Tuesday, May 17, 2011

Buku: Why We Want You to be Rich


Tersebutlah kisah hikayat dua orang hartawan dan kenamaan abad ini yang telah berjaya menghasilkan karya duet ulung mereka yang diberi tajuk "Why We Want You To Be Rich, Two Men.One Message". Karya agung bukan rekaan atau non-fiction mereka ini telah menerima New York Bestselling Authors pada tahun 2006, sedangkan penulis baru sahaja memegangnya lewat 2011 dengan denda yang belum bayar RM1.10 kepada pustakawan akibat terlupa memperbaharui dan lambat menghadamnya.

Penulis mendapat pendedahan awal terhadap buku ini atas nasihat En. Ridzwan seorang kakitangan awam yang tidak mahu identitinya didedahkan kerana mempunyai aset hampir 250k dengan perniagaan kafe siber yang diusahakan sejak setahun lalu. Beliau mencadangkan agar penulis membaca buku ini walaupun penulis sudah menghabiskan koleksi Robert T.Kiyosaki dengan 2 tajuk sebelum ini iaitu Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrant.


Satu analisa ketara yang penulis temui dari kulit keras buku ini adalah konsep membuat kekayaan. Ianya boleh dilakukan dengan kaedah membuka peluang kepada orang ramai untuk kaya. Maka tidak hairanlah ramai pembaca yang 'ingin kaya' berpusu-pusu memilikinya bahkan dikukuhkan lagi dengan latarbelakang penulis yang memang kaya. Jadi, jika anda ingin mengikuti langkahnya, pastikan anda kaya dahulu?! Jawapannya adalah tidak, tidak semestinya! Anda hanya perlu jadi orang yang bijak dalam bervisi. Kadangkala kisah hidup suka duka seorang usahawan juga boleh dijadikan buku bercorak begini kerana orang-orang berumur pernah berkata "Jauh perjalanan luas pemandangan, panjang usia luas pengalaman". Inilah antara sebab mengapa kita perlu menghormati orang-orang lama.

"Barangsiapa yang panjang umurnya, maka dia akan melihat pada diri musuh-musuhnya sesuatu yang menyenangkannya dan beruntunglah jika dengan amal-amal solehnya"

Buku ini terbahagi kepada 5 bahagian dan olahannya menjurus kepada bentuk motivasi yang berformulakan hikayat, pengalaman dan nasihat. Kebanyakan bahagian atau subtopik dimulakan oleh pandangan Robert dan kemudiannya disusuli oleh Donald. Tajuk-tajuk yang terdapat di dalamnya adalah seperti di bawah:

1) Why T. Donald and K. Robert wrote this book?
2) Three kinds of investors
3) Defining Moments: Going beyond winning and losing
4) If you were in my shoes, what would you do?
5) Just get started
6) Conclusion


Penulis mendoakan agar kedua-duanya agar mendapat hidayah Allah untuk kembali kepada Islam dan bertambah-tambah lagi kaya dengan nilai sedeqah dan zakat. Penulis akan menyambung analisa di suntingan akan datang. Melihat prospek Malaysia dengan seramai 1.5juta kakitangan awam, 11.82 juta pengundi berdaftar dan >27juta populasi, adakah anda ragu-ragu? Jika ya, mungkin otak anda lemah, hati anda kecut dan anda tidak layak bergelar pahlawan.



0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment