Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Tuesday, December 13, 2011

M=K: Malas 'equal to' Ketinggalan

Panorama indah melihat ufuk horizontal bumi sambil berfikir dan berzikir

Jika kita malas kita akan jadi individu dan bangsa yang ketinggalan
Inilah kata azimat yang aku pegang sekembali ke tanah air dari negara Matahari Terbit. Walaupun travelog perjalanan cuma 9 hari, namun 1001 pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi dari negara ninja samurai ini.

Hal ini termasuklah sama ada daripada ilmu dan 'amal duniawi mahupun ukhrawi. Walaupun sikap hedonisme dan atheisme seperti menebal dalam jiwa mereka, namun semangat kejiranan dan saling bantu-membantu sangat signifikan ditonjolkan dalam kehidupan seharian.

Bagaikan sang semut yang berkomunikasi semasa berjalan, mereka masih mengamalkan ucapan 'salam' tanda penghormatan sesama mereka. Dari segi hal kebersihan, kekemasan, sampah dan bakul sampah seolah-olah tiada iaitu bersih! Pembudayaan ilmu dan teknologi sangat terkehadapan seolah-olah anda sedang memasuki dunia alien ketika melihat mesin dan alatan elektronik beroperasi automatik dari mangkuk tandas hinggalah ke mesin memateri kenderaan.

 Daun bertukar warna memasuki musim sejuk, taatkan mereka?

Dari segi penjagaan masa, ketepatan dan amanah pada waktu bekerja mahupun lapang digunakan sebaik mungkin. Pemandu bas, tren cukup berdisiplin dari hal masa, etika pekerjaan dan pemakaian. Bukanlah niat aku ingin mengagung-agungkan mereka, jauh pula mencaci tanah air sendiri. Tidak dinafikan dalam banyak-banyak beras, terkadang ada juga hampas dan hama. Ini sudah lumrah manusia.

Teknologi akan tamat pada suatu ketika dan silih berganti, Islam itu cuma satu.

Aku melihat perkara ini sebagai cabaran membentuk generasi yang beradab mulia dengan peradaban al-Quran. Mencintai ilmu, produktif dan inovatif untuk ummah, saling menghormati jiran tetangga, menjaga kebersihan, dan menepati waktu berdasarkan acuan keredhaan Allah.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambaMu dalam memikul amanahMu. Kau berkatilah waktu pinjamanMu. Umat Islam mungkinkah terlalu alpa dengan kemewahan negara masing-masing sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang dilapah ditengah-tengah talam oleh sang serigala? Lumrah yang malas akan ketinggalan, keciciran ini implikasi kerugian, kerugian beerti mendedahkan diri ke arah kebinasaan. Maka, solusi cuma satu iaitu kesedaran dan tindakan untuk RAJIN yang berhikmah!

Amin ya Rabbal 'alamin..

Muhasabah Taqwim 1433
Mohd Shafiq Mohd Zakaria


Saturday, December 3, 2011

1433H dan KPI kita



Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal!
Begitulah bunyi ungkapan yang sering kita dengar berkaitan kepentingan merancang dalam kehidupan agar berobjektifkan amal ma'ruf dan nahi mungkar dan konsep khalifah. Konsep khalifah Muslim terutamanya berkaitan pengurusan startegi terlalu banyak boleh dii'tibar daripada sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Hijratur Rasul. Walaupun peristiwa agung ini bukanlah berlaku dalam bulan Muharram, namun intipati peristiwa inilah yang perlu dimanfaati dan dipelajari oleh setiap Muslim agar tidak berada terus-menerus dalam keadaan jahil. 


Umur sudah mencapai 30 tahun, tapi ilmu berkaitan solat masih di tahap sekolah menengah!


Pernah penulis terdengar semasa khutbah Jumaat oleh khatib Taman semarak, Nilai dalam menerangkan salah satu dosa besar iaitu meletakkan diri dalam keadaan jahil! Walina'uzubiLlah.

Hari ini, tanggal 3 Disember 2011, 7 Muharram 1433 menyaksikan usia kita semakin berkurang, amal baik cegah jahat mesti dipertingkat hari berlalu bulan berlalu tahun dalam menuju syurga yang abadi. Iaitu syurga yang tiada limitasi tempat dan masa seperti tempat parkir dan mimpi dunia, syurga yang penuh dengan buah-buahan yang enak, haruman mewangi dan jelitawan bidadari. Ya, ia sememangnya suatu yang PASTI. Namun, menggapainya bukanlah tugas mudah kerana pelbagai ujian mesti ditempuh. Agar dapat Allah membeli nilai Mu'min kita dan semestinya ujian ini bukan 'nilai' yang murah.

Ujian sama ada kita ingin hijrah ataupun tidak tetap akan berlaku bagi meliputi masa, usia, harta, hidup kita bagi menilai siapa antara kita yang baik amalannya. Cabaran ini bukanlah mudah saudaraku, dengan sistem sekularisme yang menunjang sistematik di segenap dimensi, kita mesti bijak melihat dan menganalisa banyak aspek dalam memelihara Maqasid Syar'iyyah daruriyyat (asasi), hajiyyat (keperluan tambahan), tahsiniyyat (pelengkap) dan tindakan yang ampuh. Ianya bukan kerja mudah jika kita masih jahil a.k.a bodoh dan masih memandang rendah keupayaan Islam atau tidak yakin dengannya. Niat, laungan, acara perbarisan sambil berselawat semasa Awal Muharram sahaja tidak mencukupi bagi anda untuk menjadi insan, bapa, jiran, hamba, suami, pekerja yang terbaik. Anda perlu perancangan yang rapi dan sistem pengurusan diri yang Islami dan muhasabah dalam memikul amanah ini. Jadi, bagaimana caranya? Salah satunya adalah dengan anda meletakkan KPI bagi tahun 1433H yang dapat merangkumi jangka masa panjang, pendek dan sederhana, input-output, dan trilogi khaliq-insan-'alam

Sebagai contoh perancangan Hijrah, KPI ini boleh dibangunkan setelah anda menetapkan strategi pengurusan seperti di bawah (contohnya):

1) Matlamat yang jelas untuk dituju atau capai
Contoh: Menjajarkan diri dan keluarga selaras dengan tuntutan Islam, sunnah RasululuLlah.

2) Kemaskini maklumat berkaitan yang terkini
Contoh: Ber'amal mana yang tahu dan kadang-kadang ikut-ikut, masih ada pinjaman konvensional

3) Analisa kadar kemampuan (SWOT)
Contoh: S: Lapang pada malam dan hujung minggu
W: Kuat tidur lepas Subuh
O: Kuliah banyak disekitar Bangi
T: Diri sendiri, duit tiada sebab membazir.

4) Pembahagian pengurusan, penjadualan tugas
Contoh: Mempelajari minima 1 kitab secara talaqqi setahun, berkongsi di laman sosial berkenaan hadis-hadis

Ianya berbau agak subjektif, tetapi bila kita meletakkan KPI dan strategi kelak, kia boleh mengemaskini mengikut keutamaan amal (wajib, sunat) yang boleh dilakukan secara istiqomah mahupun istimrari melihat kepada kondisi diri dan tahap kefahaman keluarga. Ianya sangat penting dalam da'wah yang berhikmah, tarbiyyah yang jitu, dan siasah yang rabbani.

Dakwah boleh dilakukan secara lisan, lidah dan kuasa dan merangkumi amal ma'ruf dan nahi mungkar.

Tarbiyyah (Pendidikan) merangkumi banyak bidang seperti jasad, aqal, ekonomi, ruh dan lain-lain

Siasah pula kepada pengurusan dan pemerintahan Islami

Buatlah semana yang mampu bermula yang wajib kemudian sunat yang dituntut. Sekiranya tidak mahu nombor peratusan, anda juga boleh buat seperti Done/Not Done.


Contoh KPI
Selamat ber'amal khalifah!! Jangan gopoh-gapah, tenang dan fikir untuk sesuatu dimensi kerana janga bersifat retorik dan cliche tidak praktikal atau membumi.

p/s:Jika rasa malas, plan hari-hari lagi bagus, tambah tabung amalan. Plan Do Check Act!

Thursday, December 1, 2011

Mitos Rakyat Jepun

Assalamualaikum w.b.t para pembaca.


