Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Tuesday, May 24, 2011

6 Teori Topi Gila

6 Teori Topi Gila?

Kenalkah Tuan-tuan dan Cik Puan dengan Edward de Bono? Pengasas pemikiran lateral abad ke 19? Jika ya tahniah dan takziah kerana anda telah mengembangkan neuron-neuron otak anda ke tahap yang baru. Antara simptom-simptom jangka masa pendek yang anda mungkin alami adalah seperti pening kepala, sakit kepala, mengantuk dan perasaan seperti mahu "buang buku atau makan buku".

Pemikiran ini sangat disokong dan dititahkan sendiri oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini di hadapan Ulama dan Cendikiawan Islam di Ipoh Perak berkaitan menangani ancaman semula 'Osama' keluaran Berita Harian tanggal 17 May 2011. Juga dalam titah baginda dalam institusi pendidikan dan sukan sebelum ini. Adakah pemikiran ini sangat unggul jika dibandingkan dengan pemikiran Islam yang sememangnya lengkap (syumul) dan relevan sepanjang zaman? Mari kita kupas sedikit sejarah di sebalik pemikiran ini.

Thursday, May 19, 2011

China Attacks Using it's Financial power

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera!


Ini emel yang saya baru terima hari ini, ianya sedikit sebanyak telah menambah keyakinan saya terhadap munculnya gergasi ekonomi yang bakal menggugah kuasa besar AS tidak lama lagi. Bahkan menguatkan keyakinan kita terhadap hadith 'futuristik' Nabi (SAW) terhadap China seperti "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China". Pelbagai buku dan artikel yang sudah saya baca seperti The Art of War bagi menggambarkan keupayaan negara tembok besar ini. Bacalah dan fikir-zikir. Ada solusi untuk kita disebalik artikel ini. Kejutkan visi gergasi yang sedang tidur dalam diri anda!


--------- Forwarded message ----------
From: ********** <********@gmail.com> (email dirahsiakan)
Date: Thu, May 19, 2011 at 12:27 PM
Subject: China attacks using it's Financial power
To:




China has begun launching an all-out attack on the U.S.

But they’re not using soldiers, guns or bombs.

They’re using weapons that can be much more devastating.

In short, the Chinese government is quietly destroying our already wounded currency.

As China’s President Hu Jintao puts it, “The dollar currency system is a thing of the past.”

No doubt... this is a declaration of financial war.

Tuesday, May 17, 2011

Buku: Why We Want You to be Rich


Tersebutlah kisah hikayat dua orang hartawan dan kenamaan abad ini yang telah berjaya menghasilkan karya duet ulung mereka yang diberi tajuk "Why We Want You To Be Rich, Two Men.One Message". Karya agung bukan rekaan atau non-fiction mereka ini telah menerima New York Bestselling Authors pada tahun 2006, sedangkan penulis baru sahaja memegangnya lewat 2011 dengan denda yang belum bayar RM1.10 kepada pustakawan akibat terlupa memperbaharui dan lambat menghadamnya.

Penulis mendapat pendedahan awal terhadap buku ini atas nasihat En. Ridzwan seorang kakitangan awam yang tidak mahu identitinya didedahkan kerana mempunyai aset hampir 250k dengan perniagaan kafe siber yang diusahakan sejak setahun lalu. Beliau mencadangkan agar penulis membaca buku ini walaupun penulis sudah menghabiskan koleksi Robert T.Kiyosaki dengan 2 tajuk sebelum ini iaitu Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrant.

Monday, May 16, 2011

Sajak: Guru

Setelah disemak, rupanya ada karya sajak dahulu yang pernah penulis nukilkan dalam wordpress. Terimalah.


Guru,
kau umpama rumah api di pinggir samudera,
kami umpama kapal-kapal di sana,
dalam kegelapan, kau memberi cahaya buat kami,
supaya tuju kami terarah jelas.

Guru,
kau umpama pekebun di ladang,
kami umpama flora di ladang,
kau sirami air buat kami,
kau curah baja kepada kami,
dibawah kendalianmu, kami tumbuh subur.

Guru,
kau umpama lilin di bilik gelap.
kami bagai artifak berselerak di dalamnya,
kau membakar diri,
memberi sejalur cahaya buat kami.

Guru,
kau mendidik kami,
memberi erti segala tersembunyi,
supaya kami dapat menabur bakti, buat pertiwi.

Guru,
jasa baikmu
tunjuk ajarmu,
akan kami ingat buat selama-lamanya.

Guru
kami pohon keampunanmu,
atas segala kesilapan yang pernah kami lakukan.

Guru,
ribuan terima kasih
atas segala pengorbananmu.

(Khas untuk guru-guru yang dihormati dan disayangi)

November 27, 2008 — iluvmasjid