Tuesday, July 5, 2011

Buku: Jutawan di dalam Cermin



Millionaire in the Mirror: How to Find Your Passion and Make a Fortune Doing It--Without Quitting Your Day Job
Analisa oleh: Mohd Shafiq Mohd Zakaria

Dalam sedar ataupun tidak, kehidupan manusia tidak dapat lari dari istilah wang. Ya, sejak dari zaman barter sehinggalah ke zaman wang fiat, nominal dan asterik wang sememangnya tidak asing dari transaksi kehidupan bagi perihal keperluan dan kehendak.

Buku Millionaire in the Mirror karangan Gene Bedell menampilkan kelainan pada isi kandungan dengan hampir keseluruhan buku menyokong usaha kerjaya 'makan gaji' dan bagaimana para pembaca boleh membuat wang di dalam arena ini.

Benar! Wang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dari individu yang tiada apa-apa kepada berada, dari papa aqal kepada kaya ilmu, dari kaya harta kepada miskin jiwa, dari peminta kepada pemberi, dari penerima zakat kepada pemberi, bahkan dari penjaja kepada penaja.

Namun begitu, menurut penulis wang bukanlah faktor dominan untuk dikejar, tetapi realiti kefahaman dan pelajaran mengenai wang adalah sebenarnya yang perlu. Baiklah, bagaimana mahu menjadi pekerja yang lebih gembira dan berjaya? Pekerja yang mempunyai duit tambahan? Strategi-strategi yang ditampil oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Kenalpasti gelanggang permainan anda
Memahami undang-undang, peraturan, strategi, teknik dan 'padang' adalah sangat penting sebelum kita bermain. Begitu juga dengan arena kerjaya, adakah anda mahu meletakkan mod 'kaki kipas', 'mencapap', ringan tulang atau rajin? Semuanya terletak di tangan anda dan bagaimana anda bersikap dengannya. Di sini terletaknya rahsia bagaimana anda perlu mengurus supaya anda dapat memposisikan diri ke anda ke tahap yang lebih baik dan bekerja keras pada tempat yang betul.

Selain itu, apa dan bagaimana sesuatu perkara (How its work?) perlu dilaksanakan adalah di antara salah satu faktor pendorong bagi diri anda untuk lebih maju. KPI, tugas hakiki, senarai tugas harian atau jobscope mungkin dapat membantu anda menjadi lebih baik dari kalangan yang sederhana baik. Inilah yang perlu anda rancang dengan teliti sekiranya jalan ini yang anda ambil! Ringkasnya adalah anda cuma perlu sebuah manual urus kerjaya! Mungkinkah anda mahu menggunakan kaedah skim Machiavelli?

2. Jadilah seperti misil atau roket pengesan suhu.
Lupakan kisah silam bak pesan orang dulu-dulu "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Jadilah sebagai agen carian yang brutal, bukan sekadar tengok-tengok akan matlamat kerjaya anda yang sebenar. Ini mudah diterjemahkan dengan cita-cita seperti mahu ke tahap Pengarah Urusan? kerani? kelindan? atau gelandangan?. Bukankah setiap individu mahu sesuatu yang setimpal dengan usaha mereka setelah mendapat jaminan sekuriti kerjaya? Jika tidak, masakan kesatuan sekerja diwujudkan.

Kembali kepada analisa asal, mitos yang selalu menyatakan bahawa melakukan kerja yang anda suka tidak kukuh sebenarnya untuk menjadikan anda gembira ataupun kaya. Pemikiran ini banyak diwarisi oleh siswazah-siswazah muda yang baru tamat beroleh segulung ijazah atau diploma. Mengapa saya berkata sebegitu? Contohnya sebegini, anda suka tulis blog, tapi jika kita tidak tahu internet marketing seperti Azizi Ali, mungkin anda sukar juga kaya melainkan blog anda mempunyai UI, sistem, dan pengikut yang ramai, mungkin Mark Zuckerberg dapat melihat blog anda. Contoh lain pula adalah jika anda suka main golf, tapi tiada bakat seperti bintang sensasi "Harimau Kayu", melopong juga anda dibuatnya. Maka, apakah perkara sebenarnya yang sewajarnya anda lihat seperti berikut:

ANDA..
a) suka buat
b) bagus buat
c) buat boleh jadi kaya

a) + b) + c) = kejayaan luar biasa (outstanding succes)



3. Tingkatkan nilai diri anda dari persepsi kerjaya
Human Development dan Modal Insan antara perkara yang penting dalam sesebuah organisasi. Jadi, sekiranya beroleh peluang untuk mengikuti kursus, rebutlah kursus-kursus yang dapat mendatangkan manfaat. Dalam hal ini, anda boleh mencuba kursus berkaitan kewangan. Jika anda bekerja 'dekat' dengan wang di sektor awam atau swasta. Anda dapat melihat bagaimana perjalanan sebenar kewangan sesebuah organisasi dari aset, invois, balance sheet, untung rugi dan lain-lain. Inilah pakej pengalaman dan kemahiran diri yang perlu dikaji. Hari ini, banyak syarikat banyak melihat pakej all-rounded dalam seseorang individu yang ditemuduga selain daripada memiliki asas bidang yang kuat. Jika anda pekerja sedia ada, carilah kemahiran yang dilihat sebagai kemahiran yang mempunyai nilai yang tinggi dalam organisasi anda. Nilai tambah ini dapat mengurangkan kos latihan, bahkan kos penambahan staff di dalam sesebuah organisasi.

p.s/ Adakah anda mahu lagi tua lagi gatal atau lebih bernilai? Anda tentukannya. Jangan jadi penipu sudah.


4. Kumpul pencapaian sambil mengambil pengalaman
Ini perkara umum, tapi jangan terlepas pandang. Rebutlah untuk mengumpul seberapa banyak pencapaian di dalam organisasi anda walaupun ianya hanya kejohanan ping pong, mengelolakan hari keluarga kerana pengalaman adalah sangat berharga. Di sebalik pengalaman, anda punya rangkaian kenalan, tahu teknik negosiasi, faham harga diri; seorang manusia yang mahu dirinya akan harta yang berkat.

p.s/ Orang yang berpengalaman tidak sama dengan membaca pengalaman orang di media sosial ataupun internet.

5. Swing for bleacher
Ini adalah istilah golf bila bola terjatuh dalam bound atau pasir. Hayun kuat-kuat supaya anda dapat keluar dari tempat itu. Maksudnya begini, selagi anda mempunyai kudrat, janganlah gaji anda dipacu oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, HR atau tangga gaji. Ianya adalah sesuatu yang kurang elok sekiranya anda dalam keadaan ini sehingga umur 40 tahun. Maka dalam hal ini, fahami betul-betul matlamat organisasi anda. Letak objektif bagaimana anda dapat membantu Boss untuk mencapainya.

p.s/ Rahsia bukan rahsia: Sekiranya ditemuduga, di akhir temuduga anda boleh bertanyakan soalan sebegini "Sekiranya saya diambil menjadi pekerja, apa yang saya boleh buat untuk boss untuk dikatakan sebagai kejayaan luarbiasa syarikat". Tapi pastikan anda berjaya menjawab soalan-soalan yang ditanyakan penemuduga dengan baik.

6. Sampaikan sesuatu yang baik
Tepati janji, fokus, jangkaan yang tinggi, pantau prestasi diri anda perkara yang dapat meletakkan anda diatas landasan menyampaikan servis yang baik. Jangan cari hal dengan 'super star' atau Mat/ Minah Gedik. Yang penting, imbalan gaji memberi motivasi untuk anda kuat bekerja dan menimikan kegagalan.

7. Take ownership
Maksudnya, anda bertanggungjawab dengan gaji yang dibayar Organisasi bukan manusia yang boleh menilai secara fizikal, tetapi manusia didalamnya yang taidak dapat tidak akan menilai. Jika melakukan kesalahan, akui hal itu adalah lebih baik.

8. Dont self destruct
Jangan putus asa. Bangkitlah jiwa yang lemah! Inilah dinamakan kebersihan organisasi, ianya bermula dari hati anda. Jangan dengki vendor, pesaing, supplier. Jangan wujudkan diskriminasi walaupun banyak puak dalam organisasi anda. Jangan berlaku tidak jujur atau bermuka-muka.

9. Latih diri anda. Coach yourself
Letak matlamat diri anda menuju pencen? 10 tahun?5 tahun akan datang? tahun ini? 3 bulan?
hari ini? Dengan meletak batu jarak sebegini, anda boleh mempelajari tentang kemahuan, pengukuhan cara berfikir, diversion alert, pemikiran realistik, takut, risiko, seniority, sekuriti, kerja kuat, schooling dan lain-lain.



10. Target
Karier apa yang anda sebenarnya mahukan? Apa yang perlu buat untuk sampai ke sana?
Mampu tak? Mahu jadi PM? Mahu jadi Boss? Disinilah anda akan melihat sasaran anda melalui perspektif pengalaman yang berbeza dan lebih matang.

11. Disfungsi
Tidak berfungsi dapat menjatuhkan sesebuah organisasi. Ini merangkumi strategi , pengurusan, behaviour organisasi. Jika anda dapat menguasai bidang ini diorganisasi ini. Anda mungkin salah seorang think-tanker dalam organisasi anda. Dikalangan mereka adalah seperti berikut yang perlu anda hati-hati:
a) Pembuli,
b) Berlebih-lebih dengan kemenangan
c) Tidak kengan budui atau bersyukur. Ingrates
d) "Apa pun tak boleh, mesti begini" control freaks
e) Hipokrit, bigots
f) Tiada prinsip. Makan Rasuah? reprobates
g) Mewujudkan birokrasi.

Jadi anda dimana anda dalam arena ini? Pemain atau penyokong?

Kesimpulannya, jika anda menjadi usahawan, mungkin anda perlu menyemak hal ini wahai bakal Pengarah! Inilah antara sikap organisasi anda yang perlu ketahui supaya anda dapat meletakkan visi, pembahagian masa dan corak pemikiran pada amatan pekerja.

Tetapi, halangan pertama anda ialah adakah anda punya kebolehan menjual dan melaksana? Jika masih ada penyakit takut dan malas. Lupakan hasrat itu dan teruskan bekerja dengan boss dengan tidak bergantung dengannya.

p.s.: Penulis mahu jadi penulis pada tahun 1985, dia melakukan pada permulaannya dengan meminta orang lain untuk menyemaknya.

7 otak-otak:

Masih banyak yang perlu diperbaiki..

internet marketing seperti Azizi Ali tu, macamana nak buat?

dah kali ke-2 baca ni, tapi,,.. masih byk perlu dikaji.. banyak maklumat ada kat sini!

tahniah shafiq =)

memang banyak boleh tambah lagi ni, saya tgk..
ada sub topik yang boleh dikembangkan jadi topik

Terima kasih Cik Puan Siti. Azizi Ali pakar dalam bidang 'finance properties', Irfan khairi pula pakar internet marketing. Maaf, info kurang tepat. Buat masa ni buat dahan dahulu, kemudian baru ranying insyaAllah. Terima kasih kerana dapat analisa 'lopholes', nanti boleh kongsi dengan saya kan? :-)

alamak, saya tak pernah g bengkel menulis..
ini baru dgr pasal lopholes, dll.

saya komen ikut apa yang saya sendiri rasa best dibaca..

tiada masalah. moga dapat manfaat bersama. 'loopholes' ini bahasa saya yang sepatutnya 'kelompangan'.

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment