Friday, October 4, 2013

DnD: Pelaburan alternatif yang Islamik

Assalamualaikum semua,


Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat berkaitan Dinar dan Dirham (DnD) agar kita sama-sama faham kepentingan untuk membuat sedikit simpanan berkaitan dengannya. Acap kali kita mendengar berkaitan pelaburan dari hartanah, pasaran saham, public mutual fund, ASB dan sekutunya, aset dan IP royalti dan lain-lain, pada kali ini kita cuba melihat pelaburan alternatif yang boleh diamalkan iaitu DnD.


Apakah itu DnD?

Dinar emas ialah syiling emas begitu juga dirham ialah syiling perak. Nisbah sebenar adalah 7 dinar : 10 dirham. Rakan penulis pernah memaklumkan bahawa harga dirham buat masa kini adala dikawal dan ianya tidak mengikut nisbah 7:10, justeru pelaburan jangka panjang bagi dirham adalah kelihatan berbaloi dan berpotensi.


DnD adalah perkataan arab yang turut dipetik di dalam Quran dan Sunnah - di mana ianya digunakan sebagai matawang sejak zaman dahulu.


DnD menawarkan kebebasan dalam memilih medium Halal pertukaran perdagangan dengan sama suka; juga bagi meninggalkan sistem kewangan yang berasaskan riba.


DnD menandungi komoditi metal dengan nilai intrinsik; bebas dan unit yang diperakui berlawanan dengan matawang konvensional yang bernilai fiat. Ianya bermaksud nilai RM100 tidak membawa erti nilai kertas cetakan RM100 tersebut. 


Kewajipan zakat turut perlu bagi penyimpan DnD yang cukup haul dan nisab di mana 1/2 Dinar bagi setiap 20 Dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 Dirham. Cukuplah amaran Allah dan RasulNya buat mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


Tuan/Puan boleh layari World Islamic Mint untuk mengetahui harga semasa DnD. Ianya boleh digunakan dalam transaksi jual beli yang berlogo DnD. Ianya adalah bersifat sukarela dan saling redha serta paling penting ianya sah di sisi undang-undang.


Gambrajah di bawah pula menunjukkan kadar simpanan emas bagi negara OIC berbanding non-OIC pada tahun 2012. Semoga dengan makluman ini, kita dapat menyimpan sedikit demi sedikit untuk masa depan in sha Allah.




Sumber: World Islamic Mint

SESRIC

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment