Thursday, October 27, 2011

Diari: Mount Irau Hike Unrated!




HIKING IRAU MOUNT UNRATED 2011

Sekitar jam 12.30 malam 22 Oktober, kesejukan kota Putrajaya sehinggalah ke Bandar Brinchang, Cameron Highlands kami tempuhi demi menjayakan hasrat menawan Puncak Irau. Perancangan rapi yang diatur tidak menghalang Kumpulan 1 dan 2 seramai 9 lelaki dan 7 perempuan konvoi perjalanan untuk tiba di Brinchang sekitar 2 dan 4 pagi. Ini memandangkan penempahan apartment telahpun dibuat untuk 2 hari. Laluan melalui Tapah agak mencabar berikutan terdapat 7 pokok tumbang yang terpaksa dielak dengan kepakaran pemanduan berhemah peserta. Keadaan jalan yang tidak kondusif menggambarkan kenderaan berat yang kerap mengguna laluan tersebut ataupun persoalan “Adakah YB yang tidak berkerja?”.

Jam 7 pagi, berbekalkan semangat dan sarapan mee goreng sempoi walaupun mata agak kelat, peserta pendakian bersiap untuk menawan Puncak Brinchang. Ada yang membawa bekalan tambahan coklat, Maggi dan sebagainya bagi keperluan metabolism badan perjalanan naik turun yang bakal mengambil 8-9 jam.

Menaiki kenderaan kebanggaan Negara, Waja dan BLM FL, kami 9 lelaki bergerak menuju puncak Brinchang melalui entri poin Kilang Teh Kg Palas. Perjalanan ke puncak agak sempit memandangkan ianya sekadar keperluan laluan pekerja ladang sahaja. Pemanduan perlulah berhati-hati. Sehinggalah kami tiba di sebuah laluan yang agak mencabar sehingga terpaksa turun dari kenderaan akibat tar yang berlubang, kami pasrah untuk meletakkan kenderaan berhampiran sekitar tempat tersebut. Golongan hawa tinggal untuk membantu menyediakan makanan BBQ sambil mereka berjalan-jalan.











Sehinggalah sebuah motor melalui lokasi tersebut dan memaklumkan kepada kami
“Gunung Irau ditutup untuk renovation”, laluan melalui brinchang ditutup dan hanya laluan melalui Kampung Raja dibuka. ujar Pak Cik yang menaiki C70 Honda membawa sebalang botol air 20L.

Mendengar kata Tante tersebut, wajah pendaki kelihatan agak muram. Manakan tidak! Jauh datang ni…

Aku dengan gajet pintar cuba melihat jarak kampong raja yang sekitar 6-7 km daripada kawasan sepatutnya pendakian, kami menuruni Bukit dan menuju ke Kg Raja tanpa sebarang panduan. Hilang arah dibuatnya. Melalui perbincangan di forum-forum internet, kebanyakan perjalanan dari Kampung Raja selama 7-15 jam! Dan perlu bermalam.CANCEL.. Kami dengan kelengakapan untuk tidak tidur berkhemah sememangnya tidak menjangkakan situasi ini! Sekali lagi kami berbincang di tepi jalan, dan berpandangan supaya naik semula ke Gunung Brinchang untuk mengesahkan kata-kata Tante tersebut. Bak kata orang, alang-alang nyeluk pekasam, biar bau masam. Hahaha

Sekali lagi pemanduan menaiki ke Puncak Brinchang diteruskan dan kami memarkir kereta sebelum kawasan berlopak tadi dan berjalan 2 km untuk ke Puncak Brinchang. Nah! Ini dia bukti kedegilan. Emangnya kawasannya ditutup untuk proses pembaikan boardwalk. Ada la 2 orang Hafez dan Syazwan (bukan nama sebenar) cuba negosiasi tetapi gagal. Maka, duduklah kami dihadapan papan tanda tersebut sambil makan roti sardine.


Siap maybe end of this year woo. lain kali call Jabatan Perhutanan dulu.




Seorang rakan kami mengesyorkan untuk meneruskan perjalan ke puncak Brinchang yang seterusnya  membawa kami ke stesen cerapan dan menara yang hampir sealtitud dengan Gunung Irau. Terdapat sesetengah kawasan yang bertekanan rendah dan sejuk menyebabkan hembusan keluar nafas putih yang boleh dilihat.



Perjalanan balik kami dihiasi dengan program bergambar dan mencari trek-trek baru bersebelahan jalan. Memang tidak dinafikan ada tempias trek-trek irau di situ menurut pakar pendaki kami, Hafanizam. Lumut, lumpur coklat menghiasi album 550D Nikon Acab untuk diabadikan sebagai album ‘belum berjaya’. Namun begitu, Gunung Brinchang setinggi 6666 kaki telah kami tawan sebagai penyedap hati kami! Diselitkan di sini gambar-gambar kenangan di bawah. Tidak rugi sebab Cameron Highlands banyak tempat menarik untuk dilawati! Bajet tahun ini RM100 setiap kepala untuk penginapan, makanan, BBQ dan pengangkutan. Memang terbaik!





P/S: Memang terbaik! tahun depan kami akan pastikan hutang ini dibayar inshaAllah. Nantikan kami Irau 1.0! Nescaya kami akan menawanmu. Pepehal pekena Strawberry Usahawan Muslim di Kampung Desa dahulu. Syiokk!


One day in next year, inshaAllah.

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment