Tuesday, July 26, 2011

Diari: Ucapan Awam

Antara pemidato hebat, Winston Churchill


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

26 Julai 2011, Labella Resort Mersing, saya telah ditugaskan untuk menyampaikan sebuah ucapan awam yang bertajuk Gejala Sosial selama 5 minit. Semamangnya Glossofobia mencengkam saya untuk mengambil bahagian pada sesi pertama 2 hari lalu, maka saya ambil keputusan untuk menyampaikannya pada hari ini. Berikut adalah beberapa poin yang saya sediakan sebelum saya menyampaikannya dengan spontan atau bahasa mudahnya 'goreng'.

Pantun 2 kerat:

Anak penyu terkial-kial,

Saya nak bercakap tentang gejala sosial.

Gejala sosial kronik - kebejatan, keruntuhan akhlak, imun terhadap gejala

Mendepani cabaran aliran pasca modenisme

Fakta-sejarah, paleolitik, neolitik sudah berlaku, hongga-hongga.

6 hari yang lalu dalam utusan Malaysia,

Mayat dibiar dalam bilik tidur

TAMPA, Florida: Seorang remaja 17 tahun memukul ibu bapanya hingga mati dengan tukul besi dan kemudian menjemput berpuluh rakan seramai 60 orangmenerusi Facebook ke parti rumahnya sambil mayat mereka terbaring dalam bilik tidur.

09/02/2011 517 kes buang bayi dilaporkan dari 2005 hingga Jan 2011 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin. 230 hidup.

26 Januari 2011, 623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam.

JPN menjadi beban kepada masalah social-masa depan baby

Kata orang lama- “Besar nanti jadi orang”. Budaya tidak apa.

Apa maksudnya? Gejala sosial kronik, gejala media social.

Tahun lalu, Pemuda 23 tahun menetaak mati ibunya yang sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya di Felda Chini 1. Pekan tahun lalu. disyaki penagih dadah.

Akhlak dan pemikiran umat Islam terutama remaja kian parah. Kes harian yang terpampang di dada akhbar menunjukkan betapa teruknya umat Islam yang hanya semata-mata berstatuskan Islam namun tiada penghayatan yang dilakukan

Ramai para bapa di dewan ini yang sedang merindukan anak dirumah, sudut pengidap HIV, jenayah zina, kes buang bayi, kes bersedudukan bukan mahram, minum arak, judi

ponteng sekolah dan kelas, merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh

keganasan rumah tangga, perceraian serta pembuangan bayi

Faktor

Tekanan hidup yang semakin meningkat di kawasan bandar serta luar bandar dilihat sebagai punca utama berlaku gejala sosial yang kian berleluasa ketika in

Keburukan

Ekonomi, politik, social

Penyelesaian

Penjawat awam yang beritegriti- Jauhkan pemalsuan resit dan salah guna harta kerajaan.

Program-program kekeluargaan, peranan institusi kekeluargaan

Dasar Keluarga Negara 2010, menggerakkan pembangunan sosial seiring dengan pembangunan ekonomi dan bidang lain dalam negara.

Dasar Keluarga Negara (DKN) bagi memantapkan pembinaan institusi kekeluargaan berkualiti di negara ini.Datuk Menteri Shahrizat Abdul Jalil.

Tulisan italic- poin yang sempat disampaikan dalam tempoh 5 minit. Setelah loceng 3 minit, saya baru sahaja habis menerangkan contoh gejala-gejala sosial.

Berikut adalah beberapa ucapan yang saya terima sejurus habis penyampaian saya. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan sekursus saya. Terima kasih semua!



0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment