Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Cara-cara sembang kemas


Kemaskini: 26 Sep 2013

Salam sejahtera dan salam akalkenyang,

Komunikasi tidak boleh lari dari kehidupan seharian, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Orang pandai berkata-kata sering digelarkan sembang kemas, mulut manis, pendebat terbaik, bertih jagung, hatta ada juga digelar 'gila mikrofon'. Namun, apakah kriteria sebenar mengikut syarak? Penulis banyak berpegang dengan mafhum hadis yang berbunyi "siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata baik atau diam".

Penulis berkesempatan untuk menyenaraikan beberapa tips untuk sembang kemas yang berhikmah untuk perkongsian bersama. Ianya berkaitan rapat dengan teknik berkomunikasi berkesan agar kita boleh sebarkan lebih banyak kebaikan dari satu kebaikan. Langkah pertama adalah membina minat di kalangan pendengar. Ini memerlukan kaedah telus supaya pendengar turut minat berkongsi cerita. Kadangkala pendengar yang baru adalah berbeza dengan rakan-rakan yang kita telah kenali latarbelakang mereka, kerana, ianya melibatkan emosi dan kesediaan untuk berkomunikasi.

Baiklah, berikut adalah beberapa tips untuk tatapan pembaca:

1. Articulate the messages using language that everyone may understand. Maksudnya, guna bahasa yang pendengar mudah faham. Faham tak? Yang mudah faham selalunya apa yang pernah dialami atau dilalui para pendengar.
Ianya boleh dimulakan dengan ayat penerangan pertama tanpa 'how' supaya ia boleh menarik pihak pendengar untuk bertanyakan soalan lanjut dan tidak merumitkan fikiran pendengar. Sebagai contoh jelas, ianya banyak digunakan oleh agen-agen insuran atau takaful bagi menceritakan pelan produk masing-masing.
Sebagai contoh: "Laman web akalkenyang.blogspot.com merupakan satu-satunya laman blogspot yang aktif dalam memberi cerita sensasi kepada pembaca!" Cewah!
2. Kebiasaannya, mengikut kaedah peta minda, penerangan bermula dari pohon utama didahulukan sebelum ranting-ranting kecil agar jelas dan teratur.
3. Pepatah Inggeris pernah mencatatkan:
"If some one is asking for a wool or a sweter, don't show up with a SHEEP"
Jangan meleret-leret dan ringkas. Gunakan formula KISS (keep-it-simple-stupid), inilah faktor yang mempengaruhi tahap bosan bagi sesuatu majlis. Sebagai contoh, ucapan di perlawanan futsal tidak perlu panjang sehingga para pemain bosan. Cukup si perasmi sepak rasmi bola dan perkenal diri dan terima kasih.
4. Berkomunikasi tentang hasil dan manfaat yang menjurus kepada keperluan reponden dan bahasa mereka. Ianya bermaksud memahami kehendak responden dipenuhi walaupun kita ini hanya asbab ianya dipenuhi kerana dari Allah semuanya dipenuhi. Di sini, pengalaman pencerita akan diuji sama ada bercerita tentang pengalaman diri atau orang lain untuk dijadikan modal manfaat.

5. Menggunakan bahasa yang tidak teknikal seperti di bawah:
6 ways to think 'non technical'?
Teknik ini digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal kepada bahasa yang lebih mudah difahami oleh orang awam. Perkataan jargon atau bombastik dipermudah dan digantikan bagi memberi kefahaman kepada pendengar agar kurang memberi bebanan perkataan kepada otak dan akal pendengar. Ingat, bahasa komunikasi perlulah mudah dan padat tidak seperti penulisan thesis mahupun jurnal. Sebagai contoh:
1.Word association
Respirasi merupakan elemen biologi boleh ditukarkan kepada Ciri-ciri benda hidup itu adalah bernafas.
Respirasi=bernafas, biologi=benda-benda hidup.
2. Real life 101-experience
Benarlah bahawa jauh perjalanan usia dan geografi, luas pengalaman. Bercerita dan memberi contoh tentang pengalaman dapat memudahkan memberi gambaran dan penjelasan bagi sesuatu perkara. Selalunya apa yang hampir dengan manusia. Sebagai contoh, pengalaman saya ketika berada di luar Negara iaitu Jepun pada tahun 2011, saya menemui Mister Potato keluaran Malaysia berlogo Halal di Jepun! Oh ya, jangan pula mereka-reka cerita!
3. Interest
Saya tidak melabur dalam ASB/ASN, tetapi saya melabur dalam pasaran yang diiktiraf patuh-Shariah! Tuan/Puan ada buat pelaburan?
4. Solution to a problem
Kenal pasti masalah.
Penyelesaian kepada masalah lebih kepada penjelasan fungsi sesuatu perkara terhadap penyelesaian isu atau konflik. Sebagai contoh, salah satu cara menangani masalah malas membayar hutang adalah penggunaan auto-debit atau potongan gaji yang boleh dilakukan pada hemat peminjam.

5.Step by step, process explanation
Sebagai contoh: Penghasilan filem animasi bukannya mudah, beberapa proses utama perlu dilakukan seperti mencipta watak, mewarna, dan suntingan perlu dilakukan agar interaktif kepada para penonton.
Semua orang muda mengidamkan untuk membeli rumah sebagai keperluan asas perlindungan. Rumah lelong sebagai contoh adalah sedikit murah berbanding baru di sesuatu kawasan dan perlu kepada beberapa langkah mudah seperti di sini.

6. Ceritera
Cerita juga boleh digunakan untuk memudahkan bahasa teknikal, ia kedengaran seperti ini. " Mari saya ceritakan kalian satu cerita berkaitan rakan saya yang bergelar usahawan dan berijazah, beliau di antara usahawan Melayu Johor yang berjaya mewujudkan yayasan tahfiz dan turath pertama di Rompin. Beliau beroleh keuntungan dari penjualan kuih muih dan air semata-mata. Pernah mendapat keuntungan sehingga 30000 semasa berniaga di bulan Ramadhan.
Sekian..Adios..selamat mencuba, ianya juga boleh dipraktis bila berjumpa dengan rakan-rakan anda.

Saturday, June 8, 2013

Route to Hawaii

Assalamualaikum warahmatuLlah..


Bersambung dari entri terdahulu, pada kali ini penulis ingin berkongsi laluan-laluan yang boleh dipilih untuk menuju ke pulau tersebut seperti di bawah:


1) KLIA-Filipina-Hawaii

2) KLIA-Jepun-Hawaii

3) KLIA- LA-Hawaii

4) KLIA-Korea- Hawaii

Jangan risau, anda bolehlah melayari Wikipedia dan Lapangan Terbang antarabangsa sesebuah Negara untuk anda mengetahui laluan yang disediakan seperti ini

Lawatan penulis menggunakan laluan pergi KLIA-Filipina-Honolulu dan balik melalui Honolulu-LA-Narita-KLIA. Lapangan terbang antarabangsa di Filipina ialah Ninoy Aquino International Airport. Sekiranya anda  menggunakan laluan pergi melaluinya, perlu diberi perhatian supaya anda mempunyai minimum 5 jam waktu transit kerana anda mungkin perlu tukar kapalterbang dan beratur! Kecuali anda menggunakan kelas bisnes, mungkin sedikit keistimewaan untuk anda. Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah cukai lapangan kapal terbang yang bernilai 550 peso~RM 42 yang anda TIDAK PERLU BAYAR kerana anda cuma transit dan tidak perlu melalui imigresen. Anda juga perlu memastikan bahawa pegawai imigresen membawa anda sehingga ke terminal untuk check-in kerana anda hanya perlu cop sahaja. Penulis mengalami kesukaran di Filipina, tetapi syukur penerbangan alami kelewatan.

Matawang USD juga diterima di sana. Belum sampai lagi ya, perjalanan hampir 10 jam dari Filipina-Hawaii..


Pemandangan pulau-pulau di Filipina, indahnya ciptaan Allah

Sunday, June 2, 2013

Sukar ke nak ke A.S?


Alhamdulillah dan syukur ke hadratNya,

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta mereka yang terus berada dalam jalan perjuangan menegakkan agamaNya tanpa rasa malu, takut dan malas.

Moga kesempatan ini dapat kiranya penulis berkongsi kembara kerja di pulau Hawaii di Amerika Syarikat. Penulis akan berkongsi sekitar tempat-tempat menarik dan pengalaman berkaitan agar dapat memberi panduan dan manfaat kita bersama.


Sebelum Hari #1 berlepas

Beberapa keperluan untuk ke US perlu dipenuhi seperti di bawah:

1) Permohonan visa (Daftar secara atas talian, kemudian mohon visa di kedutaan, sekiranya pas lawatan pelancong, sejumlah bayaran akan dikenakan dan temuduga akan diadakan), pas lawatan urusan rasmi sedikit berbeza kerana melibatkan G2G.

2) Persediaan kewangan per individu/ famili, maklumat lokasi dituju atau ingin dilawati (Bawa wang yang mencukupi kerana tukaran mata wang USD1~MYR3)

3) Persediaan iman (muslim), kompas kiblat, waktu solat (ios Apps: Muslim Pro @ Laman web JAKIM), pakaian solat dsb

4) Persediaan pakaian, makanan ( Makanan perlu diiisytihar semasa pemeriksaan kastam), alatan kebersihan dan lain-lain (Bawa kurma dan bubur pun bagus)-sebaiknya bawa beg yang besar dan berkualiti kerana mungkin anda akan membeli buah tangan dan tidak perlu memikirkan untuk membeli beg tambahan.

5) Pastikan anda menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana sebagai  'backup plan' pejabat/bimbit. Sekiranya ada kenalan atau sahabat handai lebih baik, jika tiada pelan pelancongan melalui MATTA mungkin yang lebih sesuai untuk anda.

6) Lain-lain yang dirasakan perlu.

Aloha!

Friday, January 6, 2012

Jom daftar Haji secara percuma

Jabal Rahmah: Where prophet Adam and Eve met after 100 years..


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Sebelum itu mari kita berdoa:

ي الله ، بريکن اکو دان کلوارݢاکو ڤلواڠ اونتوق مڠرجاکندان مڽمڤورناکن عبادة حاج. امين

Semalam tengah sibuk membuat semakan penyata KWSP di laman atas talian setelah sekian lama tidak melihat penyata atas kertas. Manalah tahu ada dividen 2011 dah masuk, maklumlah KWSP ini banyak laburkan duit pencarum kepada kaunter-kaunter seperti IPP, tol dan lain-lain. Kita cuma dimaklumkan 'Simpanan Hari Tua' begitu.

Baiklah, itu urusan KWSP, berbalik kepada urusan untuk mendaftar Haji secara percuma. Jika sebelumini antara syarat untuk mendaftar haji adalah pemohon mestilah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1.3k dalam akaun simpanan Tabung Haji, aku cuma ada beberapa ratus sahaja rasaya.=)

Jadi bagaimana nak daftar secara percuma?

1) Buat salinan terkini penyata KWSP anda, akaun 1 mestilah melebihi RM1.3k*. Jika tidak cukup maksudnya mungkin anda seorang usahawan yang tidak membuka akaun KWSP atau nampak sangatlah baru bekerja sebulan kubis.

2) Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Tabung syiling menara tabung Haji sahaja tidak layak. Buka akaun khabarnya semurah RM2.

3) Bawa salinan KWSP tersebut ke Tabung Haji berdekatan untuk pendaftaran.

* Menurut KWSP, simpanan RM1.3k ini tidak dikeluarkan dari KWSP, ianya seperti borang sokongan untuk anda membuat pendaftaran, bukan untuk menanggung semua kos ibadah ini dan jauh sekali boleh pergi haji lagi awal. Jika nak pergi awal, gunalah pakej.

Untuk maklumat dan FAQ lanjut sila layari --> Berita: Ahli KWSP Kini Boleh Membuat Pendaftaran Haji 

Jom ramai-ramai pakat daftar!.Kumpul duit dan tahun bila pergi lain kira.

Tuesday, December 13, 2011

M=K: Malas 'equal to' Ketinggalan

Panorama indah melihat ufuk horizontal bumi sambil berfikir dan berzikir

Jika kita malas kita akan jadi individu dan bangsa yang ketinggalan
Inilah kata azimat yang aku pegang sekembali ke tanah air dari negara Matahari Terbit. Walaupun travelog perjalanan cuma 9 hari, namun 1001 pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi dari negara ninja samurai ini.

Hal ini termasuklah sama ada daripada ilmu dan 'amal duniawi mahupun ukhrawi. Walaupun sikap hedonisme dan atheisme seperti menebal dalam jiwa mereka, namun semangat kejiranan dan saling bantu-membantu sangat signifikan ditonjolkan dalam kehidupan seharian.

Bagaikan sang semut yang berkomunikasi semasa berjalan, mereka masih mengamalkan ucapan 'salam' tanda penghormatan sesama mereka. Dari segi hal kebersihan, kekemasan, sampah dan bakul sampah seolah-olah tiada iaitu bersih! Pembudayaan ilmu dan teknologi sangat terkehadapan seolah-olah anda sedang memasuki dunia alien ketika melihat mesin dan alatan elektronik beroperasi automatik dari mangkuk tandas hinggalah ke mesin memateri kenderaan.

 Daun bertukar warna memasuki musim sejuk, taatkan mereka?

Dari segi penjagaan masa, ketepatan dan amanah pada waktu bekerja mahupun lapang digunakan sebaik mungkin. Pemandu bas, tren cukup berdisiplin dari hal masa, etika pekerjaan dan pemakaian. Bukanlah niat aku ingin mengagung-agungkan mereka, jauh pula mencaci tanah air sendiri. Tidak dinafikan dalam banyak-banyak beras, terkadang ada juga hampas dan hama. Ini sudah lumrah manusia.

Teknologi akan tamat pada suatu ketika dan silih berganti, Islam itu cuma satu.

Aku melihat perkara ini sebagai cabaran membentuk generasi yang beradab mulia dengan peradaban al-Quran. Mencintai ilmu, produktif dan inovatif untuk ummah, saling menghormati jiran tetangga, menjaga kebersihan, dan menepati waktu berdasarkan acuan keredhaan Allah.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambaMu dalam memikul amanahMu. Kau berkatilah waktu pinjamanMu. Umat Islam mungkinkah terlalu alpa dengan kemewahan negara masing-masing sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang dilapah ditengah-tengah talam oleh sang serigala? Lumrah yang malas akan ketinggalan, keciciran ini implikasi kerugian, kerugian beerti mendedahkan diri ke arah kebinasaan. Maka, solusi cuma satu iaitu kesedaran dan tindakan untuk RAJIN yang berhikmah!

Amin ya Rabbal 'alamin..

Muhasabah Taqwim 1433
Mohd Shafiq Mohd Zakaria


Saturday, December 3, 2011

1433H dan KPI kita



Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal!
Begitulah bunyi ungkapan yang sering kita dengar berkaitan kepentingan merancang dalam kehidupan agar berobjektifkan amal ma'ruf dan nahi mungkar dan konsep khalifah. Konsep khalifah Muslim terutamanya berkaitan pengurusan startegi terlalu banyak boleh dii'tibar daripada sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Hijratur Rasul. Walaupun peristiwa agung ini bukanlah berlaku dalam bulan Muharram, namun intipati peristiwa inilah yang perlu dimanfaati dan dipelajari oleh setiap Muslim agar tidak berada terus-menerus dalam keadaan jahil. 


Umur sudah mencapai 30 tahun, tapi ilmu berkaitan solat masih di tahap sekolah menengah!


Pernah penulis terdengar semasa khutbah Jumaat oleh khatib Taman semarak, Nilai dalam menerangkan salah satu dosa besar iaitu meletakkan diri dalam keadaan jahil! Walina'uzubiLlah.

Hari ini, tanggal 3 Disember 2011, 7 Muharram 1433 menyaksikan usia kita semakin berkurang, amal baik cegah jahat mesti dipertingkat hari berlalu bulan berlalu tahun dalam menuju syurga yang abadi. Iaitu syurga yang tiada limitasi tempat dan masa seperti tempat parkir dan mimpi dunia, syurga yang penuh dengan buah-buahan yang enak, haruman mewangi dan jelitawan bidadari. Ya, ia sememangnya suatu yang PASTI. Namun, menggapainya bukanlah tugas mudah kerana pelbagai ujian mesti ditempuh. Agar dapat Allah membeli nilai Mu'min kita dan semestinya ujian ini bukan 'nilai' yang murah.

Ujian sama ada kita ingin hijrah ataupun tidak tetap akan berlaku bagi meliputi masa, usia, harta, hidup kita bagi menilai siapa antara kita yang baik amalannya. Cabaran ini bukanlah mudah saudaraku, dengan sistem sekularisme yang menunjang sistematik di segenap dimensi, kita mesti bijak melihat dan menganalisa banyak aspek dalam memelihara Maqasid Syar'iyyah daruriyyat (asasi), hajiyyat (keperluan tambahan), tahsiniyyat (pelengkap) dan tindakan yang ampuh. Ianya bukan kerja mudah jika kita masih jahil a.k.a bodoh dan masih memandang rendah keupayaan Islam atau tidak yakin dengannya. Niat, laungan, acara perbarisan sambil berselawat semasa Awal Muharram sahaja tidak mencukupi bagi anda untuk menjadi insan, bapa, jiran, hamba, suami, pekerja yang terbaik. Anda perlu perancangan yang rapi dan sistem pengurusan diri yang Islami dan muhasabah dalam memikul amanah ini. Jadi, bagaimana caranya? Salah satunya adalah dengan anda meletakkan KPI bagi tahun 1433H yang dapat merangkumi jangka masa panjang, pendek dan sederhana, input-output, dan trilogi khaliq-insan-'alam

Sebagai contoh perancangan Hijrah, KPI ini boleh dibangunkan setelah anda menetapkan strategi pengurusan seperti di bawah (contohnya):

1) Matlamat yang jelas untuk dituju atau capai
Contoh: Menjajarkan diri dan keluarga selaras dengan tuntutan Islam, sunnah RasululuLlah.

2) Kemaskini maklumat berkaitan yang terkini
Contoh: Ber'amal mana yang tahu dan kadang-kadang ikut-ikut, masih ada pinjaman konvensional

3) Analisa kadar kemampuan (SWOT)
Contoh: S: Lapang pada malam dan hujung minggu
W: Kuat tidur lepas Subuh
O: Kuliah banyak disekitar Bangi
T: Diri sendiri, duit tiada sebab membazir.

4) Pembahagian pengurusan, penjadualan tugas
Contoh: Mempelajari minima 1 kitab secara talaqqi setahun, berkongsi di laman sosial berkenaan hadis-hadis

Ianya berbau agak subjektif, tetapi bila kita meletakkan KPI dan strategi kelak, kia boleh mengemaskini mengikut keutamaan amal (wajib, sunat) yang boleh dilakukan secara istiqomah mahupun istimrari melihat kepada kondisi diri dan tahap kefahaman keluarga. Ianya sangat penting dalam da'wah yang berhikmah, tarbiyyah yang jitu, dan siasah yang rabbani.

Dakwah boleh dilakukan secara lisan, lidah dan kuasa dan merangkumi amal ma'ruf dan nahi mungkar.

Tarbiyyah (Pendidikan) merangkumi banyak bidang seperti jasad, aqal, ekonomi, ruh dan lain-lain

Siasah pula kepada pengurusan dan pemerintahan Islami

Buatlah semana yang mampu bermula yang wajib kemudian sunat yang dituntut. Sekiranya tidak mahu nombor peratusan, anda juga boleh buat seperti Done/Not Done.


Contoh KPI
Selamat ber'amal khalifah!! Jangan gopoh-gapah, tenang dan fikir untuk sesuatu dimensi kerana janga bersifat retorik dan cliche tidak praktikal atau membumi.

p/s:Jika rasa malas, plan hari-hari lagi bagus, tambah tabung amalan. Plan Do Check Act!

Thursday, December 1, 2011

Mitos Rakyat Jepun

Assalamualaikum w.b.t para pembaca.


Apa khabar? Moga kalian sihat-sihat hendaknya dengan momentum hijrah masih di dada dan bakal diterjemah dengan strategi yang membumi dan tindakan yang berterusan. InshaAllah. Silakan membaca karangan naratif di bawah yang tidak seberapa.

Aku melalui sebuah pasar malam yang sinonimnya sibuk dengan para pembeli dan tiba-tiba langkahku terhenti sebentar apabila terserempak seorang sahabat lama yang menjalankan perniagaan di situ.

"Assalamualaikum sahabat, bagaimana perniagaan?" soalku bertanya khabar.

"Alhamdulillah Abang Shafiq, bolehlah dapat dalam RM3500 sehari berniaga.", jawab sahabat yang muda setahun dariku.

"SubhanaLlah wa LhamduliLlah, banyaknya", ujarku.

" AlhamduliLlah, bolehlah, Abang Shafiq pun boleh buat juga, tapi, Abang Shafiq jangan pula kacau 'line' saya kalau nak berniaga', jawabnya sambil tersenyum.

Lamunan mimpiku tersentak dengan bunyi deringan alarm pagi jam digital kamar pada jam 5.20am. Ianya agak aneh kerana aku tidak menetapkan masanya sebelum tidur. Sememangnya aku ada memeriksa jadual waktu solat disini pada malam sebelumnya dan menetapkannya di telefon pintarku dan bukannya jam itu! Adakah?

"Mungkin pihak sekretari AOTS yang menetapkannya sebelum aku daftar masuk", getus hati kecilku sebelum bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan Subuh. Kemudahan surau tiada maka solatlah aku di bilik sendirian.

Usai mendirikan solat dan sedikit amal-amal sunat, aku keluar kamar untuk melihat suasana pagi yang indah lagi sejuk sedingin 10C. Cukuplah buat seminit dan aku masuk semula ke bilik yang aku tetapkan pemanas hawa setinggi 30C!


Nampak seperti usang ya..=)

Bangunan AOTS Aichi, kagum dengan susur gajah/ jambatan berbumbung.
Program hari ini seawal bermula jam 9 pagi dan aku masih mempunyai masa untuk bersarapan, mandi (lepas solat sebab sejuk =)) dan menseterika baju. Sarapan hari ini diserikan dengan 2 cawan kopi kerana hari ini program bakal penuh dengan "lecture". Oh! Terasa diriku bagai di alam universiti semula dengan formula yang diterangkan dan maklumat yang dihidangkan. Kenyang!


Hari ini aku nak berkongsi beberapa mitos dan pengalaman berkenaan Jepun.

Mitos dan fakta
1) Orang Jepun rajin bekerja!
Kadang-kadang aku tengok orang Jepun kerja sampai malam di filem-filem yang memperlihatkan kerajinan mereka. Untuk makluman anda, di Jepun ini, terutama nak masuk musim sejuk ini, dalam pukul 4.15 petang pun dah gelap! Jadi, fikirkanlah. Tapi, sebenarnya mereka bangsa yang rajin dan sangat menepati masa. Untung kalau mereka revert to Islam.

2) Jepun tiada tandas cangkung
Tanggapan di atas adalah salah! Tandas mereka ada yang cangkung walaupun bukan automotik sebagaimana kebanyakan tandas duduk. Ini contohnya:
Tiada sebarang niat untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh ya!


3) Orang tua suka habiskan masa pencen dengan lepak-lepak
Ini pun salah, sebagai contoh prnsyarah gambar di bawah ini berusia 81 tahun dan masih menyumbangkan tenaga beliau terhadap bangsa, negara dunia dengan kepakarannya!


Prof Emiritus Dr Tsuneo Someya

4) Ada drama Melayu di Jepun seperti Nur Kasih.
Ini satu lagi mitos. Memang hampir tiada rancangan luar, emangnya rasa 100% Bahasa Jepun. Salah satunya Naruto Shippuden.


Naruto pada layar TV nipis Toshiba Regza


Sumimasen!! Esok ada lawatan kilang pula.


Wassalam. InshaAllah akan berkongsi lagi.


p/s: Mereka menghormati orang yang memberi ilmu dengan gelaran 'sensei'..Gambatte!






Wednesday, November 9, 2011

Linux Mint 11 Katya: Distro terbaik untuk Komputer anda


Sebelum ini, penulis telah mencuba pakai operasi Linux Sabily 11.04 ke dalam Laptop Presario dan masih menggunakannya sehingga ke hari ini bersama-sama Windows 7 (Dual Boot).

Kali ini, penulis berminat untuk berkongsi pengalaman mengguna Operasi Sistem linux iaitu Linux Mint 11 Katya. Ya Linux Mint! Sebagai makluman, Linux hirearki telah berubah dimana Ubuntu beralih kepada Unity manakala Fedora kepada Gnome Shell. Ini telah memberi ruang pembaikan kepada kelas pertama environment Gnome.


Versi 11 ini menampilkan Singular Mint Menu, dimana anda boleh mengakses Application, Places , Administration dari menu yang sama seperti Windows 7 dengan sedikit perubahan. Jadi ia boleh dikatakan mesra pengguna Windows dan anda tidak perlu sakit mental untuk menyesuaikan untuk menggunakannya.

3-in-1 Singular Lunch Menu


Application Search





Selain itu, paparan software manager yang menarik lagi percuma dan banyak icon yang artistic ditampilkan pada versi Katya ini. Software seperti compiz pula boleh memberi kesan visual yang menarik kepada PC anda. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit gangguan noise semasa OS bermula (boot). Diharap kemaskini dapat mengatasi masalah pepijat ini.

Software Manager, percuma!
Contoh Software untuk mengedit Audio

Compiz Effect

Requirement PC yang diperlukan? PC zaman pak kaduk dahulu boleh digunakan. Maksud penulis, sistem linux tidak berat dan membebankan PC anda.

Linux Mint requires a partition of at least 3GB and that the recommended size for a swap partition is 1.5 times the amount of RAM available on the computer 

Kesimpulannya, OS ini sememangnya cantik dan boleh menandingi OSX malah dengan harga percuma (kecuali kos untuk memuat turun file installer .iso). Selamat Mencuba! Berbaloi-baloi...

 Bagaimana pula dengan Gnome 2 Linux Mint 12 kelak?



Sunday, October 16, 2011

Diari: Cara membuat Homemade Enzim





Assalamualaikum wbt


Bagi ahli pengamal  sains amatur seperti saya mungkin sesuatu yang baru kerana sikap kurang membaca atau menonton Backyard Science Channel. Tetapi, inilah projek yang ditampilkan oleh SMK Marudi semasa pertandingan berkaitan Social Responsibilty dalam menggunakan sisa-sisa makanan. Mereka telah merangkul Naib Johan dengan beberapa produk yang dihasilkan dan salah satunya Home made Enzyme.


Apa itu enzyme? Enzyme ialah enzim! Enzyme are proteins that catalyze (i.e., increase the rates of) chemical reactions. (Source: Wikipedia). Bahan ini wujud dalam badan manusia sistem digesi dan dalam benda hidup.


Jadi, bagaimana nak hasilkan enzim? Adakah saya perlu alat atau bahan kimia yang mahal untuk menghasilkannya? Jawapannya adalah tidak sama sekali. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan dan prosedur seperti di bawah:


Bekas: Bekas plastik kedap udara.


Bahan-bahan: Air, Sisa Buah-Buahan dan sayur-sayuran, gula (gula perang, molasses atau gula kasar)


Nisbah:
Gula:Sayur/Sisa Buah-buahan/: Air  = 1:3:10 / 1kg:3kg:10liter








Cara-cara:


1. Larutkan gula di dalam air dan seterusnya masukkan sisa sayuran dan buah-buahan.
2. Biar sedikit ruang dalam bekas plastik untuk proses fermentasi
3. Botol plastik ditutup dengan rapat.
4. Bulan pertama. Bebaskan udara dalam botol. Kemudian tutup semula.
5. Sekiranya ada sisa timbul, tekannya ke dasar.
6. Simpan di tempat sejuk, kering dan ventilasi yang baik.
7. Elakkan sinaran matahari dan peram selama 3 bulan sebelum digunakan.









Gambar (Ihsan SMK Marudi)


Kegunaan:

1. Bahan Mandi
2. Cuci Baju (Detergen, pelembut Fabrik)
3. Pembersih tandas
4. Bersih tangki
5. Menjernihkan Sungai, Kolam Tangki
6. Baja Organik

Namun begitu, sebelum dikomersialkan, perlulah ianya diuji terlebih dahulu dari MoH dan makmal untuk diuji.

Gambar produk sebenar tidak dapat ditunjuk, namun penulis menghidu dan ianya berbau wangi!

Pelik juga: Karbohidrat ---(Fermentasi)---> Alkohol + CO2

dimana enzyme dihasilkan? Pelik. 

Untuk maklumat lebih, Rujuk Artikel di Newspaper--> The Star


PS: Cubalah kalau kosnya lebih rendah dari Fabu luso, dan potensi untungnya lebih daripada bagi makan itik dan ayam atau jeruk kulit buah. =)

Thursday, October 13, 2011

Diari: Berjalan sambil Berblog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Kini anda boleh berjalan sambil berblog, bukan ber'bolok' ya.


Aplikasi yang masih dalam pembaikan ini menawarkan blogger untuk mengarang dan menerbitkan karya mereka melalui peranti android. Karya ini juga boleh dilabelkan dan diedit pada bila masa dan serta dertakan servis tag lokasi anda.


Kelemahannya adalah ianya belum memasukkan elemen synchronise dan ini bermakna pastikan anda save dahulu dan bila sudah yakin, Publish!


Selamat mencuba dan beramal!


Boleh muatturun 'apk' disini sekiranya mengalami masalah daripada Market:
http://www.4shared.com/file/zlvroiI4/blogger.html


Test from mobile blogger. Optimakan peranti anda.

Monday, October 3, 2011

Diari: Kehilangan al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim dirasai pelbagai lapisan masyarakat


Tiada kata yang mampu penulis katakan, terasa sedih dan hiba atas pemergian beliau. Penulis mengambil penulisan daripada wordpress albakriah untuk sama-sama kita hayati. Terasa cedokan ilmu dahulu di pasir tumboh terlalu sedikit tapi akan kucuba amalkan sedaya upayaku. InshaAllah.

Beberapa perkara yang sempat dipelajari:
1) Zikir bertauliah (Sheikh Abd Qadir Jailani)
2) Ilmu Perubatan
3) Sekularisme pendidikan
4) Berzikir di kubur.

Moga Allah merahmati beliau. Amin.

By: M Faqih
Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Paduka Hj Hashim b Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada 1.10 petang 1 Syawal lalu.Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh.
Walau pun sibuk dengan sambutan hari raya namun tidak menghalang lebih 2,000 warga pondok, penduduk tempatan dan orang ramai dari dalam dan luar Kelantan menunaikan solat ke atas jenazahnya. Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan Muhammad ke-V,  Tengku Mahkota Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Exco kerajaan negeri.
Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dalam kawasan pondok terbabit.
Setiausaha PPPB, Hj Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.
“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.
“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.
Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.
Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah berkata, warga pondok dan orang ramai benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi kerana beliau bukan sahaja menjadi rujukan dalam bidang agama malah perubatan Islam termasuk ketika beliau dalam keadaan uzur.
Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.
“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir sehingga sekarang.
”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.
Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).
Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.
Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.
Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya al-Marhumah Hajah Rodhiah meninggal dunia pada Januari lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.
“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama. Malah beliau sering menjadi imam solat hajat yang biasa diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semasa beliau masih sihat ketika isu-isu besar berlaku,” ujarnya.


P/S: Sayangilah para 'ulamak pewaris nabi...

Monday, August 22, 2011

Diari: Jadual Perjalanan Ipoh-Putrajaya

Yesterday meals for breaking fast, nasi+pecal+telur and the fabulous sambal cili api ikan bilis. Yummy! BismiLlah. Thanks Mak! The sambal aroma filled the internal bus aroma! Sorry!


Hi there, Assalamualaikum! salam 22nd Ramadhan! I'm glad to share the bus schedule; Plusliner from Ipoh-KLIA/LCCT and Ipoh-Puchong-Putrajaya effectively as on 22 August 2011.

The travel will take about 2 to 3 hours depend on the drivers driving style. By car, averagely it's took me about 2 & half hour only to reach Cyberjaya from Ipoh. Appended below the schedule for your attention if you like someone 'driving' for you. With the free time, you can browse your ipad 2 or the new galaxy tab 10.1, reading books and even sleeping. =). However yesterday quite a thinking day for me as I met a nice person who like to know about Islam. I will share the story later inshaAllah. Drive safely, remember Allah.

سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون


Saturday, August 20, 2011

Diari: Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkenaan OS ubuntu Linux Sabily Badr 11.04 (Natty Narwhal). Setelah pemasangannya di komputer penulis, terdapat beberapa perkara yang menarik yang boleh penulis kongsikan bersama dengan pembaca seperti dibawah:

1. Terdapat banyak aplikasi yang islamik seperti Zekr, Qamus Arab-English, Sirah Nabi, Waktu Solat Minbar, al-quran elektronik beserta audio qari-qari dan pelbagai lagi.

2. Kepantasan membuka laman sesawang adalah laju berbandung Windows 7 yang sedang juga digunakan.

3. Bootloader yang bermula bacaan basmalah.

4. Cursor tetikus yang memaprkan zikir-zikir.

5. Sesuai untuk membuat kerja-kerja pejabat. Cuma memerlukan sedikit latihan.

6.Program/aplikasi crash tidak mengganggu OS, tidak perlu Ctrl+Alt+Del. Right click dan Force Quit. Sangat mudah.

7. dan lain-lain..

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mencubanya tanpa instalasi, penulis amat menggalakkan. Boleh rujuk laman web ubuntu untuk maklumat lanjut. InshaAllah jika berminat secara khusus, penulis akan cuba membantu seringkas boleh. Pemasangan mudah dan ringkas, hasilnya pantas dan puas!

Dilampirkan di bawah, beberapa printscreen untuk tatapan pembaca budiman. Terima kasih.