Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Apa yang Anda Minum bila Penat?





Assalamualaikum dan salam syawal 1432H,

Masih belum lewat untuk saya mengucapkan Salam 'Idulfitri, taqabbaLlahu minna wa minkum kepada umat Islam. Saya pasti dengan perjalanan sang ayah atau pemuda sebagai pemandu kenderaan untuk ziarah di hari raya sememangnya meletihkan fizikal. Maka, terkadang berhentilah si pemandu itu tadi seketika di stesen minyak untuk membeli minuman penghilang dahaga.

Ada yang kata, ambil livita bagus....
Ada yang nasihat minumlah minuman isotonik seperti 100plus,
Orang kampung, nescafe dan lain-lain yang tidak perlu saya promosi.

Maka,saya terfikir minuman kesihatan tonik herba keluaran Jepun seperti Yomeishu, bolehkah ianya diminum?
Jawapannya: Ya, (boleh diminum jika anda bukan Muslim)

Mengapa ia haram?
Boleh rujuk disini -->Yomeishu 


Kurang faham? Ini alih bahasanya,
Yomeishu is a herbal preparation, containing 14% alcohol and this herbal preparation can be kept well
Maka, tidak perlulah anda mencari di Halal Direktori JAKIM kerana ianya memang HARAM untuk umat ISLAM, jadi apa yang anda boleh cuba selainnya? Jika anda ada nasihat atau minuman, kongsikanlah..Arigato Kozaimas...

Tuesday, August 23, 2011

Food: Plastik, Jabir @ Supit: Pembunuh dalam Diam!


Tahukah anda, terdapat 7 jenis plastik digunakan dalam industri pembungkusan termasuklah
plastik yang digunakan oleh makcik goreng pisang untuk membungkus pisang goreng dan sambal kicapnya.

Botol plastik di pasaran dikategorikan mengikut kod resin 1-7 seperti penamaan saintifik di bawah:

1. PETE polyethlene tereplhtalate
2. HDPE High Density polyethyene
3. V atau PVC Vinyl atau Plovinyl
4. LDPE Low density polyethlene
5 . PP polypropylene chloride
6. PS polystrene
7. Other atau Plastik polikarbonat


Namun begitu, bukanlah kuliah berkenaan plastik yang ingin penulis sampaikan. Sebenarnya penulis ingin sebarkan mengenai keburukan BPA yang terdapat dalam resin berkod 3 dan 7(PC)!


BPA atau Bisphenol A ialah komponen utama oleh industri kimia dalam pembuatan plastik polikarbonat contohnya bekas makanan, botol susu, casing handphone, lapisan dalam tin atau kotak minuman, CD/ DVD. Tujuan utamanya adalah untuk dalam industri makanan adalah untuk mengekalkan kualiti makanan bagi tempoh tertentu melalui peranan resin. Resin campuran yang berbahaya ini menjadi agen antioksida yang menyumbang kepada pengawalan kualiti dan shelf life sesuatu makanan.

Resin epoksi yang digunakan sebagai pelapis dalaman bagi makanan dan minuman dalam tin yang kita gunakan sejak kita lahir ke dunia ini. Jadi apa sebenarnya masalahnya sehingga negara-negara membangun sperti Aussie, kanada Denmark, france dan German telah mengharamkan elemen 'tidak toyyib ini'? Begini hujahnya, apabila BPA ini leeching atau luntur kedalam makanan terutama pada air atau suhu panas, kesan-kesan jangka panjang seperti berikut boleh berlaku kepada anda atau anak anda seterusnya menjurus pertambahan bilangan pesakit dihospital dan berkembangnya takaful medik di Malaysia:

1. Mengganggu sistem endokrin, (pembebasan hormon badan anda).
2. Mengganggu sistem imunisasi, kurang daya tahan badan.
3. Diabetes
4. Kanser prostat dan payudara
5. Bilangan sperma yang rendah
6. Cyst pada ovari
7. Masalah keguguran janin
8. Akil baligh yang awal


Nah, jika sedari bayi sudah diberi BPA yang mereka tak mampu nyahkan xenobiotik sebagaimana orang dewasa, maka bolehlah dijadikan hipotesis awal akan kesannya dengan adanya senarai penyakit itu di negara kita. Cuma Mac 2012 baru nak diharamkan untuk bagi muka kepada para industri. Jadi anda mulakanlah dahulu. Jika ibu ayah berdegil juga nak beli botol yang lutsinar terkandung BPA itu, bolehlah sementara ini mengikut langkah penjagaan seperti dibawah:

1. Jangan tuang air panas terus kedalam botol
2. Basuh botol dengan span lembut, bagi mengelakkan calar
3. Jika botol bercalar, tukar yang baru.
4. Beli yang BEBAS BPA!

Sekian.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubat, jangan jadikan diri anda dibunuh atau pembunuh dalam diam kerana menggunakan barang yang memudharatkan atau tidak toyyib.

