Friday, September 21, 2012

Fail latihan berterabur

Hari ini adalah hari ke empat latihan, peserta-peserta agak kelam kabut mencari fail masing-masing bagi memulakan sesi latihan. Ini berikutan fail tersebut ditinggalkan oleh para peserta dan ianya telah dikemas oleh pihak hotel bagi tujuan.

Berikut adalah pemerhatian saya:

1. Aturan yang tidak disangka, Kesannya: positif, asertif dan reaktif.
(Ada yang bingkas bangun, ada yang kata ini permainan kotak beracun, ada yang duduk diam seribu bahasa)

2. Tanggungjawab terhadap milik 
(Pihak sekretariat sudah memaklumkan bahawa fail yang ditinggalkan adalah tanggungjawab sendiri)

3. Sistem kemas semula
(Pihak hotel yang kemas fail bagi tujuan pembersihan patut meletak semula pada kedudukan sebenar). Ya, konsep FIFO dan 5S boleh diamalkan.

4. Luar kawal
Dalam perjanjian sewaan bilik, memang tiada terma dan masa yang diperuntukkan bagi simpanan fail, jadi, ia kembali kepada masalah 'common sense'. Maka, tindakan legitasi sukar diambil malah disadvantage kepada pihak klien. Tambahan, ianya hari terakhir.

Kesimpulannya, apabila sesuatu tindakan dilakukan dengan atau tanpa kebenaran, pasti ada pihak yang akan terlibat. Buatlah keputusan sebijaknya agar tidak menyusahkan orang lain.


@Palmgardenhotel
0947

0 otak-otak:

Koment dengan Hikmah: Advice by Akal Kenyang Naiktaraf oleh akalkenyang.blogspot.com

Post a Comment