Apa khabar? Moga kalian sihat-sihat hendaknya dengan momentum hijrah masih di dada dan bakal diterjemah dengan strategi yang membumi dan tindakan yang berterusan. InshaAllah. Silakan membaca karangan naratif di bawah yang tidak seberapa.

Aku melalui sebuah pasar malam yang sinonimnya sibuk dengan para pembeli dan tiba-tiba langkahku terhenti sebentar apabila terserempak seorang sahabat lama yang menjalankan perniagaan di situ.

"Assalamualaikum sahabat, bagaimana perniagaan?" soalku bertanya khabar.

"Alhamdulillah Abang Shafiq, bolehlah dapat dalam RM3500 sehari berniaga.", jawab sahabat yang muda setahun dariku.

"SubhanaLlah wa LhamduliLlah, banyaknya", ujarku.

" AlhamduliLlah, bolehlah, Abang Shafiq pun boleh buat juga, tapi, Abang Shafiq jangan pula kacau 'line' saya kalau nak berniaga', jawabnya sambil tersenyum.

Lamunan mimpiku tersentak dengan bunyi deringan alarm pagi jam digital kamar pada jam 5.20am. Ianya agak aneh kerana aku tidak menetapkan masanya sebelum tidur. Sememangnya aku ada memeriksa jadual waktu solat disini pada malam sebelumnya dan menetapkannya di telefon pintarku dan bukannya jam itu! Adakah?

"Mungkin pihak sekretari AOTS yang menetapkannya sebelum aku daftar masuk", getus hati kecilku sebelum bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan Subuh. Kemudahan surau tiada maka solatlah aku di bilik sendirian.

Usai mendirikan solat dan sedikit amal-amal sunat, aku keluar kamar untuk melihat suasana pagi yang indah lagi sejuk sedingin 10C. Cukuplah buat seminit dan aku masuk semula ke bilik yang aku tetapkan pemanas hawa setinggi 30C!


Nampak seperti usang ya..=)

Bangunan AOTS Aichi, kagum dengan susur gajah/ jambatan berbumbung.
Program hari ini seawal bermula jam 9 pagi dan aku masih mempunyai masa untuk bersarapan, mandi (lepas solat sebab sejuk =)) dan menseterika baju. Sarapan hari ini diserikan dengan 2 cawan kopi kerana hari ini program bakal penuh dengan "lecture". Oh! Terasa diriku bagai di alam universiti semula dengan formula yang diterangkan dan maklumat yang dihidangkan. Kenyang!


Hari ini aku nak berkongsi beberapa mitos dan pengalaman berkenaan Jepun.

Mitos dan fakta
1) Orang Jepun rajin bekerja!
Kadang-kadang aku tengok orang Jepun kerja sampai malam di filem-filem yang memperlihatkan kerajinan mereka. Untuk makluman anda, di Jepun ini, terutama nak masuk musim sejuk ini, dalam pukul 4.15 petang pun dah gelap! Jadi, fikirkanlah. Tapi, sebenarnya mereka bangsa yang rajin dan sangat menepati masa. Untung kalau mereka revert to Islam.

2) Jepun tiada tandas cangkung
Tanggapan di atas adalah salah! Tandas mereka ada yang cangkung walaupun bukan automotik sebagaimana kebanyakan tandas duduk. Ini contohnya:
Tiada sebarang niat untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh ya!


3) Orang tua suka habiskan masa pencen dengan lepak-lepak
Ini pun salah, sebagai contoh prnsyarah gambar di bawah ini berusia 81 tahun dan masih menyumbangkan tenaga beliau terhadap bangsa, negara dunia dengan kepakarannya!


Prof Emiritus Dr Tsuneo Someya

4) Ada drama Melayu di Jepun seperti Nur Kasih.
Ini satu lagi mitos. Memang hampir tiada rancangan luar, emangnya rasa 100% Bahasa Jepun. Salah satunya Naruto Shippuden.


Naruto pada layar TV nipis Toshiba Regza


Sumimasen!! Esok ada lawatan kilang pula.


Wassalam. InshaAllah akan berkongsi lagi.


p/s: Mereka menghormati orang yang memberi ilmu dengan gelaran 'sensei'..Gambatte!