Rumus 7:38:55 sudah kita maklum pada Bahagian 1 yang lalu. Ia merangkumi pemilihan bahasa yang tepat, nada dan ton suara yang sesuai mengikut suasana dan objektif serta bahasa badan melalui ekspresi muka, postur dan gestur badan yang sesuai ketika berkomunikasi. Selain itu, pastikan ianya mempunyai nilai sejarah atau mudah diingati (memorable).
Strategi yang seterusnya pula adalah:
2. 'Popularkan diri anda melalui sesi perkenalan'
Ya atau tidak terpulang di tangan anda. Medan ini adalah kepunyaan anda. Pernahkah anda menghadiri sesuatu mesyuarat dan anda hanya sekadar memperkenalkan diri sepanjang mesyuarat berlansung? Jika ya, anda mempunyai pengalaman seperti saya. Menurut penulis, anda perlu mempunyai nilai simpanan soalan supaya ahli mesyuarat perasaan nilai 'wow' dalam diri anda. Contoh simpanan persoalan adalah seperti, apakah yang anda boleh bantu-buat untuk mesyuarat walaupun ianya langsung tidak berkaitan dengan tugas hakiki anda.
Lain pula kisahnya jika ada insan lain yang pula memperkenalkan diri anda, anda mungkin sudah berada di tahap orang-orang kenamaan atau dihormati. sudah pasti ianya bermula dari suatu usaha di waktu lalu. Yakunu ka syammah.

Figur 1. Modul: Titik hitam di atas kertas.
3. Kurangkan perkataan Wah!, Dahsyat!, Gile!, Cantik Woo! dan lain-lain
Mengapa Wah! sahaja? Ianya 'kering'. Anda perlu mengindahkannya dengan menerangkan mengapa anda berkata sebegitu, sedikit tambahan penghuraian dapat membantu anda supaya on-track terhadap apa yang anda ingin sampaikan. Malahan nilai sensitiviti dan panggilan semula dari otak akan berlangsung menjadikan anda aktif dan berpengetahuan. Bukan mahu jadi penglipur lara, tetapi sekadar keedah kongsi pintar. Jika tidak sesuai dengan anda, laluan yang sesuai bagi anda mungkin menjadi seorang pendiam. Sharing good something is caring atau li yasmut.
4. Guna 12 Perkataan yang paling persuasif
Bersambung Bahagian 3
0 otak-otak:
Post a Comment