6 Teori Topi Gila?
Kenalkah Tuan-tuan dan Cik Puan dengan Edward de Bono? Pengasas pemikiran lateral abad ke 19? Jika ya tahniah dan takziah kerana anda telah mengembangkan neuron-neuron otak anda ke tahap yang baru. Antara simptom-simptom jangka masa pendek yang anda mungkin alami adalah seperti pening kepala, sakit kepala, mengantuk dan perasaan seperti mahu "buang buku atau makan buku".

Pemikiran ini sangat disokong dan dititahkan sendiri oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini di hadapan Ulama dan Cendikiawan Islam di Ipoh Perak berkaitan menangani ancaman semula 'Osama' keluaran Berita Harian tanggal 17 May 2011. Juga dalam titah baginda dalam institusi pendidikan dan sukan sebelum ini. Adakah pemikiran ini sangat unggul jika dibandingkan dengan pemikiran Islam yang sememangnya lengkap (syumul) dan relevan sepanjang zaman? Mari kita kupas sedikit sejarah di sebalik pemikiran ini.
Menurut Edward de Bono, antara fungsi topi ini adalah sebagai alat bantuan dalam proses membuat keputusan. Beliau percaya melalui pelbagai informasi dan perspektif, pemikir hilang fokus dan berserabut. Jadi, ianya berfungsi untuk mengasingkan secara kecil porsi masalah bagi memperoleh pilihan yang lebih jelas.

Contohnya masalah yang ringan adalah jika anda mempunyai pensel yang tumpul. Apa yang anda lakukan?
Putih itu fakta
1. Pensel diperbuat dari kayu yang diproses
2. Kilang memproses seperti Faber Castell di Gebeng
Merah itu emosi
1. Mata pensel patah, anda tidak selesa menulis atau melukis gambar kartun ala-zunar.
2. Jika patah lagi, mungkin rod karbon dalaman telah patah akibat pembuatan yang tidak berkualiti dan tanpa jenama. 2B rupa-rupanya HB!
Hitam itu negatif
1. Jika tidak pakai pensel 2B, anda mungkin terpaksa dibuang dari mengambil peperiksaan objektif yang memerlukan standard 2B digunapakai.
Kuning itu positif
1. Dengan pensil yang tajam, anda boleh melukis garisan linear dan graf eksponen dengan halus.
Hijau itu kreatif
1. Anda menggigit pensil atau mengasahnya secara manual di dinding atas meja sekolah. Mungkin ada yang gatal tangan menconteng 'aku was here', 'blues untuk aku' dan sebagainya.
2. Anda mengasah menggunakan pisau lipat 20 sen yang dibeli dari koperasi dengan menggunakan teknik Tajul Muluk.
3. Beli mekanikal pensel atau 'pensel tekan'.
Biru itu urus
1. Anda beli atau pinjam pengasah yang bercermin bulat atau sedikit moden mesin pengasah pensil yang dilekapkan di atas meja.
2. Kebanyakan maklumat warna di atas adalah tidak relevan sama sekali dalam perbincangan ini dan sedikit sebanyak beorientasikan pengasingan agama. Ia kelihatan teknikal semata dan adalah olahannya terhad pada pandangan penulis.
Islam lebih dari itu, mudah analoginya, jika anda ingin beli atau pinjam pengasah pensil, mesti menikut lunas Islam, anda tidak boleh mencuri atau dari sumber yang haram. Sebaiknya-baiknya membaca Basmalah sebelum menulis atau mengasah. Pena juga salah satu nama dari 114 surah dalam al-Quran.
Islam meperuntukkan sumber dalil aqli dan naqli, qias dan ijmak ulama' untuk berfikir. Bukanlah untuk menolak sebulatnya, tetapi memberi sedikit keluwesan dan ketidakterikatan dalam berfikir. Bagaimana pula pemikiran Ibnu Khaldun? Ibnu Taimiyyah dan lain-lain ilmuwan?
Tahukah anda pemikiran lateral ini telah lama diterapkan dalam sistem Pelajaran Malaysia yang dahulunya 'Pendidikan' semasa seawal tahun 1974. Tahniah! Mungkin anda adalah salah seorang produk sistem ini.
Jadi, persoalan terakhir, adakah pilihan yang bijak untuk merenungi kembali nilai lateral dalam membanteras kegiatan jenayah antarabangsa atau militan sekiranya undang-undang yang sebenarnya sudah sekian lama didebukan dan dipinggirkan? Ubahlah otak anda sekarang,selamatkan diri dan keluarga anda!
0 otak-otak:
Post a Comment