Wednesday, August 17, 2011

Diari: MAS oh MAS AJI


Mesti Ada Saudara MASihkah ada peluang kedua bernafas?

'Asia' dah ada, buat yang penerbangan ketiga World Airlines.


Salam Ramadhan hari ke 17!

Hari ini hari Nuzul Quran, penulis sedang bercuti dan ingin berkongsi dengan pembaca dengan sedikit analisa penulis berkenaan dengan syarikat penerbangan awam MAS dan swasta AirAsia. Bila bertanyakan kepada orang muda berkenaan hal ini, mungkin jawapan mereka adalah ringkas seperti:

Tiket AirAsia lebih murah! Tapi, makanan kena beli.
MAS pula sedia makanan!
Krew kabin AirAsia lebih seksi?! Puasa-puasa..
Tempat duduk AirAsia lebih sempit.
Kapal terbang MAS bawa orang pergi Haji.

Usia bukan penghalang dalam 'berniaga'
MAS bermula sebelum zaman kemerdekaan lagi dengan nama Malayan Airways pada tahun 1947, jika dicongak, sudah hampir 64 tahun! berbanding Air Asia yang baru berumur kurang lebih 18 tahun! Namun usia dalam perniagaan bukan ukuran, tapi hikmah kebijaksanaan dan pengurusan kewangan. Jika ditanyakan kepada orang yang cerdas akalnya, sudah pastilah yang tua lebih banyak pengalaman dan kenalan, tapi mungkin orang tua ini termasuk golongan yang tidak sedar diri dikala umur 40 tahun dan 'terpaksa' mohon bantuan kawan yang dahulunya lawan; budak 18 tahun yang mungkin baru baligh.

Bantuan ini diterjemahkan dengan rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) dengan alasan untuk meneroka 'peluang kerjasama' dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan [1]. Maka, bersoraklah mereka yang menyokong [2][3][4][5] danyang membantah [6] selepas 'kuasa veto' digunakan untuk merealisasikan matlamat ini. Peluang kerjasama ini sudah pasti memberi manfaat kepada MAS yang hilang daya saing lewat 10 tahun kebelakangan diperingkat lokal mahupun global serta kos operasi yang menggila disamping laporan kewangan tahunan yang merah berbanding AirAsia.


Isu Pertukaran Saham

Syarikat induk AirAsia, Tune Air, akan memilikì 20.5 peratus saham MAS langganan saham baru manakala Khazanah Nasìonal Bhd pula menguasai 10 peratus saham AirAsia. Kenapa begitu? Ini kerana saham AirAsia adalah lebih tinggi iaitu harga saham AirAsia RM3.95 seunit, manakala saham MAS RM1.60 seunit. Nilai saham AirAsia di Bursa Malaysia dekat RM11 bilion berbanding dengan MAS hanya sebanyak RM5 bilion selepas nama MAS 1971[7]. Logikkah dan 'nilai kepada wang' kah? Hal ini disuarakan secara serius oleh Presiden DPMM, Syed Ali Al-Attas sebagai "menjual aset rakyat kepada pihak lain dan menjatuhkan maruah syarikat penerbangan nasional itu serta menunjukkan seolah-olah ia gagal diurus dengan baik"[8] serta kekhuatiran akan penghakisan saham kepada pihak luar. Pandangan ini dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah [9] dan Timbalan Menteri Pengangkutan[10] Abdul Rahim Bakri supaya tidak risau kerna ianya adalah sekadar business matter.

Dalam hal ini, penulis percaya AirAsia mempunyai banyak kelebihan. Penulis melihatnya sebagai suatu kejayaan syarikat tersebut dalam menggunakan peluang global bagi mengekang persaingan domestik dan birokrasi negara. Kebijaksanaan ini boleh dilihat sebagai menggunakan bigger driving force dan kaedah musyarakah. Ini dapat dilihat dengan kelebihan pemilikan saham, pembukaan jalan, dan jawatan dalam MAS sendiri. Walaupun ianya dilihat bukan jalan kearah monopoli perniagaan, namun penulis melihat AirAsia mempunyai peluang besar sekiranya ingin memundurkan MAS walaupun dipegang 10% sahamnya oleh Khazanah.

Mungkin suatu hari nanti: Maaf, itineri tiket penerbangan MHXXX anda ditukar dari kapalterbang MAS ke AX000 AirAsia atas kesulitan teknikal dan keselesaan anda. Terima kasih.
Tolong buka kipas, panas ni..

Pesanan: Jangan jadi malas mengkaji isu, kerna disitu mungkin ada takdirmu. Wei! Duit aku ada dalam Khazanah melalui EPF! Saya tinggalkan anda dengan kata-kata Tony Fernandez. "Kapal terbang sepatutnya terbang di atas"...

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment