Friday, August 19, 2011

Food: Oh Kanak-Kanak Ribena dan Coke


Ustaz Azhar Idrus dalam pesanannya. Kalau tak mahu dengar, tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman sebab kadang2 aiman jawab "aiman tak kesah"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Mencari minuman yang digemari sememangnya sukar bagi sesetengah individu tegar menjadikan Ribena dan Coke sebagai minuman favorite mereka. Rasa masam manis anggur atau lemak vanila sudah pasti membangkitkan rasa penggemarnya sehinggakan sehari tanpanya boleh diibaratkan seorang perokok tanpa rokok dikoceknya.

Ribena [1] yang terkenal di negara kita sangat digemari oleh setiap lapisan individu sehingga 'Makcik Jah Glamour' pun menghidangkannya semasa berbuka puasa. maka, tidak boleh dinafikan faktor utamanya adalah melalui pengiklanan dan tajaan segmen oleh syarikat Cocoaland Industry Sdn Bhd dan Glaxosmithkline Consumer Healthcare Sdn Bhd dalam media swasta[2]. Sejarah pembuatan minuman ini dari Kompeni Bristol sehinggalah GSK sejak tahun 1936 dan klaim label minuman adalah "kaya dengan vitamin C sehingga 4X" ganda walaupun ianya pernah disangkal! Namun begitu, isu ini bukanlah perkara pokok yang mahu dibincangkan walaupun mereka pernah disaman kerana menipu di negara lain akibat penipuan label berkaitan vitamin C.

Sebagaimana yang kita tahu, ianya adalah dari ekstrak anggur yang lazat dan membawa manfaat ekonomi kepada negara Barat. Anggur yang disebut dalam al-Quran dan disebut 'inab' dalam bahasa arab dan ianya adalah sejenis buah yang boleh dijadikan kismis [3]. Oh! Sudah pasti yang disyurga itu berbeza dengan apa yang ada didunia. Jadi, persoalannya, benarkah ianya haram sedangkan JAKIM [4] meluluskan sijil halal sehingga tahun 2013! Jadi, dalam hal ini anda diberi pilihan untuk memilih pandangan yang lebih meyakinkan.

Kekhuatiran yang ingin penulis sampaikan adalah:
1. Sebarang proses fermentasi gula didalamnya bakal merubah bentuknya kepada alcohol (etanol) melalui bantuan mikrob (yis) dan mikrob ini ada dimana-mana sahaja.
2. Resmi orang 'alim dan wara' menjaga pemakanan daripada makanan atau minuman yang syubhah. Kelak zuriat terjaga. InshaAllah.

Walaupun ianya sudah melepasi pemeriksaan, pilihan terletak ditangan anda sama ada mengekang sedikit nafsu dan mencari alternatif yang lebih asli dan tempatan untuk mendapatkan sumber vitamin C seperti buah mangga, nenas, limau, limau bali dan lain-lain.

Coke? tidak perlu dihujah lagi, penulis bersetuju dengan pandang AF Ustaz di atas inshaAllah.
Ini orang kata molekul air zam-zam, memang cantik dan rasanya kelas pertama!

Pesanan: Teringat dulu-dulu masa kecil-kecil, air sirap pandan juga yang jadi kegemaran..Sekarang kena lebih amalkan air masak...Ribena yang ada lagi separuh nak kena buang?...=)

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment