Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Friday, June 22, 2007

Sajak: Permata?

Tahukah kau,

Betapa tingginya harapan ku padamu,
Tatapan diriku jua dirimu.

Di saat bumi dahagakan darah syuhada,
Di saat umat hauskan telaga Islam,
Di mana da'wahmu?
Di mana musa'adahmu?
Ke mana kau letakkan hala hidupmu?

'Aku hanyut' ratiban alasan,
Kenapa matamu buta?
Kenapa kau pekakkan telinga?
Sedangkan kau pernah memahaminya..
Pernah meneguk rahmat kasihNya..
Atau kau buat-buat lupa?

Aku benci pada diri sendiri,
Aku benci berada di tahap ini..
Biarlah harapan tinggal harapan,
Tenggelam di balik munculnya purnama,
Biarlah sedihmu itu memajukanmu kehadapan,
Dari mengurungmu di lembah kegelapan,
Maafkan aku kerana meninggalkanmu,
Kerana aku menyayangimu,
Biarlah taqdir masa yang menentu.

Tidakkah kau tahu,
Tuhanmu tidak pernah sesekali melupaimu,
Maka ni'mat manakah lagi yang kau mahu dustakan?
Bumi mu yang mana lagi bukan ciptaan Tuhan.

~Gilapkanlah permatamu dengan sebuah pengorbanan~

Sajak: Sahabatku...

Sahabatku...
Sahabatku,
Pernahkah air matamu mengalir,
Di saat saudaramu bermandi darah disana...
Atau kau sudah jemu mendengarnya tanpa berbuat apa.
Sahabatku,
Pernahkah timbul dibenakmu,
Kau sebenarnya jahil dan zalim,
Kerehatan dan kesenangan ulitan hidupmu..
Sahabatku,
Pernahkah kau tersedar,
Di kala kau terjaga,
Yang kau banyak berpura-pura..
Sahabatku,
Marilah kembali,
Lembutkan hatimu yang batu,
dengan titisan Islam.
Bagaikan ikatan tersimpul padu.
Sahabatku,
Tidak sesekali mahu ku tinggalkanmu,
Tapi adakah kau sudi munurutiku,
Bersama keluar dari lembah kejahilan ini.
Menuju cinta Rabbmu yang satu.
Sahabatku,
Cukuplah dengan tambahan dosa
Cukupkan bekal iman dan amalmu.
Di bahtera penyelamat ini..
Selagi masih diberi masa dan nyawa.

-akudahbosan-

Sajak: Ya Rabbana (Lagu Opick)

Ya Rabbana.
Ya Rabbana.
Ya Rabbana.

Kau Maha Kuasai hati,
Kami Lupa dan Alpa,
Kami telah tersesat,

Jika tanpa rahmatmu,
Kami orang yang rugi,
Berilah peluang kami,
Bergantung dan menyembahmu.

Kau Maha Mengampuni,
Tempat kami kembali,
Penghitung dosa dan pahala,
Jadikanlah kami dikalangan yang sedikit.

Kami yang lemah,
Tiada daya upaya,
Hanya padamu kami berserah.
Ruku' dan sujud padaMu..

Wednesday, June 6, 2007

Sajak: Ya Latif

Ya Latif
Ya Latif,
Ku sedari kekhilafanku,
bagai nan tiap nadi berdenyut,
angkara dosa dan nafsu menggoda.

Ya Rahim,
Ku selak pintu hatiku,
Putih dan hitam seakan warnanya,
tampak kecil diwajah hegemoni,

Ya Rahman,
Aku bersalah,
Bagaikan sampah!!
Aku hina lagi dina..
Aku papa lagi kedana..
Aku fakir lagi miskin.

Kurniakanlah sedikit rahmatMu,
Agar aku kembali berbunga,
Haram nan kasturi,
Gembira mereka yang menghiduku.

Teringin sekali,
Sungai zikir kembali semula,
Di seketul daging ini,
Juga di denyutan nadi..

Friday, June 1, 2007

Sajak: Takhta, Harta dan Wanita..

Ta…ta…ta..
Tiga ujian yang pasti hadir,
Persis empat unsur utama..
Bagi diriku jua dirimu..

Ta...ta…ta ..
Pernah kugalasi suatu ketika dahulu,
Kini juga ku bebani..
Bedanya cuma ditabir masa dan tempat,
Luas dan sempit.
Lubang kelemahan, perihnya pengorbanan..
Ta…ta…ta..
Hadirmu mu sungguh mempesonakan,
Dalam diam aku kelalaian,
Dek pesona dunia yang berkilauan,
Bukankah ini cuma pinjaman?
Kenapa tidak dibenihkan di jalan Tuhan??

Ta...ta.. ta…
Bukan seorang mahupun dua,
Ujian yang maha dahsyat,
Mampu menggoncang dunia,
Bahkan pernah robohi sebuah takhta,
Kerana nafsu beraja, akal dipapa.

Ta…ta...ta…
Kadang jadi parah dan barah,
Kadang jadi motivasi dan inspirasi,
Terkadang jadi fitnah,
Terkadang pula jadi amanah,
Terkadang jadi buah,
Terkadang jadi duri.
Terkadang jadi benci,
Terkadang jadi suci..
Pilihlah wahai diri!!!
Siapa dan apa sebenarnya dihatimu..
Ya Allah, ni'mat masa yang Kau berikan terlalu berharga untukku sia-siakan..
Ampunilah dosa-dosaku..