Rujukan:
Apakah itu Bisphenol A, Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia

Friday, August 19, 2011

Food: Oh Kanak-Kanak Ribena dan Coke


Ustaz Azhar Idrus dalam pesanannya. Kalau tak mahu dengar, tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman sebab kadang2 aiman jawab "aiman tak kesah"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Mencari minuman yang digemari sememangnya sukar bagi sesetengah individu tegar menjadikan Ribena dan Coke sebagai minuman favorite mereka. Rasa masam manis anggur atau lemak vanila sudah pasti membangkitkan rasa penggemarnya sehinggakan sehari tanpanya boleh diibaratkan seorang perokok tanpa rokok dikoceknya.

Ribena [1] yang terkenal di negara kita sangat digemari oleh setiap lapisan individu sehingga 'Makcik Jah Glamour' pun menghidangkannya semasa berbuka puasa. maka, tidak boleh dinafikan faktor utamanya adalah melalui pengiklanan dan tajaan segmen oleh syarikat Cocoaland Industry Sdn Bhd dan Glaxosmithkline Consumer Healthcare Sdn Bhd dalam media swasta[2]. Sejarah pembuatan minuman ini dari Kompeni Bristol sehinggalah GSK sejak tahun 1936 dan klaim label minuman adalah "kaya dengan vitamin C sehingga 4X" ganda walaupun ianya pernah disangkal! Namun begitu, isu ini bukanlah perkara pokok yang mahu dibincangkan walaupun mereka pernah disaman kerana menipu di negara lain akibat penipuan label berkaitan vitamin C.

Sebagaimana yang kita tahu, ianya adalah dari ekstrak anggur yang lazat dan membawa manfaat ekonomi kepada negara Barat. Anggur yang disebut dalam al-Quran dan disebut 'inab' dalam bahasa arab dan ianya adalah sejenis buah yang boleh dijadikan kismis [3]. Oh! Sudah pasti yang disyurga itu berbeza dengan apa yang ada didunia. Jadi, persoalannya, benarkah ianya haram sedangkan JAKIM [4] meluluskan sijil halal sehingga tahun 2013! Jadi, dalam hal ini anda diberi pilihan untuk memilih pandangan yang lebih meyakinkan.

Kekhuatiran yang ingin penulis sampaikan adalah:
1. Sebarang proses fermentasi gula didalamnya bakal merubah bentuknya kepada alcohol (etanol) melalui bantuan mikrob (yis) dan mikrob ini ada dimana-mana sahaja.
2. Resmi orang 'alim dan wara' menjaga pemakanan daripada makanan atau minuman yang syubhah. Kelak zuriat terjaga. InshaAllah.

Walaupun ianya sudah melepasi pemeriksaan, pilihan terletak ditangan anda sama ada mengekang sedikit nafsu dan mencari alternatif yang lebih asli dan tempatan untuk mendapatkan sumber vitamin C seperti buah mangga, nenas, limau, limau bali dan lain-lain.

Coke? tidak perlu dihujah lagi, penulis bersetuju dengan pandang AF Ustaz di atas inshaAllah.
Ini orang kata molekul air zam-zam, memang cantik dan rasanya kelas pertama!

Pesanan: Teringat dulu-dulu masa kecil-kecil, air sirap pandan juga yang jadi kegemaran..Sekarang kena lebih amalkan air masak...Ribena yang ada lagi separuh nak kena buang?...=)

Tuesday, August 16, 2011

Food: Kopi Beracun? Sedapnya..



Saya ingin kongsikan berita yang saya dengar melalui corong radio IKIM semalam mengenai kopi beracun, sebelum ini mengenai kopi tahi musang. Adapun apabila makanan itu adalah memudaratkan, maka ia boleh dikiaskan haram. Maka, dalam hal ini adakah Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian Online sememangnya haram dan beracun?

Adapun bahan kimia yang pertama berfungsi sebagai bahan perangsang atau 'viagra' yang memberi kesan sampingan seperti berikut:
adverse effects of sildenafil use included headache, flushing, dyspepsia, nasal congestion and impaired vision, including photophobia and blurred vision

Sibutramine pula pendek mempunya kesan kepada kardiovaskular atau jantung dan berpontensi menyebakan strok. Bahan ini telah diharamkan di negara membangun seperti Australia Canada, China, the European Union, Hong Kong, India, Mexico, Thailand, the UK,dan United States.

40 produk tersebut ialah sebagaimana yang dikongsi rakan blog Nazzue.com

Kesimpulannya: Berhati-hati, peniaga kapitalis yang berminda 'keuntungan orientasi' merata-rata. Kita yang memilih walaupun agak perit kepada nafsu dan tekak, biarlah badan tidak melarat. Bukankah puasa banyak mengar kita? Oh, kopi buah tunjuk langit..