Brinchang vs Irau Mounts

Mount Irau Hiking Unrated!

DIARI: CARA MEMBUAT HOMEMADE ENZIM

Homemade Enzyme

Syawal Menjelma!

Syawal 1432H bulan yang suci.

PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM...

Jangan mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan, jauhkan yang tidak thoyyib!

Bosan dengan Windows 7, cubalah Sabily Badr 11.04!

Sabily Badr 11.04! OS yang mendamaikan...

Friday, October 4, 2013

DnD: Pelaburan alternatif yang Islamik

Assalamualaikum semua,


Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat berkaitan Dinar dan Dirham (DnD) agar kita sama-sama faham kepentingan untuk membuat sedikit simpanan berkaitan dengannya. Acap kali kita mendengar berkaitan pelaburan dari hartanah, pasaran saham, public mutual fund, ASB dan sekutunya, aset dan IP royalti dan lain-lain, pada kali ini kita cuba melihat pelaburan alternatif yang boleh diamalkan iaitu DnD.


Apakah itu DnD?

Dinar emas ialah syiling emas begitu juga dirham ialah syiling perak. Nisbah sebenar adalah 7 dinar : 10 dirham. Rakan penulis pernah memaklumkan bahawa harga dirham buat masa kini adala dikawal dan ianya tidak mengikut nisbah 7:10, justeru pelaburan jangka panjang bagi dirham adalah kelihatan berbaloi dan berpotensi.


DnD adalah perkataan arab yang turut dipetik di dalam Quran dan Sunnah - di mana ianya digunakan sebagai matawang sejak zaman dahulu.


DnD menawarkan kebebasan dalam memilih medium Halal pertukaran perdagangan dengan sama suka; juga bagi meninggalkan sistem kewangan yang berasaskan riba.


DnD menandungi komoditi metal dengan nilai intrinsik; bebas dan unit yang diperakui berlawanan dengan matawang konvensional yang bernilai fiat. Ianya bermaksud nilai RM100 tidak membawa erti nilai kertas cetakan RM100 tersebut. 


Kewajipan zakat turut perlu bagi penyimpan DnD yang cukup haul dan nisab di mana 1/2 Dinar bagi setiap 20 Dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 Dirham. Cukuplah amaran Allah dan RasulNya buat mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


Tuan/Puan boleh layari World Islamic Mint untuk mengetahui harga semasa DnD. Ianya boleh digunakan dalam transaksi jual beli yang berlogo DnD. Ianya adalah bersifat sukarela dan saling redha serta paling penting ianya sah di sisi undang-undang.


Gambrajah di bawah pula menunjukkan kadar simpanan emas bagi negara OIC berbanding non-OIC pada tahun 2012. Semoga dengan makluman ini, kita dapat menyimpan sedikit demi sedikit untuk masa depan in sha Allah.




Sumber: World Islamic Mint

SESRIC

Thursday, September 26, 2013

Panduan beli rumah lelong

kredit to golelong.com


Panduan membeli rumah lelong:

A. Sebelum Tarikh Lelong
  1. Dapatkan alamat rumah
  2. Pergi lihat sendiri rumah yang hendak dilelong.
  3. Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih.
  4. Buat carian hak milik di pejabat tanah.
  5. Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik, indah water jika rumah tinggal.
  6. Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut).
  7. Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah.
  8. Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)
*** Anda tak tahu..? Mungkin anda perlukan ejen..? Mengapa perlu guna ejen...? Klik di Sini 
B. Semasa Lelongan
  1. Datang awal sebelum waktu lelongan.
  2. Bawa kad pengenalan asal
  3. Bawa bank draf
  4. Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  5. Letakkan HAD bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  6. Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Contoh:
* harga rezab: RM60,000
* bank draf: RM6,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM68,000
* 10% x RM68,000 = RM 6,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM6800 – RM6000 = RM800
C. Selepas lelongan
  1. Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  2. Lantik peguam untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yang sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  3. Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  4. Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  5. Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut.

Tips membeli rumah lelong:

  1. Lantik ejen hartanah lelong jika anda tidak tahu selok belok hartanah lelong kerana ejen boleh membantu MENJIMATKAN BANYAK WANG anda.
  2. Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong.
  3. Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.
  4. Rumah lelong yang mempunyai tunggakan bil seperti TNB, air, Indah Water kebanyakannya ditanggung oleh bank pelelong.
  5. Jika anda bekerja dan tidak boleh hadir semasa hari lelongan, anda boleh melantik orang lain sebagai wakil. Pastikan anda memaklumkan kepadanya had bidaan anda dan sertakan salinan kad pengenalan. Jangan lupa SURAT WAKIL yang ada tandatangan anda!

Friday, August 30, 2013

Doa rintihan

Ya Allah, Kau yang Maha Mendengar


Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku


Bebaskanlah aku dari bebanan berhutang


Permudahkanlah amanahku dalam mendidik keluarga


Bantulah saudara-maraku di Syria, Palestin, Mesir dan seluruh kaum Muslimin Muslimat


Ameen ya rabb