Cermin bilik.
010607 0017

Tuesday, May 15, 2007

Sajak: Penilaian Sebuah Penerimaan

Penilaian sebuah penerimaan
Begitu berat ujian ini,
menyahut cabaran kedua matlamat sebuah pendidikan,
Ibarat air yang berlalu tidak henti jemu,
Akalku yg waras kuperahi bersama adunan emosi dan spirit,
Namun,
Adakah aku benar2 telah lorekkan sebuah azimat kebenaran,
Kebenaran menuju kemenangan,
Tatkala pengorbanan hanya sekelumit dari keseluruhan,
Aku kaget, aku takut..Jika ianya jelmaan
tingginya nafsu rendangnya aqal.
Terus,
Resah selubungi segenggam daging,
Tatkala ku berfikir sejenak..
Erti sebenar 'penilaian sebuah penerimaan'.
Ya Allah, usah bebankan aku dengan bebanan yg aku tidak berdaya untuk menghadapinya di dunia dan akhirat.
Ameen.
Puchong 4:30am
15May2007

Wednesday, April 11, 2007

Sajak: Jika aku..

Jika aku..
Jika aku seekor burung,
Kan ku terbang bebas di awanan,
Di kala sinar sang suria,
mula menyinar sesudah berakhirnya gerimis..
Jika aku seekor semut,
Kan ku sampaikan khabaran,
walaupun terpaksa berulang,
kerna ku tahu itu amanahku,
buat manfaat bagi yang lain,
Jika aku seredup rumput,
Terlalu jauh kiranya aku,
bedaan sahabatmu tercinta,
umpama bezanya semikro segalaksi,
Jika aku bukan muslim,
Ya Allah, Na'uzubilLah..
Apakah aku sedari nikmat ini,
selama ini?
dikala nafasan pertama didunia ini..
Bisakah aku meneguk rahmatNya,
dpersepsi perkara ghaib..
Disini jua disana..
Ya Allah..Ampunilah dosaku dan umat Islam..
Kerana walaupun banyak 'jika aku',
Nafasku tetap akan terputus dan akan menemuiMu..

Lab com USIM
11April2007

Saturday, March 17, 2007

Sajak: Akhirnya Sebuah Janji

Pengakhiran sebuah janji

Tatkala diari itu lewat ku hiaskan,
Air mataku pertama kalinya berlinangan,
Namun ku pasrah.
Kali ini ianya berlinangan semula,
Kerana ku kira amanahku kian hampir selesai,
Janji pada diriku hampir ku lunasi,
Tanpa libatkan emosi atas dasar ukhuwwah,
Namun kepahitan itu turut juga menjelma,
Walaupun ku cuba buang jauh ke lautan,
Kirakah ini dinamakan putus cinta?
Mustahil!
Ku tidak pernah lafazkan perkataan itu..
Cinta itu selayaknya untukMu, kekasihMu dan insan yang menujuMu.
Tekadku pada janjiku tidak pernah luntur,
Janji dahulu akan kukotakan sedaya mampu,
Usahlah dikau risau,
Hingga dirimu sudah di dalam tawaran.
Ku undur diri, buat kali kedua tanpa desakan,
Walaupun hanya tinggal sepurnama,
sempurnanya 3 tahun sebuah pertemuan.
Ketahuilah.
Terasa amat berdosa jika ku umpil isi hatiku,
Bagaikan dosa robohi sebuah masjid,
Tidak bisa ku khianati agamaku sendiri,
Demi Islam, demi kebahagiaanmu jua.
Kurelakan.InsyaAllah..
Cuma satu pesananku terakhir,
Taatilah insan itu, kerana kebahagiaanmu di dunia dan akhirat kelak,
Berada di tangannya.
Janganlah kau ulaskan penghargaan kerana ku hanya menjalankan sedikit daripada janjiku..
Moga Allah merahmatimu dan menghindarkan daku dari fitnah.Amiin.
Selamat tinggal silamku, baru ku fahami erti sebuah pengorbanan dan akan kupertahankan.

School of biotech
17 March 2007, 27 Safar 1428
(Persafaranku bermula semula)

Monday, January 8, 2007

Sajak: Memoir di Ufuk Senja

Memoir Diufuk Senja.

Air mengalir perlahan dihilir,

Berlalu deras di hulu,

Angin menghembus perlahan di muka,

Bermula laju dek tiupan ombak,

Panasnya api di hujung nyala,

Panas lagi nyala di tengahnya,

Debuan terbang ditiup angin,

Kerak teguh bebani isinya,

Air….Api….

Angin…Tanah…

Taati Allah, sujud hormat lebihnya AQAL.

Biar BASAH, KERING, PANAS, DINGIN,

KEMARAU BANJIR….!

Nyanyian syurgaMu terus diratib,

Namun makhluq itu..

Layakkah disarung pakaian iman,

Jika dirimu belum diserah..

YA ALLAH, AMPUNILAH UMAT NABI MUHAMMAD.

CAMPAKKANLAH HIDAYAH & TAUFIQ KEPADA KAMI.

4 Zulhijjah 1427