian dan nasihat diri berkenaan krisis 2M dalam beragama.


1. Malu
Polemik
Contoh: Gambar rumah ibadah dalam dan luar. operasi penjualan. circle.

الحياء لا يأتى بالخير
Persepsi takut orang kata hipokrit, alim sangat, jaga periuk nasi (takut-risau aqidah lari sebab yang haq itu tidak sesekali bertopeng), jaga syiar Islam, solat jemaah..
lebih banyak tak tahu malu daripada malu melakukan maksiat. Oh, orang kata!


2. Malas
Malas berjemaah, malas buat kebaikan, malas ucap salam, malas baca Quran, malas tolong orang dan pelbagai malas lagi. Penyakit hinggap hati menjadi tabiat. hedonisme melampau mengalihkan fokus dalam beribadah. Oh, makan banyak!

Ya Allah, jauhkanlah aku dan keluargaku dari sifat 2M ke dalam hati ini. Amin.





Wednesday, January 11, 2012

Pen Pilot Dr. Grip 4 dalam 1 untuk dijual! [Sold out]

Pilot Dr. Grip (4 in 1) 4 Color 0.7 mm Ballpoint Multi Pen + 0.5 mm Pencil

Assalamualaikum para pembaca,

Saya ada pen Pilot dari Jepun untuk dijual. 
Baru dan harganya berpatutan.
Ada 4 dakwat berwarna biru, hitam, merah dan hijau serta mekanikal pensel!







Sekiranya berminat, bolehlah hubungi saya di talian 0192334456.

Stok: 5 (Terhad seperti gambar)

Harga tetap: RM50 atau 2 dirham  (Ansuran? Boleh dipertimbangkan kalau serius berminat)
Cara pembelian: Bank in dan terima pengesahan, kemudian penghantaran. 
Penghantaran percuma area Lembah Klang, Putrajaya Cyberjaya sahaja.
atau COD yang mana berdekatan Puchong.

*Nak jual sebab beli terlebih.

Ini resit saya beli dari sana

Friday, January 6, 2012

Jom daftar Haji secara percuma

Jabal Rahmah: Where prophet Adam and Eve met after 100 years..


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Sebelum itu mari kita berdoa:

ي الله ، بريکن اکو دان کلوارݢاکو ڤلواڠ اونتوق مڠرجاکندان مڽمڤورناکن عبادة حاج. امين

Semalam tengah sibuk membuat semakan penyata KWSP di laman atas talian setelah sekian lama tidak melihat penyata atas kertas. Manalah tahu ada dividen 2011 dah masuk, maklumlah KWSP ini banyak laburkan duit pencarum kepada kaunter-kaunter seperti IPP, tol dan lain-lain. Kita cuma dimaklumkan 'Simpanan Hari Tua' begitu.

Baiklah, itu urusan KWSP, berbalik kepada urusan untuk mendaftar Haji secara percuma. Jika sebelumini antara syarat untuk mendaftar haji adalah pemohon mestilah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1.3k dalam akaun simpanan Tabung Haji, aku cuma ada beberapa ratus sahaja rasaya.=)

Jadi bagaimana nak daftar secara percuma?

1) Buat salinan terkini penyata KWSP anda, akaun 1 mestilah melebihi RM1.3k*. Jika tidak cukup maksudnya mungkin anda seorang usahawan yang tidak membuka akaun KWSP atau nampak sangatlah baru bekerja sebulan kubis.

2) Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Tabung syiling menara tabung Haji sahaja tidak layak. Buka akaun khabarnya semurah RM2.

3) Bawa salinan KWSP tersebut ke Tabung Haji berdekatan untuk pendaftaran.

* Menurut KWSP, simpanan RM1.3k ini tidak dikeluarkan dari KWSP, ianya seperti borang sokongan untuk anda membuat pendaftaran, bukan untuk menanggung semua kos ibadah ini dan jauh sekali boleh pergi haji lagi awal. Jika nak pergi awal, gunalah pakej.

Untuk maklumat dan FAQ lanjut sila layari --> Berita: Ahli KWSP Kini Boleh Membuat Pendaftaran Haji 

Jom ramai-ramai pakat daftar!.Kumpul duit dan tahun bila pergi lain kira.

Sunday, January 1, 2012

Koleksi Tafsir Al Quran AF Ust Haji Zahazan Mohamad

Selamat mendengar dan beramal!



109 Tafsir Surah Al-Kafirun Muat Turun
110 Tafsir Surah An-Nasr Muat turun
111 Tafsir Surah Al-Lahab Muat turun
112 Tafsir Surah Al-Ikhlas Muat turun
113 Tafsir Surah Al-Falaq Muat turun
114 Tafsir Surah An-Nas Muat turun